Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, 3 March 2012

Bersua Kembali... ^__^

Assalamualaikum...

Lamanya rasa nurul x bersiaran... dah penuh sawang dan berabuk pun dapur cyber ni.... hehe... nipun jenguk nak buang habuk2... Sayang nak tinggalkan terus dapur ni... jenguk jgklah sementara ada kesempatan... biarpun hari2 yang akan mendatang ni rutin harian semakin bertambah... sebagai permulaan tatih blog ni tuk tahun 2012 nurul hidangkan Moist Pandan Marble Cake tuk semua... Terima kasih buat K Ita, K Yatie & penyumbang resepi asal di sini... Tuk resepi bleh klik mana2 link tu yer... Memang sedap kek ni... rasanya cam butter cake tapi light ckit n agak spongy...


X bleh lama2 ni... Bye... Jumpa lagi ^__^

Wednesday, 14 December 2011

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum...


Lama rasanya nurul x bersiaran... Banyak perkara menyebabkan nurul x sempat nak bkk blog ni.... xper, kita kayuh pelan2 balik... Untuk hari ni, nurul nak tayang kek pisang yang nurul buat 2 hari lepas... Alhamdulillah, dah abih pun semalam lagi... Resepi nurul amik dr kak Dayang... Thanks yer kak, kek ni memang lembut n gebu sangat... bila keesokannya kek lagi bertambah sedap, lembut dan lembap... X caya, cubalah yer... ^__^

Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
2 cawan  tepung gandum ~ Nurul pun guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan pisang yang sudah dilecek
1/2 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu cair atau susu segar
4 biji telur gred B
1 cawan gula kastor (-/+)
1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
100 ml minyak jagung atau mentega cair

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.

Wednesday, 23 November 2011

Pandan & Chocolate Cupcake

 Assalamualaikum...

Semalam intai2 Dapur Tanpa Sempadan, terbekenan ngan buttercake yang Che Mat tayang, tapi versi cupcake... Emmm, kek ni mmg lembut je dalamnya... Sedappp... ^__^
Dan bahan2 nak membuatnya pun simple...


Kalau Che Mat buat flavor pandan & vanilla, K Nannie chocolate & vanilla, Nurul pula pandan & chocolate... Nurul buat 1/2 adunan jer... Terima kasih buat penyumbang resepi asal Nurfatim juga pada K Nannie & Che Mat... Nurul panjangkan resepinya disini pula yer...

Pandan & Chocolate Cupcake (Resepi Asal: Kek Marble)
Resepi oleh : Nurfatim

Bahan-bahan:
150 gm butter
150 gula kastor
2 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan fresh milk dlm kotak ~ nurul guna susu cair
160 gm tepung gandum diayak ~ nurul guna self-raising flour  
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh pes pandan & coklat
Coklat chip secukupnya
 
Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna papercup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula kstor dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan purar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.
  3. Bahagi adunan kepada 2. Satu dicampurkan dengan pes pandan dan satu lagi dengan pes coklat. Sudukan adunan pes pandan dahulu kemudian adunan pes coklat. Agak2 1/2 cawan penuh. Tabur coklat cip pada setiap bekas.
  4. Susun dalam loyang dan bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang..

Saturday, 22 October 2011

Slice Cheesecake

Assalamualaikum...


Jom layan slice cheesecake plak... Sblm ramadhan aritu nurul ader try sekali, tapi x jadi sbb putih telur yang dipukul x kental... punyalah lama dok putar, tapi x kental2 jgk... last2 buat kek butter biasa jer... rupanya dlm putih telur tu x bleh ader walau sikit pun kuning telur... aritu nurul temasuk ckit time asingkan 2 mende nih... tapi semangat nak rasa kesedapan kek ni menjadi2 bila izah kata sepanjang syawal je dia dah buat 6-7 kali kat sini... Waaa, kena try jgk ni...

Alhamdulilah, percubaan kedua menjadi... Betullah kek ni mmg sedappp, ni dah kali keempat buat... lepas ni jadi kek fav kat rumah ni plak... Terima kasih Izah yang menaikkan semangat nurul tuk cuba kali kedua dan jadi... x lupa juga buat penyumbang resepi ros@jintanmanis... mungkin lepas ni nurul nak try resepi dari hasue plak yang guna cream cheese tuh... ^__^

Tengok ler kat bawah tu, x sabar2 nak makan, potong jer ikut dan... 


Slice Cheesecake
Sumber : Izah

Bahan-bahan:
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
 
 

Tuesday, 27 September 2011

Moist Marble Cake

Assalamualaikum....


Semalam ronda2 terbekenan ngan marble cake yang Kak Q buat... Memang dalam kepala dah pasang angan2 balik keje nak buat kek... So, bila dah berkenan, apalagi malam mulalah buat projek... Lagipun, dalam family nurul, anak2 ni terutamanya Damia mmg suka sangat makan kek, tak kiralah kek apa pun..

