Assalamualaikum...
Bersiaran kembali kita di Ramadhan yang ke-23.... Alhamdulillah, dah 23 hari kita berpuasa... dan tinggal seminggu jer lagi melangkah ke bulan Syawal... Dalam minggu terakhir ni, dah tentunya sibuk nak menyiapkan segala macam persiapan untuk Hari Raya... Nurul pun baru hujung minggu tadi mula buat biskut raya, dah lama nurul x buat sendiri, 3 tahun ni beranak kecik jer... ;) Setakat hari ni, dah 3 jenis biskut nurul buat, tapi xdan nak snap gambar lagi... nantilah yer... tapi biskut2 yang nurul buat pun rata2 teman2 blogger ader buat... dah ramai kata sedap, apa lagi nurul pun berkobar2 semangat nak mencubanya.... Nanti dah snap gambar, bleh la nurul post kat cni..
Sebelum tu, meh layan resepi dari Noorsha ni... Sedappp plak murtabak ni... Sebelum buka puasa lagi, dah abih separuh kat Damia & Sofia.. Tanya kat diorang, pedas tak? Diorang kata tak, patut laju jer makan... Terima Kasih Noorsha, nurul share kat cni plak yer...
Murtabak Sardin Cream Crackers
Resepi : Noorsha
Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur
Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)
Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)
cedapnyaaa... k.gee pon rasa nk buatlah...
ReplyDeletemmg sedap ni kan kak nurul.. nk wat pun senang n kejap je siap. wahh.. mesti dh byk biskut raya nih. tun baru sejenis, mlm nnti pas blk terawikh nk wat sejenis lg.
ReplyDeleteGee
ReplyDelete~ K Gee, mmg sedappp n senang nak buatnya... :)
tun_telani
ReplyDelete~ betullah tun... mmg sedappp... nak buat lagi nanti... anak2 k nurul suka plak... heheh... baru jer dapat 3 jenis biskut... ingat nak buat sejenis lagi jer... cukuplah 4 jenis... hehe... tapi xdan lagi nak post kat cni... :)
nani skrg dlm proses nak perabih bahan2 mentah di rumah...memang takde stok bahan2 ni semua..lepas raya la nani cuba buat jugak...senang, takyah uli2 tepung.
ReplyDeletenuwairani ismail
ReplyDelete~ sama ler nani... k nurul pun tgh perabih bahan2 mentah kat rumah... murtabak ni senang buat & sedappp.. :)
wah!kreatif! =0).
ReplyDeletekalu ada masa, nak cuba jugak =0).
kak nurul, gmbr ni superb!=0).