Wednesday 29 June 2011

Kuih Kaswi Gandum

Assalamualaikum....

Tetiba angin nak buat kuih manis camni.... Buat petang tadi lepas balik keje.... x pernah lagi nurul buat kuih kaswi... first time buat ni... Macam biasa, nurul buat separuh adunan jer... Sofia yang nampaknya suka kuih ni... makan bertambah2... kejap2 bukak tudung tu amik.... dah abih pun....  Jom intai resepinya...


KUIH KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kuih [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara-cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Udang Goreng Mayonis Hot & Spicy

Assalamualaikum....

Dah lama dok berkenan ngan udang mayonis ni.... baru sekarang buat... maceh yer K Diana yang jauh nun di Labuan... Walaupun jauh, tapi dekat jer sbnrnya... Tul tak K Diana.... ;)

Nurul buat tuk makan malam tadi, makan ngan nasi panas, bertambah tu... Memang mabelles... Anak2 pun suka... Tapi nurul kurangkan cili api... takut plak anak2 x larat makan...  Jom layann resepinya....


Udang Goreng Mayonis Hot & Spicy
Resepi : love2cook
Sumber : K Diana @ Melley Mey
Diterjemah : Nurul @ Dari Hujung Jari

Bahan-bahan:
(A)

1 kg udang besar - buang kulit, tinggalkan ekor sahaja
1 telur - dipukul
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

(B)
2 cm halia - dicincang
5 batang serai - dihiris memanjang 

10 - 15 cili api (ikut suka nak letak berapa banyak)
3-4 sudu besar cili sos / sos cili Thai

1 sudu kecil kicap manis
1/2 cawan air

garam
1 1 / 2 sudu besar mayonis
Minyak masak

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk, kacau bahan-bahan (A) dan perapkan selama 15 minit.
2. Goreng udang diperap dalam minyak sehingga keemasan. Asingkan pada pinggan lain.
3. Kurangkan minyak, tumis halia dan serai sehingga wangi. Tambah cili api dan kacau.
4. Tambah sos cili dan kicap manis, kacau. Tambah air dan garam, biarkan mendidih.
5. Campurkan udang goreng.
6. Tambah mayonis dan kacau sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.

 

Tuesday 28 June 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis

Assalamualaikum...


Nilah menu ringkas nurul tuk berbuka semalam... Kerabu tomato ikan bilis... Makan ngan nasi panas, memang sedapppp... biasanya nurul x berapa makan tomato, tapi kali ni buat kerabu makan pulak... Tomato tu rangup2 jer sbb sementara menyediakan bahan2 lain, nurul rendam dalam air sejuk... Makan ngan nasi panas & ayam goreng jer... Ringkas tapi best... K jom tengok apa resepinya... :)

Kerabu Tomato Ikan Bilis
Sumber : K Hana

Bahan-bahan
2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
1/2 biji bwg besar - dihiris
3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
1 btg serai - dihiris
garam
gula
jus lemon - optional
pak aji - klu suka

Cara-cara:
1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
2. Dah siap! bleh la dihidang....

Monday 27 June 2011

Mango Panna Cota

Assalamualaikum....

Harini nurul puasa... Dalam berpuasa ni, dah terfikir apa nak buat petang nanti tuk berbuka... tapi menu tu simple jer, sempat ler nurul bekerja kat dapur jap balik keje nanti.... Dan dessert tuk berbuka nanti tengah menyejukkkan dirinya dalam fridge... hehe...

Mango Panna Cota ni dah lama nurul ushar dari blog K Ita Masam Manis... Dah buat sabtu aritu tapi malam tadi buat lagi... Memang sedappp lah.... Nurul guna mangga chokonan... Walaupun warnanya muda gitu, tapi buahnya manis.... Dalam gambar nampak cam masam kan....

Resepi kat bawah dapat dalam 4 gelas nurul tu... dan gambar tu pun yang ari sabtu punya...

Nanti2 nurul nak try buah2 lain lak... K, jom layan resepi nya.... Kak Ita, nurul share resepi kat cni plak yer ;)


Mango Panna Cota
Sumber : K Ita Masam Manis

Bahan-bahan:
7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn susu segar
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen mangga
1 biji mangga  di potong dadu atau hiris
1 biji mangga lagi dikisar halus

Cara-cara:
1. Bancuh galatin bersama air hingga larut
2. Masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
3. Angkat susu dari api dan masukkan esen manggo serta larutkan gelatin.Tunggu sehingga sejuk sedikit.
4. Susun mangga yg telah dihiris di tepi gelas, dan tuang panna cota dalam gelas tersebut.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman
6. Bila telah keras letakkan puri mangga diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!