Kek ni memang sedappp, lembut  dan moist jer... Patutlah Kak Q promote baik... Dan memang nurul akan buat lagi... Thanks Kak Q atas resepi ni... Tapi nurul buat separuh adunan dari resepi kat bawah... Kalau buat satu adunan tu, banyak hasilnya...

Pepun, jom kita intai resepinya... ;)

Moist Marble Cake
Resepi asal : Kak Fida@myr
Sumber : Kak Q (TQVM)

Bahan-bahan:
2 cawan mentega /margerin
4 sudu besar mumbung gula - boleh tambah lagi jika suka manis
2 cawan susu pekat krimer
1 1/2 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung gandum*
3 sudu teh baking powder *(* bhn diayak bersama)
8 biji telor besar (dipukul ringan)
4 sudu besar serbuk koko + sedikit air panas dan dijadikan pes coklat
1 sudu teh emulco coklat
sedikit pewarna merah
1/2 sudu teh esen rose ~ yg ni nurul x buh

Cara-cara:
1. Pukul mentega/ margerin dan gula hingga kembang, lalu masukkan esen vanila dan terus pukul.

2. Tuang susu pekat sambil adunan di pukul terus hingga rata

3.Perlahan kan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2  dan akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi hingga rata.

4.Adunan dibahagi kepada 2...satu adunan warna merah dan ditambah dgn esen rose dan satu lagi di campurkan dgn paste coklat dan coklat emulco. gaul rata adunan.

5. Marblekan adunan kek tadi dlm loyang yg telah di griss dan bakar pada suhu 170c selama  1 jam atau sehingga masak ikut kesesuaian oven sendiri. Pastikan loyang tadi ditutup bahagian atasnya dgn aluminium foil utk mendapatkan kek yg moist dan tidak hangus.

Thursday, 22 September 2011

Kek Kukus Lapis Masam Manis

Assalamualaikum...


Tengoklah kejadian kek lapis nurul tu.... kejap tebal kejap nipis... huhu :( 
& nurul x buat tiap2 lapis ader haw flakes tu, sbb bila tgk adunan x cukup plak dgn haw flakes yang ader so nurul kena buat 2 lapis baru ader haw flakes... 

Xpee lah kan... yang penting kek lapis ni menepati citarasa nurul... memang sedappp tau resepi K Diana ni.... Time kasih kak atas resepi ni... Nurul CnP jelah resepi kat sini plak yer... ;)

Kek Kukus Lapis Masam Manis
Sumber : K Diana @ Melley Mey (TQVM)

Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah d kisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning ~ nurul buh warna hijau & kuning jer

Cara-cara:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula d putar sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
5. Setelah itu.. masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing² yer nak 2 atau 3 bahagian ). Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan d dalam loyang bersaiz 8" yang telah d lapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.. Setelah adunan hijau masak.. cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
8. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi d atasnya dengan warna kuning atau hijau.. Buat begini sehingga adunan habis.

Friday, 1 July 2011

Rich Banana Bread

Assalamualaikum....


Tengok kat 3 biji pisang berangan yang dah masak dalam fridge.... siannn dah brp hari x berusik,sblm tu terpikir nak buat cekodok pisang jer.... tapi bila tengok kat blog izah ader resepi simple kek pisang, nurul terus jer godek bhn2 nak buatnya malam tadi... Hasilnya kek pisang tuk breakfast pagi tadi... Terima kasih izah atas resepi yang simple ni, tapi hasilnya emmmm... kek pisang yang sedappp dan gebu... 


Rich Banana Bread
Sumber asal : allrecipes
Sumber : izah

Bahan-bahan:
1/2 cwn butter cair
1 cwn gula ~ nurul pun letak 1/2 cawan je..
2 biji telur
1 sk vanilla essence
1 1/2 cwn tepung
1 sk baking soda
1/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1/2 cwn yogurt plain
1/2 cwn chopped walnuts
1 cawan pisang lecek

Cara-cara:
1. Panaskan oven 175 C.
2. Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan.
3. Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.
4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.
5. Gaul sekadar rata.
6. Bakar selama 45-50 minit.
7. Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2.

Monday, 20 June 2011

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum....

Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar ayah, abah, bapa, papa, walid atau seumpama dengannya.... Buat yang masih mempunyai bapa, hargailah mereka sementara masih ada... Bagi Nurul, hanya Al-Fatihah yang dapat disedekahkan buat arwah abah yang dah lama meninggalkan kami sekeluarga.... Al-Fatihah... 

Tak lupa juga buat en. hubby yang berada kat Oman sekarang, Selamat Hari Bapa tuk Papa...


