Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, 24 August 2011

Lontong....


Assalamualaikum...

Menu berbuka semalam... pekena lontong plak... Raya nanti dah semestinya menu wajib kat rumah mertua... Fav en. hubbyku... x semestinya tunggu raya, tetiba nurul rasa nak makan, tgk brg2 pun byk yang ader, so aper lagi balik keje sempat menyiapkan lontong & sambal tumis ikan bilis... 

Resepi biasa nurul amik dari dapur CMG... Jom layan....

Lontong 
Sumber : Che Mat Gebu (TQVM)

Bahan-bahan:
1 biji kelapa, diparut
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketul
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 1o minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sayuran:
1/4 biji kobis, dipotong kecil ~ x letak sbb xde
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong ~ nurul ganti kacang buncis, bleh juga...
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam
2 keping tempe, dipotong kecil
1/4 ketul sawi bunga, dipotong kecil ~ x letak sbb xde

Bahan Lain:
Nasi impit
Telur rebus @ telur mata lembu ~ x letak
Sambal tumis ~ nurul buat sambal tumis ikan bilis je
Serunding kelapa (optional) ~  x letak

Cara-cara:
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1000ml air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Akhir sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal tumis..

Tuesday, 9 August 2011

Menu 8 Ramadhan

Assalamualaikum...


Ni menu tuk 8 Ramadhan semalam... Nasi ayam sempoi + ayam teriyaki.... Nurul amik resepi dr dapur mama Hawa kat Singapore nun... Terliur tgk ayam teriyaki sejak belum puasa lagi... Jadi semalam buat tuk menu berbuka puasa... Biasa kalau nasi ayam camni, nurul akan buat sup sekali.. tapi semalam x sempat... Dah kul 7 .... jadinya x ader sup kali ni...Waktu2 terakhir sebelum berbuka lebih kurang 20-30 minit, nurul lebih gemar duduk menanti waktu jer... x larat nak hiruk pikuk kat dapur lagi... ^__^

Kalau tgk plak kat ayam tu, ya allah... hitam legam.. tapi xper , maintain sedapppp... Nurul perap dr malam sebelum tu lagi, dah 1 hari dok terperap sebati semua bahan... Balik keje, terus panggang atas kuali non stick tu... dan sos cilinya nurul buat sos cili yang biasa nurul buat tuk nasi ayam, guna resepi K Hana...


Resipi utk Chicken Teriyaki
Sumber : Kak Anim, K Hana & Mama Hawa (TQVM)

Bahan-bahan:
2 - 3 keping dada ayam boneless - atau apa2 bahagian
3 inci halia - parut
3 ulas bawang putih- parut
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb gula perang
1 sk garam

Cara-cara:
1. Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
3. Panaskan non stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidang. Curahkan lebihan kuah ayam tadi.


Nasi Ayam Sempoi versi Mama Hawa

Bahan-bahan:
2 pot beras ~ cuci bersih dan toskan.
4 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
sedikit halia *
1 batang serai * (bahan bertanda * dikisar)
2 ketul kiub ayam
rempah empat sekawan
sehelai daun pandan
sedikit pewarna kuning jika suka
garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Tumis bahan2 bertanda *.
2. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga naik bau.
3. Masukkan kiub dan air yang disukat untuk 2 pot beras.
4. Masukkan daun pandan, pewarna dan sedikit garam jika suka.
5. Biar mendidih dan masukkan nasi.
6. Tanak hingga masak.


Sos Cili tuk Nasi Ayam
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Blend bahan yang bertanda *.
2. Masukkan dalam periuk dan masukkan sos, cuka, gula dan garam.
3. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat & matikan api.



Tuesday, 26 July 2011

Set Nasi Lemak Hujan Panas

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua....  
Bekfes aper pagi ni? Jom sama2 bekfes nasi lemak hujan panas ni.... Bekfes aper lagi ni, dah nak masuk tengahari pun... heheh, nurul lambat nak update... actually, ni menu ahad aritu... Bukan setakat bekfes, lunch sekali...
Aritu BW rumah K Rosa, berkenan ngan nasi lemak ni... Menarik perhatian anak2 sbb kalerful gitu... Tgh masak lagi dah dok sibuk tanya, mama masak aper? Naper nasi tu banyak kaler, tapi kaler pink je yang banyak??? :D, mamanya terbuh kaler pink yang lebih... dah kaler lain tenggelam... xpelah... yg penting menarik perhatian anak2 ni nak makan...
Macam biasa, dah tentulah nasi lemak ni gandingan utamanya sambal ikan bilis, dan nurul tambah ngan ayam mentega rangup resepi K Diana.... Maceh Kak Diana & Kak Rosa... :)
Meh kita layan resepi plak... 

Nasi Lemak Hujan Panas
Sumber asal :  Rinsca @ Myresepi
Sumber : K Rosaliza

Bahan-bahan:
2 mug beras (dicuci bersih) ~ nurul guna 4 cawan beras
1/2 mug santan pekat
2 mug air (ikut jenis beras
1 biji bawang putih (di mayang halus) ~ 2 ulas, nurul ketuk
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil halba ~ nurul x letak
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning, hijau.