Sunday 26 June 2011

Kentang Goreng Nestum Kruk-kruk

Assalamualaikum....

Nestum lagi..... Belek2 majalah Rasa bulan Julai 2011 edisi selera ramadhan, banyak resepi menggunakan nestum...  Nurul cuba menu paling ringkas sesuai tuk anak2 kecil nurul.... Yang ni nurul buat tuk minum petang semalam.... Sekejap jer licin pinggan... anak2 nurul makan cicah ngan sos + mayonis... sedapppp.... Jom layannn....



 Kentang Goreng Nestum Kruk-kruk
Sumber : Rasa Julai 2011

Bahan-Bahan:
3 biji ubi kentang (dibuang kulit, dipotong wedges atau nipis2)
100g - 150g nestum
2 biji telur (nurl cuma guna sebiji je)
sedikit garam

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan sedikit garam.
2. Celupkan ubi kentang kedalam telur.
3. Golekkan pula dalan nestum.
4. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang bersalut hingga garing dan keemasan.
5. Hidang segera bersama sos jika suka atau dimakan begitu saja.



Friday 24 June 2011

Pengat Durian n Roti Jala

Assalamualaikum......

Salam pagi Jumaat.... Nampak mendung awal pagi tadi, tapi dah kembali cerah... Arini, nurul breakfast pengat durian n roti jala... Dari mlm tadi, dah menebar roti jala sebenarnya... sambung lagi pagi ni sebab pengat durian tu masih berbaki lagi pagi ni...


Beli 2 biji je... sebiji makan n sebiji lagi buat pengat... Anak2 nurul ni pun bleh tahan gak, semua suka durian... Pengat durian tu nurul campurkan semua bahan-bahannya dlm periuk n masak atas api perlahan sehingga separuh pekat dan mendidih... Selepas tu, bolehlah diangkat dan dihidangkan... Bahan-bahannya cuma isi durian tadi, santan, gula pasir, gula melaka n garam secukup rasa... yang ni nurul x sukat pun , main bubuh jer ikut rasa sendiri... 
Dan resepi roti jala nurul amik dr K Ita Masam Manis... Roti jala ni kalau makan dengan kari pun sedap... Layannn....

Roti Jala
Sumber: K Ita Masam Manis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna (ikut suka nak letak warna apa)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Monday 20 June 2011

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum....

Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar ayah, abah, bapa, papa, walid atau seumpama dengannya.... Buat yang masih mempunyai bapa, hargailah mereka sementara masih ada... Bagi Nurul, hanya Al-Fatihah yang dapat disedekahkan buat arwah abah yang dah lama meninggalkan kami sekeluarga.... Al-Fatihah... 

Tak lupa juga buat en. hubby yang berada kat Oman sekarang, Selamat Hari Bapa tuk Papa...


Semalam, kat rumah just buat homemade pizza n OREO Cupcake jer tuk anak2...



Tengokler jari2 kecik Damia n Sofia, nak jugak masuk dlm gambar mamanya tangkap... Pizza ni lepas bakar je, x sabar2 diorang nak ngap... xdan setengah jam dah abih pun 1 pan.... Ader lagi 1 pan tuk mkn petang nanti lak... Resepi nurul ader letak sblm ni kat sini. Cuma topping kali ni nurul cuma letak sosej, cendawan butang n sayur campur tu ckit... Yang tu jer anak2 laju makan... Kang letak yang lain2, abih dikuis nya keluar... 


Dan mamanya buat juga OREO Cupcake... Aritu tengok kat dapur Che Mat... Che Mat, nurul c&P resepi kat cni yer tuk rujukan... Sedappp laa cupcake OREO ni...  lenkali boleh buat lagi... Serius macam che mat cakap, paling senang... Memang senang nak buatnya, x remeh... Thanks, Che Mat... :)


OREO Cupcake
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

Buttercream:
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati.

2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup. Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream.

3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang,dan hias ikut kreativiti masing-masing...



Friday 17 June 2011

Peria Goreng Bertelur

Assalamualaikum...

Susah betul nak timbulkan angin rajin ni lepas balik bercuti baru2 ni... huhuhu... :(

Beberapa hari ni, makan sempoi2 jer... Ni menu malam tadi... Makan ngan ikan goreng n cicah sambal... Peria tu nurul masak separuh jer sbb yang nak makannya pun 2 orang jer... Dulu2 nurul x berapa makan peria ni... tak suka sbb pahit2 camtu...

