Monday 30 May 2011

Ikan Percik

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu... Harini menu lunch nurul cuma ikan percik n jus carrot susu.. tu dah cukup untuk ahli keluarga yang kecik macam nurul...Biasanya En.hubby yang suka jus carrot susu... nurul x berapa gemar... sajer try buat n rasa... not bad... boleh buat lagi lepas ni... blend jer ngan susu cair + gula + air secukupnya... masukkan ais ketul secukupnya. Siap dah jus carrot susu... Ikan percik tu nurul bakar dalam oven jer, letakkan daun kunyit bawahnya.. Bila kuar dr oven, semerbak bau daun kunyit. Resepi kat bawah tu boleh buat tuk 4-5 ekor ikan...


Ikan Percik
Sumber : K Hanieliza

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar/kembung/bawal
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

Bahan mesin halus:
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3cm halia
5 batang serai

Cara-cara:
1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan.
2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang telah pekat tadi.
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.



Agar-agar Oren Susu


Dessert kali ni buat agar-agar oren susu... Cuma bahagi 2 adunan agar2, satu nurul letak oren sunquick n satu lagi nurul letak susu cair jer... Sedap dimakan bila sejuk.. Pepun, layannn.

Friday 27 May 2011

Kek Coklat

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat... Awal2 pagi lagi, hujan lebat kat cni... Nak bangun pun rasa liat ckit.. tp bila pikirkan kalau hujan, mesti jalan jem teruk... terus bangun meluru jer... Pagi ni x buat breakfast pun, sbb malam tadi dah buat kek coklat.. Bantai kek tu je laa... siap tapau pi opis lagi...


Arghh... kuar2 dr kwsn apartment ni... tu diaaa, kete deret2.... jem betul... dah agak dah, mesti lambat masuk opis ni... kalau ikutkan 10 minit jer dah bleh sampai, tapi sbb jem bleh sampai 1 jam perjalanan, lenguh kaki2 ni...

Berbalik pada kek coklat yg nurul buat mlm tadi tu, nurul dah biasa buat ikut resepi K Hanieliza... Senang jer... Tapi nurul bakar bukan kukus. Pun jadik jgk... Moist jer kek ni... Memang sedappp... Perpun, jom kita tengok resepinya.. Mintak halal yer kak, c&p resepi akak kat buku maya nurul ni... ;D




KEK COKLAT 
Sumber : K Hanieliza 

Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara-cara:
1. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
3. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
4. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
5. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana. (nurul bakar 50 minit)

KRIM COKLAT (kali ni tak buat pun - just for info)
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara-cara:
1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

Wednesday 25 May 2011

Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis



Assalamualaikum....

Seksi ayam bakarku berposing... heheh... Sesekali makan ayam bakar ni sedap jgk... Cam biasa, ushar dulu sumber mana nak carik ayam bakar.... Last2, berkenan kat ayam bakar K Hana jgk...Memang rujukan terbaikku.. Buatnya x susah mana pun...Perap n bakar, dan boleh terus ngap...

Tapikan..... nurul rasa lebihan perapan tu kalau dimasak atas kuali, dan dicurah pada ayam lepas dibakar pun sedap jgk.. xper... lepas ni nurul buat camtu... yang kali ni nurul bakar ayam dengan sumer bahan perapan tu sekali... Apepun, jom layann resepinya...

AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpepper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu - xbuh sbb xde
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
 
Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu, kicap manis dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam (nurul perap semalaman), bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing, nurul bakar 1 jam), sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tuesday 24 May 2011

Laksa

Assalamualaikum...

Xde ape pun yang menarik hujung minggu ni... cuma lepak kat rumah ngan anak2 jer... Try buat laksa... Sblm ni x pernah buat sendiri, tolong kacau2 adelahhh.... Ni baru betul hasil air tangan kita sendiri... Layannn...



Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kering (direbus smpai lembut dan tos)
1 biji timun (dihiris panjang2)
3 biji telur rebus (potong 2)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
cili api (dihiris - kalau suka lebih pedas)

Bahan-bahan untuk kuah:
1/2 kilo ikan kembong (dibersihkan & direbus dengan 4 keping asam keping)
2 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan

Bahan-bahan kisar:
15 tangkai cili kering (nak pedas lagi, lebihkan)
2.5 cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya: 

1. Ikan yang direbus, ditos airnya. Asingkan isi dan tulangnya. Air disimpan untuk kuah nanti. Isi ikan dikisar dulu. Masukkan balik dalam periuk kuah tadi. Tulang ikan pula dikisar. Toskan.
2. Masukkan air tulang ikan dalam periuk kuah tadi bersama bahan2 kisar, asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan medidih.
3. Masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap dan siap untuk dihidang.

Puding Coklat

Kat rumah ni, kalau puding/agar-agar, laku sangat... kejap je abih... so, petang buat plak puding coklat...


Puding coklat ni dah biasa buat, ni pun hasil rujukan dari fp K Hanieliza... Memang sedapp... Layannn..

Bahan-bahan:
10gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 s/b serbuk koko + 1/2 cawan air (dibancuh dan ditapis) - nurul guna 2 s/b Hersheys' Chocolate Syrup
1 liter susu coklat DUTCH LADY

Cara-cara membuatnya:

1. Masak air & serbuk agar-agar sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan bancuhan serbuk koko. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
4. Tuang dalam acuan. Biarkan seketika dan sejukkan dalam fridge.

Friday 20 May 2011

Popia Goreng Sempoi

Assalamualaikum...

Tgk entry popia goreng sempoi K Reen pg smlm, tgh mlm kuarkan brg2 nak buatnya... Damia n Sofia pun cam segar lagi, dok main-main... Tang bila mama dia nak buat keje, meluru diorang dtg bertanya, mama nak buat ape?? Bukan dtg bertanya jer, siap tolong buat sekali...  Popia ni goreng buat breakfast pg tadi.. Memang sempoi... mkn ngan sos cili + mayonis... Sekejap jer dah tinggal 9 ketul.. cukup ler tuk kudap2 diorang sampai tghari ni.. Nurul bwk ler 4 ketul ni pi opis... Apepun, time kasihh K Reen.. Nurul c&p jelah yer resepi kat sini..


Bahan-bahan:

14 keping kulit popia - nurul buat 20 keping
1 peket Sosej Ayamas
1 peket isi ketam (Crab Fillet)
1 batang lobak merah di potong panjang - nurul guna sayur campur jer
1 cawan kacang campur
2 biji putih telor - nurul guna tepung gandum dibancuh ngan air ckit

 

Cara-cara:

1. Sosej Ayamas dan isi ketam di belah dua.
2. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan sosej,isi ketam lobak merah di potong panjang dan sayur campur tadi. Kemudian bungkus. Letakkan putih telor di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
3. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan.

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum..

Hari ni nurul try buat puding laici dangdut... Dah lama ushar2 dr blog K Hana... Yg nyata, puding ni memang kena betul ngan tekak nurul... Sedap sangat, lagi2 dimakan sejuk. Tapi nurul kurangkan sukatan airnya, jadi xlah selembut taufu fah... tapi still bleh berdangdut bila digoyang... Layannn...




Bahan-bahan 
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)        
2 liter air - nurul guna 1 1/2 liter air
2 cawan gula - nurul buh 1 1/4 cawan
2 tin laici (asingkan airnya) - nurul guna 1 tin laici je
1 tin susu cair 

Cara-cara
1. Masak agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. 
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Thursday 19 May 2011

Puding Karamel


Assalamualaikum...

