Friday, 30 September 2011

The Versatile Blogger Award dr Yana... TQ..

Assalamualaikum....

Pagi sampai tengahari ni ader masa nak ngadap blog.... sementara keje xde... Tengah2 dok mengadap n3 Yana tetiba Yana publish n3 lagi satu pasal award... Jeling2 ader nama nurul juga tersenarai kat ctu... So, sblm keje banyak, nurul buat dulu homework yang satu ni... sure nurul lepas ni sampai hujung minggu x mengadap blog... Terima Kasih banyak2 buat Yana ~ Dunia Cinta Kami atas pemberian award ni.


1. Thank & link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
    (Hubungi semua yang menerima)

No. 1 ~ dah settle


No. 2 ~ simple dan ringkas je yer

1. Nurul orang melayu darah banjar. Kedua2 belah mak dan abah...

2. Nurul anak sulung dari 5 beradik. adik semuanya lelaki... nasib x ganas cam lelaki... tapi dalam hidup nurul sejak kecik sampai sekarang biasa dikelilingi lelaki... Contoh yang lain ~ dalam opis sekarang ni pun nurul sorang2 je perempuan... dah keje lebih 7 tahun... dulu time study pun samer, lelaki ramai, perempuan dua tiga kerat jer dalam course nurul... 

3. Nurul peminat purple... x payah tgk lain, tgk background blog pun dah tau...

4. Nurul takut rama2... x tau kenapa, pelikkan... Memang xkan pegilah taman rama2...

5. Nurul suka aksesori.... Banyak nurul kumpul dan buat sendiri dan jadi part time keje jugak... aksesori yang pelbagai, dari mutiara, kristal ataupun natural stone... sampai ader yang cakap "cam batu jalan pun bleh buat gelang ker"...

6. Nurul suka window shopping... 

7. Nurul suka lagu2 80-an...  Jiwa sentimentel.


No. 3 ~ Nurul nak pass pula award ni kepada



Diharap semua sudi amik award ni yer....

Ok, dah siap!!!


Tuesday, 27 September 2011

Moist Marble Cake

Assalamualaikum....


Semalam ronda2 terbekenan ngan marble cake yang Kak Q buat... Memang dalam kepala dah pasang angan2 balik keje nak buat kek... So, bila dah berkenan, apalagi malam mulalah buat projek... Lagipun, dalam family nurul, anak2 ni terutamanya Damia mmg suka sangat makan kek, tak kiralah kek apa pun..

Kek ni memang sedappp, lembut  dan moist jer... Patutlah Kak Q promote baik... Dan memang nurul akan buat lagi... Thanks Kak Q atas resepi ni... Tapi nurul buat separuh adunan dari resepi kat bawah... Kalau buat satu adunan tu, banyak hasilnya...

Pepun, jom kita intai resepinya... ;)

Moist Marble Cake
Resepi asal : Kak Fida@myr
Sumber : Kak Q (TQVM)

Bahan-bahan:
2 cawan mentega /margerin
4 sudu besar mumbung gula - boleh tambah lagi jika suka manis
2 cawan susu pekat krimer
1 1/2 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung gandum*
3 sudu teh baking powder *(* bhn diayak bersama)
8 biji telor besar (dipukul ringan)
4 sudu besar serbuk koko + sedikit air panas dan dijadikan pes coklat
1 sudu teh emulco coklat
sedikit pewarna merah
1/2 sudu teh esen rose ~ yg ni nurul x buh

Cara-cara:
1. Pukul mentega/ margerin dan gula hingga kembang, lalu masukkan esen vanila dan terus pukul.

2. Tuang susu pekat sambil adunan di pukul terus hingga rata

3.Perlahan kan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2  dan akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi hingga rata.

4.Adunan dibahagi kepada 2...satu adunan warna merah dan ditambah dgn esen rose dan satu lagi di campurkan dgn paste coklat dan coklat emulco. gaul rata adunan.

5. Marblekan adunan kek tadi dlm loyang yg telah di griss dan bakar pada suhu 170c selama  1 jam atau sehingga masak ikut kesesuaian oven sendiri. Pastikan loyang tadi ditutup bahagian atasnya dgn aluminium foil utk mendapatkan kek yg moist dan tidak hangus.

Sunday, 25 September 2011

Donut Suria

Assalamualaikum....

Hari ni lepak2 je kat rumah... Malas nak keluar, lagipun xder saper2... nurul & anak2 je... Untuk petang ni, nurul buat donut tuk minum petang... Dan kali ni nurul berkesempatan tuk online sekejap & terus masukkan n3... Anak2 ader jer duk tepi ni... cuma  baby Aisy jer yang tak reti dok diam... kejap2 nak kejar dia... tgh ligat... macam2 kerja dibuatnya...

Klaa, macam biasa, nurul memang suka guna resepi donut suria ni... mungkin sbb kalau tgk bahan2nya senang dapat & senang nak ingat sukatannya... nurul dapat resepi ni dulu dari fp K Rinnchan... Pepun, jom layan donut dulu... :)

Donut Suria
Sumber : K Rinnchan (TQVM)

Bahan A :
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar shortening
3 sudu besar gula kastor

Bahan B:
200 ml air suam
2 sudu teh instant yeast
~ 20ml air tambahan jika perlu bergantung kepada jenis tepung

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A. Masukkan bancuhan bahan B ke bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut dengan gula icing atau celup dalam coklat cair.

