Bersua kita di Ramadhan yang ke-19... Cam dah lama juga nurul x menjenguk cni... X tau lah kenapa dalam seminggu ni x sempat nak snap gambar & berblog pun... Nak BW rumah kawan2 apatah lagi... Busy kemainn gayanya... heheh.. Ni pun curik masa ckit kat opis nak masuk n3 cuti nuzul Quran baru ni...
Haritu nurul buat soto pekalongan... Tgk kat dapur K Ita, terus berkenan nak mencubanya... Nurul ni penggemar soto, sup & seumpama dengannya...Jadi tak sah lah kalau tak mencuba resepi soto yang kalau tgk dari bahan2nya sikit dan senang juga nak membuatnya... Ternyata memang sedappp soto ni... Terima Kasih buat K Ita yang mengetengahkan resepi ni dan juga penyumbang utama resepi K Fida... Nurul mintak izin share kat cni pulak yer.. :)
Soto Pekalongan
By: Kak Fida (TQVM)
Sumber : K Ita Masam Manis (TQVM)
Bahan-bahan ( 10 orang )
1/2 kilo daging -dipotong kecil2
halia sebesar ibu jari - diketuk
lengkuas sebesar ibu jari - diketuk
6 sb taucu - ditapis dan disiram sedikit
1 cawan kicap manis
6 sb taucu - ditapis dan disiram sedikit
1 cawan kicap manis
Bahan Kisar
5 batang lada merah
15 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
15 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
Bahan yg dimakan bersama
bawang goreng
daun sup dan daun bawang - dihiris
sambal kicap cili padi
mi hoon - dicelur hingga lembut
nasi himpit - dipotong kecil
tauge - dicelur ~ nurul x letak
Cara-cara:
1. Daging direbus dalam 2 ltr air bersama dgn halia dan lengkuas hingga empuk lalu masukkan taucu dan kicap. Tambah air lagi jika perlu kerana ketika merebus air akan menjadi kurang.
2. Bahan2 kisar, ditumis dgn sedikit minyak hingga garing dan tuangkan ke dlm rebusan daging tadi dan rebus terus hingga mendidih .
3. Bubuh garam , gula dan penyedap rasa secukupnya.(hati2 ketika menambah garam dan gula kerana taucu dan kicap manis juga menerbitkan rasa dlm masakkan.)
Cara menghidang:-
Isikan mi hoon atau nasi himpit ke dlm mangkuk dan bubuh tauge.Siram kuah bersama daging dan tabur diatasnya dgn bahan2 taburan yg lain.
sajikan ketika panas2.
Dessert kali ni nurul buat puding jagung berkuah koktel... Puding jagung ni nurul guna tepung hoen kwee... Boleh juga kalau nak guna tepung kastad... Resepi nya nurul cuma ikut kat label tepung tu jer, cuma ader beberapa sukatan yang nurul dah ubah... Tu pun sbb dah bbrp kali buat... tu yang ubah ikut rasa sendiri... x mau manis2 sangat.... :)
Puding Jagung Berkuah Koktel
Bahan-bahan:
1 tiub tepung hoen kwee (kuning)
2 cawan susu cair
2 cawan air
1 cawan gula
1 tin jagung krim
Bahan-bahan Untuk Kuah Koktel
1 tin susu cair
1 cawan air
1/4 cawan gula - boleh lebihkan kalau nak manis
1 sudu besar tepung kastard + sedikit air - larutkan
1 tin buah buahan campuran
Cara-cara Untuk Puding Jagung:
1. Satukan semua bahan2 dalam periuk. Kacau berterusan & masak atas api perlahan sampai pekat dan adunan nampak macam meletup-letup.
2. Padamkan api. Masukkan adunan tersebut ke dalam mould @ loyang yang sesuai. Biarkan suam seketika dan sejukkan dalam peti ais.
Cara-cara Untuk Kuah Koktel
1. Satukan semua bahan2 dalam periuk kecuali buah buahan campuran, kacau hingga berwap, masukkan adunan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air. Kacau hingga kuah pekat sedikit, matikan api. biarkan suam dan sejukkan dalam peti ais.
Cara-cara Menghidang:
Sediakan mangkuk, masukkan puding ke dalam mangkuk, curahkan buah-buahan campuran & kuah koktel tadi...
salam nurul...kita pun berkenan dgn soto pekalonga nih..tapi ada letak taucu lak...kuah dia ada rasa taucu ke? ke rasa sup?
ReplyDeleteSalam kak, sedapnyer soto!!! kalau makan soto mesti nak makan satu set dgn bergedil tapi nak buat bergedilnyer tu yg malas byk2 hihihi... sedappp! budak2 pun suke :D
ReplyDeleteQuinnie
ReplyDelete~ W'slm, Kak Q.... Soto ni mmg ader rasa taucu jgk... kalau x suka, letak separuh jer... Kuah dia cam biasa cuma terbau taucu tu skit... :)
ijayuji
ReplyDelete~ W'slm, Ika..... Betul tu ika, kalau ader bergedil lagi best sbnrnya... :)
kak nurul! =0).
ReplyDeletesaya pun penggemar soto..selalu p makan soto kat kedai..blm pernah try buat sendiri lagi..insha-ALLAH, ada masa nanti nak try jugak resepi dr entri kak nurul! menggoda sungguh soto yg kak nurul buat =0).
hahah! telan liur tengok 2 gambar ni...soto tu kalau ada begedil, pastu sambal kicapnya pedas2...memang terangkat la...
ReplyDelete