Wednesday, 29 June 2011

Kuih Kaswi Gandum

Assalamualaikum....

Tetiba angin nak buat kuih manis camni.... Buat petang tadi lepas balik keje.... x pernah lagi nurul buat kuih kaswi... first time buat ni... Macam biasa, nurul buat separuh adunan jer... Sofia yang nampaknya suka kuih ni... makan bertambah2... kejap2 bukak tudung tu amik.... dah abih pun....  Jom intai resepinya...


KUIH KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kuih [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara-cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


3 comments:

  1. ermmm... akak gak ler yg belum perna buat kuih nie lagi... teringin nk makan nya dah lama... asyik tergoda jer nie... nak ckit... ada lg c nie? hehehe

    ReplyDelete
  2. best..suke kuih ni...betul2 kena ngan selera

    ReplyDelete
  3. Diana @ Melley Mey
    ~ Akak nak ckit yer... japgi nrl buat na... ;D

    izahdaut
    ~ Betul tu izah, menjadi, sedap n kena ngan selera... buat pun senang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...