Apa khabar semua? Lama jg nurul x bersiaran masak2... Bila dah macam2 kebizian melanda dicampur lagi pergi bercuti & bersantai, mulalah lemau nak mengupdate... xper, nurul kena start balik pelan2.... Maaflah buat teman2 yang selalu nurul buat kunjungan, setakat hari ni masih lagi x dapat buat kunjungan sepenuhnya.... Hujung minggu ni pun nurul akan pergi ke Kedah pula, sbb ada kenduri keluarga di sana...
Berbalik pada resepi yang nurul nak letak hari ni, nurul dah ubah ckit ikut citarasa kami sekeluarga... Resepi asal nurul ikut chef Hanieliza di sini... Sblm ni pun nurul dah masak berapa kali, kira ni ulang tayang, cuma tukar ikan jer... kali ni nurul guna ikan siakap... tengoklah berapa byk bahan hiasan daaa.... x nampak ikan dah... hehe
Kepada yang x suka meriah2 sgt camni, boleh kurangkan yer bhn2 hiasan tu... ^__^
Siakap 3 Rasa
Resepi asal: Chef Hanieliza (TQVM)
Olahan : Nurul @ Dari Hujung Jari
Bahan-bahan:
Bahan A
1 ekor ikan bawal atau siakap ~ bersihkan dan kelar kedua belah badan
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
3 ulas bawang merah (**)
2 ulas bawang putih (**)
3cm halia (**) (**) - dihiris
Bahan B (Untuk Sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
3 sudu besar kicap lemak manis
Bahan C (Bahan Hiasan)
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji tomato ~ dipotong dadu
1/3 cawan nenas ~ dipotong dadu
6 biji cili api - dihiris
Cara-cara:
1. Goreng ikan dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.