Emm.. sedapnya puding karamel ni... teringat time mengandung anak ketiga... selalu teringin nak makan puding karamel... Time kat opis selalu beli kat ader satu restoran ni, tapi dia jual satu bekas kecik je RM2. Dua kali ngap dah abih... x puas makan... ni bila dah bleh buat sendiri... apalagi, bleh makan puas-puas... rupanya x susah mana pun nak buatnya... tp nurul buat separuh je dari resepi kat bawah.. Apepun, puding karamel ni memang sedap....



Puding Karamel
Sumber : Resepi Raidah 

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan karamel:
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan  adunan ke dalam loyang karamel dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

Wednesday 18 May 2011

Kerang oh kerang...

Assalamualaikum...

Dah berapa hari nurul x update blog... Jenguk pun tak... Mana taknya, nurul lak yg x brp sihat... Dari Ahad lagi dah batuk n selsema... Isnin larat lagi pi keje... Nasib hari ni cuti Wesak... Dapatlah rehat2kan diri kat rumah... Pagi2 lagi mak nurul dah exercise pi kedai... Nak harap nurul, x berapa larat nak kuar... Mak balik dgn tangan yg penuh, jinjit plastik smpai naik genting tangan... yelaa, beli kerang dkt 2 kg... tu belum lagi ngan nasi lemak n roti canai nya...dan ader ckit brg2 dapur lain... tau2 jer nurul x buat ape pagi ni.. tgk kerang tu yang x tahan... terus pi rebus.. Rebus saje x buh air, cuma buh daun sup jer...

Kerang dok dlm periuk tgh direbus
Sedia tuk dibedal
Bukan mama aje yg hantu kerang, Damia pun sama.
Sofia juga
Ish3, selesai dah dkt 2 kg kerang... Heheh, gambar mama n opahnya membedal kerang x masuk yer... Malu kat orang kalau tengok...;D

Sup Ayam

Tengahari tadi, buat sup ayam jer... tgh selsema ni sedap hirup sup panas2... layannn...



Bahan-bahan:
400g ayam
1/2 batang lobak
2 biji kentang (kali ni x bubuh, sbb xde)
3 cawan air
1 kiub ayam (optional)
garam secukup rasa

*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
* sehiris halia
*1/2 sudu teh serbuk lada hitam (nak lagi berangin, letak lebih yer) (kisar/tumbuk bahan *)

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan-bahan lain:
Daun sup
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik nau. Masuk bahan-bahan kisar/tumbuk dan biar sampai pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sekejap dalam 2 ke 3 minit sampai ayam kecut.
2. Masukkan air, lobak, kentang dan daun sup. Biar mendidih. Perlahankan api dan masak hingga ayam empuk serta kentang n lobak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap dan kalau dah ok, padam api.
3. Hidangkan dengan taburan bawang goreng.

Saturday 14 May 2011

Agar-agar Roti

Assalamualaikum...

Harini, pagi2 lagi nurul dah ke dapur. Bukan buat ape sgt pun, cuma bubur nasi n agar2 roti. Bubur nasi tu seisi keluarga boleh makan. Macam makanan tuk orang sakit jer. Mmg semua kat rumah br lepas sihat demam. Tgk plak roti tinggal 3 keping aje, terpikir nak buat agar2. Resepi mmg lama dah ader, tapi x berkesempatan nak buat. Kalau x silap, kebanyakan resepi dessert nurul salin dr blog K Ummi Kuantan. Banyak lagi waiting list yg nak dicuba. Oklah, kita tgk resepi dan hasilnya.


Bahan-bahan:
1 paket agar-agar (10gm)
4 keping roti (tapi nurul guna 3 keping jer)
2 biji telur
170 ml susu (nurul guna 1 cawan susu cair)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula (kurangkan sikit, takut manis sgt)
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Dalam periuk, masak air, agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
2. Sementara tu, blend roti, susu pekat, susu cair dan telur.
3. Masukkan bahan yang diblend tadi kedalam periuk agar-agar. Kacau sebati.
4. Masuk butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
5. Tuangkan dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam fridge.