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali-sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna... satu warna tuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan dikacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak, barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna-warni seperti warna pelangi selepas hujan panas... tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai dimakan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.

 
Ayam Mentega Rangup

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam (dihiris)
2 tangkai daun kari (dihiris)
4 biji cili padi (dicincang)
60gm mentega (Boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bahan-bahan Perap:
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Ayam digaul bersama-sama bahan perap dan perap selama 20 minit.
2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung... Goreng... Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi... Tumis sehingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam dan gula. Gaul sebati.
5. Angkat dan hidang.


Sunday, 3 July 2011

Nasi Dan Ayam Kabsa

Assalamualaikum....

Jom layan menu hidangan arab... Nasi Kabsa & Ayam Kabsa....

Hidangan ni penuh rasa rempahnya dan  lebih enak dimakan panas2... baru terangkat... hehe... Ader bbrp bahan nurul xder, so nurul gantikan dengan aper yang ader kat rumah jer... Nurul rasa hasilnya mungkin x banyak beza pun dari yang sebenar... Ni menu hidangan tengahari tadi...  Dan kat cni nurul letak resepi asalnya yang nurul dapat dari majalah rasa... Pepun, jom layan resepi timur tengah ni.... :)


Nasi Kabsa
Sumber : Rasa Jun 2011

Bahan-bahan:
720gm beras basmathi ~ cuci, rendam 30 minit dan toskan
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 batang lobak merah ~ diparut
2 biji cili merah
1 biji tomato ~dikisar
60gm kismis
2 sudu makan puri tomato
1 sudu makan rempah kabsa
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pewarna kuning (saffron)
1.125 liter air panas
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih serta bawang besar sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, saffron dan rempah kabsa. Kacau rata hingga garing.
3. Seterusnya, perasakan secukup rasa.
4. Setelah itu, masukkan pula lobak merak, lada benggala, cili merah, kismis dan beras basmathi. Tuangkan air panas secukupnya dan tanak sehingga nasi masak.
5. Apabila nasi telah masak, gembur atau kacaukan nasi dengan sebati selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.


Ayam Kabsa
Sumber : Rasa Jun 2011

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 dan digoreng separuh masak)
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 sudu makan rempah kabsa
2 sudu makan puri tomato
1 biji buah tomato ~dikisar
1 biji cili benggala hijau ~dipotong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pewarna kuning (saffron)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan buah tomato, puri tomato, saffron, serbuk lada hitam dan rempah kabsa. Kacau rata dan tumis sebentar.
3. Seterusnya masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan biarkan sehingga masak dan kuah mesra. Perasakan secukupnya.
4. Akhir sek ali  masukkan cili benggala hijau dan dikacau rata.  Sedia untuk dihidangkan.

Jemput semua....

Monday, 9 May 2011

Nasi Goreng Sempoi

Hari minggu nurul masak sempoi jer, lagipun baby Aisy x sihat.. Badan panas jer.. Demam nak 'membeli' kot ataupun rindu kat papa dia yg skrg ni jauh di perantauan.. ;) Bawak pi klinik pagi2 hari lagi n breakfast hari ni beli je kat luar.. N petang nurul masak nasi goreng sempoi, rasa cam ala2 nasi goreng kampung..Cili kering pun masuk sekali. Tapi cili kering tu tuk nurul sorang jer..


Bahan-bahan:
*5 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*5 biji cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
*segenggam ikan bilis
*sikit belacan (* dikisar)

Nasi secukupnya
Ayam
Kacang panjang (potong kecik)
Lobak masin (optional)
Garam secukup rasa

Ikan Bilis (digoreng)

Cara Membuatnya:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan ayam. Biar sampai ayam masak.
2. Masukkan kacang panjang, lobak masin dan garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Masukkan nasi. Kacau dlm 5 minit dan siap untuk dihidangkan.

Thursday, 5 May 2011

Nasi Paprik Campur


Hari-hari bekerja tentunya memenatkan. Lebih2 lagi yg drive sendiri pi kerja, kena tempuh lagi jem. Dah balik, kalau bleh rehat jer. Nurul time hari bekerja, memang masak sempoi2 jer. Ikut mood, takpun, order je, betul tak... Macam biasa, selalu jenguk resepi kat dapur K Hana... tp bila dah biasa buat, masuk jer apa yang ade, janji sedap.. Selalu masak paprik sbb satu hidangan ader semua. Boleh check resepi kat bawah;

Bahan-bahan:
  • Udang & Ayam - agak2 je
  • 4 ulas bwg merah - dipotong 4
  • 2 ulas bwg putih - diketuk
  • sayur-sayuran - bunga kobis, carrot, sweet pees
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 1 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili api - diketuk
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • 1 kiub ayam knorr
Cara-cara:

1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili api, kacau sekejap. Masukkan ayam. Biar masak sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air dan perasa. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan buah tomato.
5. Kacau sekejap dan siap...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...