Sedapp kalau dapat pekena karipap tuk minum petang ni... nurul buat hujung minggu tadi, kira ni entri tertangguh... Selalu tolong mak mertua buat karipap, tapi cuma isi inti & kelim je, hehe... tapi kali ni 100% buat sendiri... puas hati betul... Terima kasih Tun, juga Izah dan Yana... pasni, guna resepi ni jer tuk buat karipap... mudah dan senang nak ingat... ^__^
Doh Karipap
Resepi : Tun Telani
Bahan-bahan:
4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam
Cara-cara:
1. Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garfu (jangan guna tangan, melecur nanti)
3. Dah sejuk sikit, campur garam n air.
4. Uli-uli...siap! boleh wat karipap ikut suka inti apa.
Inti Kentang
Sumber : Yana
Bahan-bahan:
4 biji kentang (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan 1 cawan air)
1 tangkai daun kari
sedikit isi ayam
secubit garam
* Tambah gula ikut kesesuaian rasa ~ yang ni nurul tambah
Cara Buat Inti :
1. Kentang dikupas dan diporong dadu. Kemudian rebus kentang hingga hampir empuk. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula (*).
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika hingga masak.
6. Akhir sekali masukkan kentang yang telah direbus tadi.
7. Kacau sebati hingga kuah kering. Siap.
as-salam
ReplyDeletehuhu lapar pulak malam2 tgk karipap kentang ni..
karipap memang kuih yang makan tak jemu sedapnya.. dah dalam list nak cuba karipap ni
ReplyDeletewah rajinnya dia duk kelim karipap.hehhehe..kita dah lama betul tak buat karipap la...ishhh..teringin lak...
ReplyDeletenak kelim karipap pulak lah ari nii hehee
ReplyDeletekak nurul cayang!!! thank you sudi buat doh guna resepi nih. muah muah!
ReplyDeletetun suka makan karipap inti kari ayam n kentang!
pandainya buat karipap..
ReplyDeletecam ni nak buat juga nampak sedap..
Salam Nurul
ReplyDeletesodapnya pekena kentang..suka banget.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSinggah nak sarapan ngan karipap, ada lagi ker
ady
ReplyDeleteJuwita Jamaludin
quinnie
Yana Shaiful
tun_telani
Qhaifa Nur
rahel
Wattie
~ Terima kasih buat semua... InsyaAllah, ader kesempatan nanti nurul akan bw... ^__^
emm karipap atau saya panggil epok-epok adalah kuih feveret sampai mati....cintaaaa sgt..hehe
ReplyDelete