Apa khabar semua? Lama jg nurul x bersiaran masak2... Bila dah macam2 kebizian melanda dicampur lagi pergi bercuti & bersantai, mulalah lemau nak mengupdate... xper, nurul kena start balik pelan2.... Maaflah buat teman2 yang selalu nurul buat kunjungan, setakat hari ni masih lagi x dapat buat kunjungan sepenuhnya.... Hujung minggu ni pun nurul akan pergi ke Kedah pula, sbb ada kenduri keluarga di sana...
Berbalik pada resepi yang nurul nak letak hari ni, nurul dah ubah ckit ikut citarasa kami sekeluarga... Resepi asal nurul ikut chef Hanieliza di sini... Sblm ni pun nurul dah masak berapa kali, kira ni ulang tayang, cuma tukar ikan jer... kali ni nurul guna ikan siakap... tengoklah berapa byk bahan hiasan daaa.... x nampak ikan dah... hehe
Kepada yang x suka meriah2 sgt camni, boleh kurangkan yer bhn2 hiasan tu... ^__^
Siakap 3 Rasa
Resepi asal: Chef Hanieliza (TQVM)
Olahan : Nurul @ Dari Hujung Jari
Bahan-bahan:
Bahan A
1 ekor ikan bawal atau siakap ~ bersihkan dan kelar kedua belah badan
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
3 ulas bawang merah (**)
2 ulas bawang putih (**)
3cm halia (**) (**) - dihiris
Bahan B (Untuk Sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
3 sudu besar kicap lemak manis
Bahan C (Bahan Hiasan)
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji tomato ~ dipotong dadu
1/3 cawan nenas ~ dipotong dadu
6 biji cili api - dihiris
Cara-cara:
1. Goreng ikan dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
Assalamualaikum nurul...
ReplyDeletetgk ikan 3 rasa tu menyelerakan sungguh... akak mmg suka masakan 3 rasa.. sedap!
sedapnyer siakap goreng!! tun kalau dapat sikap kan, mmg makan x ingat dunia dah. kadang2 siap berabut lg ngan hasben tun. hihi
ReplyDeletesalam nurul....mmg ikan 3 rasa ni pberet kebanykan org kan....sedap sesangat...
ReplyDeletefav yana jgk..klu bt mst mandikan ikan tu dgn mcm2 bahan hiasan..mcm K.nurul jgk..tenggelam ikan tu :=)
ReplyDeleteKak Nurul,nak gi kedah eks,sy lak nak blk kedah nx week kakak wat kenduri tahlil n arwah..Xper kak,byk hiasan,janji nmpk ekor n kepala ikan,hihi..Mesti ratah lebih dari mkn nasi kan.
ReplyDeleteAS-SALAM NURUL
ReplyDeletewah berselera pulak tgk siakap 3 rasa nurul ni..terliur dibuatnye...
selamat malam Nurul
ReplyDeletewah...tentu sedap banget siakap 3 rasa ni kan...kepalanya siok betul..
wah kalau dapat makan tanpa nasi pun sedap ni..next time bole cuba maybe selepas bersalin dan habis pantang kot..
ReplyDeletememang sedap ikan msk gini nurul...memang berselera kalau mkn ni...akak pun suka ikan siakap ni:)
ReplyDeleteSalam Nurul. Masakkan utk ALong buleh... nampak best ni nak masak sendiri jemu dah makan air tangan sendiri...hehe.
ReplyDeleteAssallamualaikum Nurul..
ReplyDeleteWahhh sedap..sedap.. Lebih2 lagi ada nenas yg ditaburkan atas tu.. I like..
nurul..msak 3 rasa ni guna resepi apa pun tetap sedap..hehehe...besarnya ikan..puas makan...kekeke
ReplyDeletefuh terliur pagi ni...nampak sedap
ReplyDeletethanks sudi dtg blog saya...bru sempat jenguk kamu :)
Salam Nurul..Pertama, thanks sudi singgah ke blog saya...
ReplyDeleteSiakap 3 rasa..bestttt nya, meriah betul...pekana ngan nasi panasss mesti best ni...
Diana@Melley Mey
ReplyDeletetun_telani
liza
Yana Shaiful
Zaliedana
ady
rahel
Totie@Tomy
Nieza
HomeKreation
Naz/Nadz COSK
quinnie
Maya Mayana
Sue @ Nenie
~ Thanks buat semua yg sudi tinggalkan komen... Sorry x dpt bls satu2... Cayang kamu semua :)