Note : Curah hershey's chocolate syrup time hidang tu pun sedap.. nyam-nyam.. :)

Homemade Pizza

Assalamualaikum...

Sejak beberapa hari ni seisi rumah x berapa sihat.. Kat opis busy keje, kat rumah lak busy ngan anak2 yg masih batuk & selsema lagi.. Pizza ni buat smlm, sblm ni dah brp kali buat.. resepi ni nurul dapat kat  FP Kak Rinnchan. Thanks kak. 



Doh Pizza
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar shortening
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 camca teh garam

Bahan B:
100ml air suam
1 sudu teh yis (mauripan)

Topping Pizza
Bahan-bahan:
*Sos Cili 
*Daging Kisar Ramly
*Bawang besar (Potong bulat)
*Garam secukup rasa (* Tumis bwg besar, masukkan daging kisar& sos cili, kacau rata. Perasakan dengan garam & masak sekejap, angkat)
sosej, crabstick (optional)
capsicum hijau
parutan keju mozarella

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A. Masukkan bancuhan bahan B ke bahan A. Uli doh sampai licin dan lembut. Tambah air kalau perlu.
2. Leperkan dalam pan pizza setebal +/-1 cm dan ratakan. Biarkan sekejap.
3. Bakar dalam oven selama 10 minit.
4. Keluarkan dari oven, sapu dengan topping sauce. (Yang ni nurul pakai sos cili je, senang keje).


5. Bubuh bahan topping  dan last sekali taburkan parutan keju mozarella secukupnya.
6. Bakar 10 minit lagi.

Tuesday 10 May 2011

Kuih Gelang@Keria

Dah seminggu lebih keledek dok dalam bakul tak berusik pun.. Pikir2 nak buat ape, goreng je cam jemu.. so, petang smlm rebusla.. Mlm siapkan dohnya n pagi2 goreng.. Tapi tak salut gula dan bentuknya x cantik, sbb buat cepat2 mlm td.. Bahan2 pun main anggar2 je.



Bahan-Bahan:
+/- 800g keledek
Tepung gandum
Gula pasir
Air
Garam

Cara membuatnya:

1. Kupas keledek dan potong kecik2. Rebus dengan ckit garam sampai keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan tepung gandum, gaul rata. Kalau lembut sangat, tambah tepung lagi sampai jadi doh yang lembut.
2. Doh tadi bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Buat sampai siap. 
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Monday 9 May 2011

Nasi Goreng Sempoi

Hari minggu nurul masak sempoi jer, lagipun baby Aisy x sihat.. Badan panas jer.. Demam nak 'membeli' kot ataupun rindu kat papa dia yg skrg ni jauh di perantauan.. ;) Bawak pi klinik pagi2 hari lagi n breakfast hari ni beli je kat luar.. N petang nurul masak nasi goreng sempoi, rasa cam ala2 nasi goreng kampung..Cili kering pun masuk sekali. Tapi cili kering tu tuk nurul sorang jer..


Bahan-bahan:
*5 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*5 biji cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
*segenggam ikan bilis
*sikit belacan (* dikisar)

Nasi secukupnya
Ayam
Kacang panjang (potong kecik)
Lobak masin (optional)
Garam secukup rasa

Ikan Bilis (digoreng)

Cara Membuatnya:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan ayam. Biar sampai ayam masak.
2. Masukkan kacang panjang, lobak masin dan garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Masukkan nasi. Kacau dlm 5 minit dan siap untuk dihidangkan.

Accessories Lover

Hari Sabtu nurul keje 1/2 day... Lepas keje hari tu, pi GM Klang. Plan nak beli bbrp item yg kurang tuk keje2 yg tertangguh sejak mggu lps lagi.. Keje aper yg tertangguh tu...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 Ni dia keje2 part time nurul... yg dah tertangguh sejak mggu lepas... nak siapkan barang lak x cukup..


