Kembali bersiaran di pagi Khamis... Bekpes aper pagi ni? Nurul bekpes ringkas jer... sesekali tekak nak makan camni plak...sejak2 terliur tgk kentang panggang kat dapur K Diana aritu... Actually, ni dah second time bekpes camni... simple tapi ok juga pada nurul... x tau plak orang lain... Bukan kentang semata2 jer, tapi nurul tambah dengan sosej n bunga kobis... GaukGaul semua n panggang sekali... dan lagi satu, nurul kurangkan ckit sukatan segala serbuk lada tu.... kang cian anak2 kecik nurul x leh rasa... Layannn...
Ubi Kentang Panggang
Sumber : Diana @ Melley Mey
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang ~ dibersihkan dan dipotong wedges
2 tbsp minyak zaitun ~ nurul guna minyak masak biasa
50 gm mentega ~ dicairkan
1 tsp jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
10 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tsp daun basil kering + daun oregano kering
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp serbuk cili
sedikit garam & gula
Cara-cara:
1. Lumurkan ubi kentang dengan minyak zaitun. Ketepikan.
2. Satukan bawang putih, jus lemon, parutan kulit lemon, daun basil serta oregano, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, serbuk cili, garam, gula dan mentega cair. Gaul sebati.
3. Gaul dengan ubi kentang dan panggang dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 20 minit.
4. Kemudian terbalikkan ubi kentang tadi dan bakar lagi selama 15-20 minit atau sehingga kentang rangup.
5. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidang.