Mak mertua nurul yang suka masak peria... Macam2 hidangan guna peria mak dah buat... Sedappp plak.... Dari goreng tepung, masak sambal ngan udang dan goreng bertelur cam kat bawah ni ataupun celur jer cicah ngan sambal... Yang penting, peria tu kena rendam sekejap dengan garam... 

Layan gambar je yer sbb ni menu paling simple, setakat goreng n campak2 jer... x sukat pun... dan kat cni nurul ader tambah lobak masin. Emmm, sedap... dalam pahit2 ader masin2...


Nak Dora.... nak Dora....

 

"Nak Dora.... nak Dora... Mama, buat kek buh Dora..." Damia request mamanya buat cupcake lagik buh Dora plak... Mana taknya, dia dah nampak mamanya ader beli edible image Dora... Ingat nak simpan dulu, tapi Damia dah nampak, terpaksalah mamanya mengerjakan cupcake plak mlm tadi... dari angin "M" terus jadi rajin bila dah anak yang request... tapi nurul lupa lak nak beli butter... nasib ader kurang seketul lagik simpan... dlm 200gm jer... dapatla buat separuh adunan, n buttercream nya nurul buat ikut nisbah 2:5... camner tu??? Bolehlaa... 5 cupcake jer yang dapat posing kat cni, 2 lagi dah kena amik ngan Damia & Sofia... Terus je mintak sudu nak makan dah... Layannn...



myeg...

Dalam kesibukan jari jemari ni menaip, tetiba bunyi tingtong2 doorbell opis nurul... ingat orang antar courier jer, rupa2 nya orang MYEG.... Pantas betul diorang ni antar road-tax nurul...


Sebenarnya, baru first time nurul guna service MYEG ni... Smlm, hidupkan insurance n roadtax kete online jer, bagi sesapa yang x pernah guna servis ni, bleh log on ke www.myeg.com.my

Semalam nurul buat transaction petang & petang ni dlm kul 3 lebih road-tax kete dah sampai ke tangan nurul... Tak payah nak pi beratur, lagi satu bagi yang bekerja ni x payah ler nak amik cuti...sonang betul zaman sekarang ni yer... Pe pun, semuanya dr hujung jari....  :)

Friday 10 June 2011

Nestum Butter Prawn


Berbalik pada resepi, ni menu mlm tadi… Disebabkan singgah smlm kat rumah Rai yg kat Moscow tu… tergoda lak nak buat Nestum Butter Prawn ni.. Nurul buat separuh jer… kalau ikut adik Rai nye guna 1 kg udang…

Kat rumah ni x putus stok nestum… Sentiasa ada… anak2 suka, mamanya pun sama… Balik keje, singgah jap kat TESCO beli udang n adela barang2 dapur yg lain… Cam senang jer nak pi TESCO kan… Mana taknya, tiga minit jer dr opis kalau tak der 4 traffic light tu… banyak beno kena benti tunggu lampu hijau… heheh…

Klaa, jamu mata n layan resepi yer… mendenya dah selamat proses pun dlm perut… heheh ;)


Nestum Butter Prawn

Bahan2:
500g udang
½ cawan nestum
2 sudu besar mentega

Bahan2 tumis:
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
1 biji cili merah
Daun kari (ikut suka nak letak byk ke ckit)

Bahan2 untuk pukul:
2 biji telur
1 sudu besar tepung beras
1/4 cawan susu

sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kari

Cara-Cara:
1. Perap udang dengan sedikit garam,serbuk lada sulah dan sedikit serbuk kari.
2. Goreng 1/2 masak udang yang telah diperap tadi. Toskan dan ketepikan.
3. Tumis bahan2 tumis sehingga naik bau dan wangi. Masukkan sedikit garam.
4. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng. Kacau rata sehingga udang masak.
5. Kocak kan bahan2 pukul tadi menggunakan garfu sehingga kembang dan sebati.
6. Tuangkan ke dalam kuali. Kacau hingga ia menjadi garing..
7. Pastikan garing atau kering yer... n tutup api.  Kemudian masukkan nestum... kacau sekejap sahaja. nanti nestum tak garing kalau kacau lama2.
8. Ok dah siap dan boleh dihidangkan masa panas2 dengan nasi putih… 

Emmm, Damia makan sampai menjilat jari…


Wednesday 8 June 2011

Hasil Cubaan Pertama


Assalamualaikum...