Thursday, 22 September 2011

Kek Kukus Lapis Masam Manis

Assalamualaikum...


Tengoklah kejadian kek lapis nurul tu.... kejap tebal kejap nipis... huhu :( 
& nurul x buat tiap2 lapis ader haw flakes tu, sbb bila tgk adunan x cukup plak dgn haw flakes yang ader so nurul kena buat 2 lapis baru ader haw flakes... 

Xpee lah kan... yang penting kek lapis ni menepati citarasa nurul... memang sedappp tau resepi K Diana ni.... Time kasih kak atas resepi ni... Nurul CnP jelah resepi kat sini plak yer... ;)

Kek Kukus Lapis Masam Manis
Sumber : K Diana @ Melley Mey (TQVM)

Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah d kisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning ~ nurul buh warna hijau & kuning jer

Cara-cara:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula d putar sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
5. Setelah itu.. masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing² yer nak 2 atau 3 bahagian ). Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan d dalam loyang bersaiz 8" yang telah d lapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.. Setelah adunan hijau masak.. cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
8. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi d atasnya dengan warna kuning atau hijau.. Buat begini sehingga adunan habis.

Monday, 19 September 2011

Chocolate Cornflakes Cookies

Assalamualaikum...


Jom layan cookies plak... cookies yang simple tapi sure sedapp tuk kudapan...  Dua tiga menjak ni nurul xder ilham nak citer panjang, dicampur lagi ngan keje yang banyak... Sorryyyyy... Pepun, jom intai resepinya... :)

Chocolate Cornflakes Cookies

Bahan A
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50gm serbuk koko
1 1/2 cawan cornflakes (dikisar halus)

Bahan B
150gm mentega
150gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A dalam mangkuk besar & ketepikan.
2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur & esen vanilla dan putar lagi.
3. Kemudian masukkan bahan A dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
4. Terap dengan acuan cutter pilihan. Susun diatas dulang pembakar dan bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 15-20 minit (bergantung pada oven masing-masing).
5. Bila dah masak, biarkan sejuk atas redai sebelum disimpan dalam balang.

Saturday, 17 September 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum.........


Emmmmmm.... mmg sedappppp puding tauhu ni... mkn sampai x sedar tuh... Thanks K Nor tuk satu lagi resepi dessert yang mgkin akan berulang kali nurul buat...=)

Puding Tauhu
Resepi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

Untuk Kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

Thursday, 15 September 2011

Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali setelah lama bercuti dr jenguk blog... dah nak bersawang pun... bkn aper, malas nak pikul kamera raya tadi... & x selalu online... jadinya blog ni dah terbiar 3 minggu tanpa dijenguk... Malam tadi baru ader semangat nak pikul kamera. Jom layan ayam Goreng Ala KFC nih... Semalam anak kata nak makan ayam KFC, teringat plak kat resepi ni... Dah lama copy & print dr K Madiha... baru smlm buat... Terima kasih buat penyumbang utama resepi ni dan juga K Madiha... :)

Alhamdulillah, mmg dah dekat sama cam ayam KFC... Anak2 pun suka sangat, sekali hadap abih 8 ketul ngan mamanya... x payah nak kuar pi KFC... 


Ayam Goreng Ala KFC
Resepi : Ijan Blogresepi (TQVM)
Sumber : K Madiha (TQVM)

Bahan Untuk Perap Ayam:
6 - 8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk ~ Nurul pun lebihkan 2 ulas lagi
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
secubit baking powder
secubit serbuk perasa

Bahan Untuk Tepung:
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut
3 ulas bawang putih ditumbuk ~ yang ni pun nurul skip, nurul tambah kat bahan perapan ayam
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
secubit baking powder
secubit serbuk perasa 

Bahan Tambahan:
1 biji telur
Minyak secukupnya

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.


Nurul gandingkan dengan coleslow & kentang goreng, lenkali nak buat sekali whipped potato... malam tadi bahan tak cukup... Resepi coleslow pun nurul amik dari K Madiha... Thanks for sharing, K Madiha... :)

Coleslow
Resepi : MamaFaMi Fotopages (TQVM)
Sumber : K Madiha (TQVM)

Bahan-bahan:
Kobis ~ disagat/hiris halus
Carrot ~ disagat
Mayonese secukupnya
sedikit serbuk kulit kayu manis
sedikit gula

Cara-cara:
1. Sayur yang disagat tadi direndam sebentar dalam air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dalam mangkuk dan campurkan mayonnese secukupnya, sedikit serbuk kayu manis dan gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Wednesday, 14 September 2011

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum....

Rasanya macam dah lama sangat x bersiaran sejak minggu ketiga Ramadhan lagi...  masih sempat lagi kan Nurul nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua serta Maaf Zahir & Batin...Terima Kasih buat semua yang sudi berkunjung ke teratak Nurul yang tak seberapa ni...  Maaflah xder n3 masak2 kali ni...

Insya-Allah esok lusa takpun hujung minggu ni Nurul akan mula bersiaran kembali dgn n3 masak2... Buat teman2 blogger yang Nurul selalu berkunjung, mintak maaf bebanyak sepanjang 3 minggu ni Nurul tak sempat nak BW...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...