Showing posts with label Minum petang. Show all posts
Showing posts with label Minum petang. Show all posts

Monday, 10 October 2011

Roti Sosej Rangup

Assalamualaikum....


Roti Sosej Rangup ni nurul buat petang sabtu aritu... Memang best, yang pasti roti camni anak2 memang suka... lagi2 ader sosej tu...Maceh yer K Nor, nurul try resepi ni... aritu tengok izah & mas buat roti ni, kali ni nurul plak buat... senang dan sedap... tapi kalini nurul x letak slice cheese sbb xder... lenkali bleh try letak cheese plak...

ROTI SOSEJ RANGUP 
Resepi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara-cara:
1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
3. Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
4. Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Sedapppnya...

Sunday, 25 September 2011

Donut Suria

Assalamualaikum....

Hari ni lepak2 je kat rumah... Malas nak keluar, lagipun xder saper2... nurul & anak2 je... Untuk petang ni, nurul buat donut tuk minum petang... Dan kali ni nurul berkesempatan tuk online sekejap & terus masukkan n3... Anak2 ader jer duk tepi ni... cuma  baby Aisy jer yang tak reti dok diam... kejap2 nak kejar dia... tgh ligat... macam2 kerja dibuatnya...

Klaa, macam biasa, nurul memang suka guna resepi donut suria ni... mungkin sbb kalau tgk bahan2nya senang dapat & senang nak ingat sukatannya... nurul dapat resepi ni dulu dari fp K Rinnchan... Pepun, jom layan donut dulu... :)

Donut Suria
Sumber : K Rinnchan (TQVM)

Bahan A :
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar shortening
3 sudu besar gula kastor

Bahan B:
200 ml air suam
2 sudu teh instant yeast
~ 20ml air tambahan jika perlu bergantung kepada jenis tepung

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A. Masukkan bancuhan bahan B ke bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut dengan gula icing atau celup dalam coklat cair.

Saturday, 2 July 2011

Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum....

Salam Hari Sabtu... Menu aper ptg tadi???

Tuk petang tadi, nurul buat kuih puteri ayu, tapi pelik ckit....  nurul x guna acuan sepatutnya... guna jer acuan yang ader... boleh lah jgk kan?? sbbnya ader  bal kelapa parut ckit... selongkar2 berkenan nak buat kuih ni plak... Dapat dari dapur K Hana, tapi ader hari tu tengok kat dapur K Ct Delima, dia pun pernah buat acuan lain dulu2, tu yang nurul try buat tadi... Kuih ni sedappp, lembut dan gebu...  Jom layannnn..


Kuih Puteri Ayu
Sumber : K Hana

Bahan-bahan: 
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan 
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telur + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.


Wednesday, 29 June 2011

Kuih Kaswi Gandum

Assalamualaikum....

Tetiba angin nak buat kuih manis camni.... Buat petang tadi lepas balik keje.... x pernah lagi nurul buat kuih kaswi... first time buat ni... Macam biasa, nurul buat separuh adunan jer... Sofia yang nampaknya suka kuih ni... makan bertambah2... kejap2 bukak tudung tu amik.... dah abih pun....  Jom intai resepinya...


KUIH KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kuih [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara-cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Sunday, 26 June 2011

Kentang Goreng Nestum Kruk-kruk

Assalamualaikum....

Nestum lagi..... Belek2 majalah Rasa bulan Julai 2011 edisi selera ramadhan, banyak resepi menggunakan nestum...  Nurul cuba menu paling ringkas sesuai tuk anak2 kecil nurul.... Yang ni nurul buat tuk minum petang semalam.... Sekejap jer licin pinggan... anak2 nurul makan cicah ngan sos + mayonis... sedapppp.... Jom layannn....



 Kentang Goreng Nestum Kruk-kruk
Sumber : Rasa Julai 2011

Bahan-Bahan:
3 biji ubi kentang (dibuang kulit, dipotong wedges atau nipis2)
100g - 150g nestum
2 biji telur (nurl cuma guna sebiji je)
sedikit garam

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan sedikit garam.
2. Celupkan ubi kentang kedalam telur.
3. Golekkan pula dalan nestum.
4. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang bersalut hingga garing dan keemasan.
5. Hidang segera bersama sos jika suka atau dimakan begitu saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...