Thursday, 22 September 2011

Kek Kukus Lapis Masam Manis

Assalamualaikum...


Tengoklah kejadian kek lapis nurul tu.... kejap tebal kejap nipis... huhu :( 
& nurul x buat tiap2 lapis ader haw flakes tu, sbb bila tgk adunan x cukup plak dgn haw flakes yang ader so nurul kena buat 2 lapis baru ader haw flakes... 

Xpee lah kan... yang penting kek lapis ni menepati citarasa nurul... memang sedappp tau resepi K Diana ni.... Time kasih kak atas resepi ni... Nurul CnP jelah resepi kat sini plak yer... ;)

Kek Kukus Lapis Masam Manis
Sumber : K Diana @ Melley Mey (TQVM)

Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah d kisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning ~ nurul buh warna hijau & kuning jer

Cara-cara:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula d putar sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
5. Setelah itu.. masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing² yer nak 2 atau 3 bahagian ). Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan d dalam loyang bersaiz 8" yang telah d lapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.. Setelah adunan hijau masak.. cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
8. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi d atasnya dengan warna kuning atau hijau.. Buat begini sehingga adunan habis.

10 comments:

  1. wow!!! dia dah start melapis dah.....

    ReplyDelete
  2. kak nurul, tun pun kalau melapis jd camtu jugak. hihi.. kalau tun mmg akan sengaja x letak setiap lapisan hawflakes tu, sbb takut manis sgt.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm. Kek ni kegemaran hubby Along tp lama dah tak buat. Cantik kaler dia...

    ReplyDelete
  4. nuwairani ismail
    ~ nani, sajer K nurul try kepakaran melapis... huhu, xde lah nampaknya...

    ReplyDelete
  5. tun_telani
    ~ tulaa tun, k nurul melapis kejap tebal kejap nipis... hehee ;)

    ReplyDelete
  6. HomeKreation
    ~ W'slm.... Thanks Along,kek ni mmg nurl suka, tapi jarang jumpa orang buat, kalau dah terjumpa makan berkeping2 x ingat... kali ni dah bleh buat sendiri... :)

    ReplyDelete
  7. Gee
    ~ Amik ler K Gee, ader brp keping lagi tu... ;)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nurul...
    dah buat dah yer... Alhamdulillah menjadi... cantik lg gitu tau kejadiannya.. terima kasih kerana sudi cuba resipi nie yer nurul.. ;)

    ReplyDelete
  9. nurul..kita memang tengah teringin nak makan kek nih..tengok kek nurul ni lagi menambah rasa nak makan..tapi malasnya nak masak kek..hehhehe...dah salin resepi kakdiana nih..lain kali bleh cuba..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...