Upin & ipin… Kartun fav anak2.... Kalau tgk upin & ipin, dua2 x bergerak, dipanggil pun x menyahut... Oleh sbb itu, cubaan pertama nurul mendeco, nurul gunakan edible image upin & ipin... Terima Kasih juga pada sorang kawan KR, ct yang tunjukkan nurul HOI (House of Ingredient)... Macam2 ader kat sana... Bila dok dalam HOI tu, membuak2 plak keinginan nak membaking ni... Dan inilah hasil cubaan pertama nurul mendeco cupcake… Puas hati dapat buat sendiri, biarpun x secantik mana hasilnya… Banyak lagi yang nurul kena belajar... Kalau ader 100 tangga, mungkin baru 2 atau 3 tangga jer nurul baru naik... heheh... Anak2 nurul Damia n Sofia for the first x sabar2 camner lah muka upin n ipin tu pas ditempek kat cupcake… Tekun diorang tengok mama nya menggodek bahan2 tuk buat cupcake,  dari awal proses buat cupcake sampailah siap buttercream n  deco sekali… tapi tangan Sofia ni cepat ckit, sempat jer nak cukai2 mencolek buttercream… 


Dulu, first time nurul ader order cupcake untuk majlis tunang adik ipar kat Melaka… order dari K Ita gula dan mentega… Sentuhan tangannya dalam mendeco cupcake mmg terbaik lah, kemas, teliti dan  sungguh kreatif… tapi selalu kalau teringin nak cupcake, nurul beli kat IKANO.. Balik keje, boleh singgah jap. Nurul ni memang gemar kek2 ni... sorang yang menurun nurul, Damia ler... rela melantak kek dari makan nasi...

Bbrp mggu kebelakangan ni, nurul suka jenguk dapur K Ita Masam Manis… Sama jgk hasil sentuhan tangan mendeco cupcake memang cantik n kreatif… Bukan cupcake jer, apa2 masakan K Ita memang menarik dgn photoshoot yg kreatif... membuatkan sesiapa saje yg menjenguk dapur K Ita, terpanggil2 nak try ape yang K Ita buat... baru nurul terperasan, dua2 K Ita kan… Apepun, terima Kasih K Ita, nurul amik resepi yg akak share tu… Klaa, x boleh bebel lama2, pepun, jom layannnn cupcake nurul yg tak seberapa ni....

Slps touch-up ngan buttercream & tempek edible image upin & ipin
Posing ckit


Tadaaaa... Dah siap dah..




Sunday 5 June 2011

Triffle Istimewa CMG

Assalamualaikum...

Semalam nurul ader buat triffle istimewa Mat Gebu... Dah lama tengok kat blog CMG, salah satu blogger masak memasak yang nurul sgt kagum, selain K Hana... memang best lah, sedappp sangat... Puas hati sebab dpt try... Cuma kelam kabut ckit tang nak buh jelly tu, baby lak terbangun nak menyusu... Cepat2 nurul siapkan lapisan akhir tu n terus masuk fridge...


Tang kek tu nurul x buat pun, nurul beli jer swiss roll kat TESCO... Nurul buat dalam gelas, dapatler dalam 6 gelas... Thanks to Che Mat Gebu atas resepi ni & izinkan nurul c&p resepi kat sini plak... Jom layannnn...

TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
Sumber : CMG

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untuk jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah ni nurul buat tuk breakfast pagi tadi... Resepi biasa2 jer... tapi mee goreng ni nurul x buh sayur pun... yg ader cuma daun sup jer... Sosej tu lak Damia yg request buh dlm mee ni... Layannn...



Bahan-bahan:

1 peket mee kuning
8 ekor udang basah
1 peket fish ball
2 keping sosej
2 s/b cili kering kisar
2 s/b minyak masak
4 s/b sos cili
2 s/b kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih (dititik)
garam & gula secukup rasa
Hiasan : Daun sup & bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar sekejap. Masuk udang, fishball & sosej, kacau sebati.
2. Masuk sos cili, kicap pekat,gula & garam secukup rasa. Kacau & biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. 
3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama beberapa minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. 
4. Hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.


Friday 3 June 2011

Kari Udang

Assalamualaikum....