Pi GM ingat nak beli tu ajer, tapi pi shopping benda lain lak... Pi ngan adik ipar... Lagi sakan lah meronda satu GM...


Antara barang2 yg nurul beli, kristal swarovski, button clasp, stopper n beads..


Ni plak sajer nak tambah koleksi. 



Dah lama nurul berkenan ngan tudung rose, aritu ingat nak beli kat ader blogshop tu.. Jumpa lak tudung ni kat GM, rupanya kat cni berlambak2 jual. So, nurul beli la satu.. Yg purple tu shawl biasa je.. Ader taburan beads kat shawl tu.


Lewat ptg gak kitorang balik rumah..  

Accesories Lover Part 1

Malam sambil tengok AF, sambil buat keje2 yg tertangguh tu.. Nurul start minat buat accessories sejak nurul tgk buku ni. Variasi Aksesori Kristal n Mutiara, Amrah Harun.. Terbitan Alaf 21.


Nurul google carik kat mana ader jual mende2 ni. N skrg dah tau pi beli terus, selalunya nurul order online jer..


Tgh malam, siap dah keje2 tertangguh tu.. 

Sunday 8 May 2011

Blended Orange Cake

Salam hari Sabtu...
Malam tadi nurul pegi TESCO sebab dpt tau pampers HUGGIES tgh murah.. Borong ler HUGGIES size M tuk Aisy... Size XL dah abih... Cepat betul... Sambil2 tu, nurul nak beli oren, nak try Blended Orange Cake. Jenguk dapur K Hana ader, dapur K Noorma ader, tgh demam kek oren plak. So, tgh mlm godek bahan. Hasilnya kat bawah ni.. Thanks for the recipe.


Bahan-bahan
* 1 biji buah oren
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus - nurul pun guna 1 cawan je
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum* - nurul guna self-raising flour
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
* Nurul buh 1 sudu besar oren sunquick

Cara-cara:
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Thursday 5 May 2011

Apam Dot Dot aka Apam Bola

Dalam 2 minggu lepas, nurul ader try buat apam dot dot... Ni dah kali keberapa Nurul buat lagi. Bukannya aper, buatnya mudah, anak2 pun suka makan... Lagi satu, rupa kejadiannya menarik perhatian anak2. Diorang panggil apam bola. Dah lama ushar2 dari blog K Hana. Apapun, thanks K Hana... Mintak halal yer c&p resepi kat cni...

Apam Dot Dot
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksima selama 6-8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau beg plastik yang bersih.
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunanyang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian, dot-dotkan dengan warna pilihan.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit

    Nasi Paprik Campur


    Hari-hari bekerja tentunya memenatkan. Lebih2 lagi yg drive sendiri pi kerja, kena tempuh lagi jem. Dah balik, kalau bleh rehat jer. Nurul time hari bekerja, memang masak sempoi2 jer. Ikut mood, takpun, order je, betul tak... Macam biasa, selalu jenguk resepi kat dapur K Hana... tp bila dah biasa buat, masuk jer apa yang ade, janji sedap.. Selalu masak paprik sbb satu hidangan ader semua. Boleh check resepi kat bawah;

    Bahan-bahan:
    • Udang & Ayam - agak2 je
    • 4 ulas bwg merah - dipotong 4
    • 2 ulas bwg putih - diketuk
    • sayur-sayuran - bunga kobis, carrot, sweet pees
    • 2 btg serai - dititik
    • beberapa helai daun limau purut
    • 1 biji buah tomato - dipotong 4
    • 5 biji cili api - diketuk
    • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
    • 1 kiub ayam knorr
    Cara-cara:

    1. Panaskan kuali.
    2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili api, kacau sekejap. Masukkan ayam. Biar masak sekejap.
    3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air dan perasa. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
    4. Bila dah mendidih, masukkan buah tomato.
    5. Kacau sekejap dan siap...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...