Harini nurul nak masukkan menu nurul sekeluarga malam tadi... Menu ni menu favourite anak2 nurul sekarang... Udang, tak kiralah udang masak aper pun... sumernya kejap je abis... yang abis dulu bukannya nasi tapi udangnya... camtulah anak2 nurul kalau makan, nasi seconet, udangnya yang lebih... tapi sejak 2 menjak ni anak2 suka sangat kari udang... berselera ckit makan nasi berkuahkan kari udang kot...

Nurul masak kari rasanya yang paling simple... Pepun, jom check resepinya...


Kari Udang

Bahan-bahan:
500 gm udang 
1 biji ubi kentang (di potong 8)
1 keping asam keping
1/2 cawan santan 
2 cawan air
 2 s/b serbuk kari
Sedikit serbuk kunyit 
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 s/b kicap pekat manis
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kalau ada daun kari, bubuh sekali bbrp keping.
2. Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak. Baru masukkan air anggaran dalam 2 cawan.
3. Setelah itu, masukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang empuk.
4. Masukkan udang, santan dan asam keping dan gaul rata.
5. Setelah mendidih, masukkan kicap pekat manis dan garam secukup rasa. Kacau sekejap.
6. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih.


Thursday 2 June 2011

Petang 1 Jun

Seawal 5 petang, nurul dah keluar pun dari opis... Arini bos x masuk... officemate nurul sumer bersiap sedia nak cabut tepat jam 5... Bestnya kalau hari2 camni... hehehe... Jalan pun lengang jer... Sampai kat rumah, bukak jer muka pintu, baby Aisy mulalah buat rengek2 manja dia... Nak curut dia lah tu, biarpun baru jer lepas minum susu tadi... Yang Damia n Sofia jerit2 datang kat mama dia... macam lama jer x jumpa, padahal 8 jam jer mamanya pi opis...

Baby intai2 mama yer...
Sampai hari ni, dah nak masuk 9 bulan ler baby Aisy breastfeed... alhamdulillah... kalau bleh, nurul nak bg susu ekslusif ni sampai 2 tahun atau lebih... Cam Damia sempat 7 bulan jer... Sofia lama ckit, setahun 7 bulan.

Tengok tu, lepas menyusu baby dah tak kisah dah... mama pun bleh buat keje lain.
Jom intai dapur lak, nak buat aper ptg ni yer.........

Roti Goreng

Untuk menu minum petang, nurul buat roti goreng... Kalau tak, cam biasa calit jer roti tu ngan kaya atau jem..

Roti goreng ni nurul buat intinya sardin + telur... Inti boleh buat apa2 jer... ikut suka, nak letak kaya bleh, scrambled egg bleh... ikut kreativiti masing2 dlm penyediaan hidangan... Dan rotinya nurul belah 2 setiap satu... Senang tuk anak2 makan...


ROTI GORENG

Bahan untuk inti:
1 tin kecil sardin
1 biji bawang
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Tumis bawang hingga kuning. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali.
2. Pecahkan telur. Kacau dan hancurkan ikan sardin.
3. Perasakan dengan garam.


Bahan-bahan roti:
Roti secukupnya (Belah 2 setiap satu)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
garam
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
1. Bancuhkan semua bahan dengan air kecuali roti.
2. Masukkan inti tadi ke dalam roti dan lipat 2.
3. Celupkan roti dalam bancuhan tepung tadi.
4. Goreng dalam minyak panas.

Wednesday 1 June 2011

Chilled Chocolate Nestum Cheesecake

Assalamualaikum...

Menu menambah lemak ni... Sesekali bleh lah... tapi bila dah makan cheese cake ni, cam nak lagi dan lagi... memang sedappp... resepi asalnya chilled coffee cheesecake tapi nurul memandai jer ubah pada coklat n nestum... nasib menjadi yer... emm, yummy2... gabungan coklat n nestum tu memang best.. Jom tgk resepinya...


CHILLED CHOCOLATE NESTUM CHEESECAKE
Sumber asal : K Hanieliza (Chilled Coffee Cheesecake)

Bahan Base

150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter lembut [suhu bilik]

 

Bahan Krim
250 gm cheese cream philadephia
300 ml yogurt [natural]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream chocolate
1 s/b chocolate syrup

1/4 cawan nestum

Larutan agar-agar cair [panaskan sehingga mendidih]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan
Nestum n strawberry

Cara
1. Alaskan loyang cheesecake dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. Bakar dalam suhu 180 selama 10 minit.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt, ice-cream dan chocolate syrup dan kacau rata.
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan nestum dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang.
8. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
9. Keluarkan dan hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...