Semalam, kat rumah just buat homemade pizza n OREO Cupcake jer tuk anak2...



Tengokler jari2 kecik Damia n Sofia, nak jugak masuk dlm gambar mamanya tangkap... Pizza ni lepas bakar je, x sabar2 diorang nak ngap... xdan setengah jam dah abih pun 1 pan.... Ader lagi 1 pan tuk mkn petang nanti lak... Resepi nurul ader letak sblm ni kat sini. Cuma topping kali ni nurul cuma letak sosej, cendawan butang n sayur campur tu ckit... Yang tu jer anak2 laju makan... Kang letak yang lain2, abih dikuis nya keluar... 


Dan mamanya buat juga OREO Cupcake... Aritu tengok kat dapur Che Mat... Che Mat, nurul c&P resepi kat cni yer tuk rujukan... Sedappp laa cupcake OREO ni...  lenkali boleh buat lagi... Serius macam che mat cakap, paling senang... Memang senang nak buatnya, x remeh... Thanks, Che Mat... :)


OREO Cupcake
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

Buttercream:
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati.

2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup. Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream.

3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang,dan hias ikut kreativiti masing-masing...



Friday, 17 June 2011

Nak Dora.... nak Dora....

 

"Nak Dora.... nak Dora... Mama, buat kek buh Dora..." Damia request mamanya buat cupcake lagik buh Dora plak... Mana taknya, dia dah nampak mamanya ader beli edible image Dora... Ingat nak simpan dulu, tapi Damia dah nampak, terpaksalah mamanya mengerjakan cupcake plak mlm tadi... dari angin "M" terus jadi rajin bila dah anak yang request... tapi nurul lupa lak nak beli butter... nasib ader kurang seketul lagik simpan... dlm 200gm jer... dapatla buat separuh adunan, n buttercream nya nurul buat ikut nisbah 2:5... camner tu??? Bolehlaa... 5 cupcake jer yang dapat posing kat cni, 2 lagi dah kena amik ngan Damia & Sofia... Terus je mintak sudu nak makan dah... Layannn...



Wednesday, 8 June 2011

Hasil Cubaan Pertama


Assalamualaikum...

Upin & ipin… Kartun fav anak2.... Kalau tgk upin & ipin, dua2 x bergerak, dipanggil pun x menyahut... Oleh sbb itu, cubaan pertama nurul mendeco, nurul gunakan edible image upin & ipin... Terima Kasih juga pada sorang kawan KR, ct yang tunjukkan nurul HOI (House of Ingredient)... Macam2 ader kat sana... Bila dok dalam HOI tu, membuak2 plak keinginan nak membaking ni... Dan inilah hasil cubaan pertama nurul mendeco cupcake… Puas hati dapat buat sendiri, biarpun x secantik mana hasilnya… Banyak lagi yang nurul kena belajar... Kalau ader 100 tangga, mungkin baru 2 atau 3 tangga jer nurul baru naik... heheh... Anak2 nurul Damia n Sofia for the first x sabar2 camner lah muka upin n ipin tu pas ditempek kat cupcake… Tekun diorang tengok mama nya menggodek bahan2 tuk buat cupcake,  dari awal proses buat cupcake sampailah siap buttercream n  deco sekali… tapi tangan Sofia ni cepat ckit, sempat jer nak cukai2 mencolek buttercream… 


Dulu, first time nurul ader order cupcake untuk majlis tunang adik ipar kat Melaka… order dari K Ita gula dan mentega… Sentuhan tangannya dalam mendeco cupcake mmg terbaik lah, kemas, teliti dan  sungguh kreatif… tapi selalu kalau teringin nak cupcake, nurul beli kat IKANO.. Balik keje, boleh singgah jap. Nurul ni memang gemar kek2 ni... sorang yang menurun nurul, Damia ler... rela melantak kek dari makan nasi...

Bbrp mggu kebelakangan ni, nurul suka jenguk dapur K Ita Masam Manis… Sama jgk hasil sentuhan tangan mendeco cupcake memang cantik n kreatif… Bukan cupcake jer, apa2 masakan K Ita memang menarik dgn photoshoot yg kreatif... membuatkan sesiapa saje yg menjenguk dapur K Ita, terpanggil2 nak try ape yang K Ita buat... baru nurul terperasan, dua2 K Ita kan… Apepun, terima Kasih K Ita, nurul amik resepi yg akak share tu… Klaa, x boleh bebel lama2, pepun, jom layannnn cupcake nurul yg tak seberapa ni....

Slps touch-up ngan buttercream & tempek edible image upin & ipin
Posing ckit


Tadaaaa... Dah siap dah..




Wednesday, 1 June 2011

Chilled Chocolate Nestum Cheesecake

Assalamualaikum...

Menu menambah lemak ni... Sesekali bleh lah... tapi bila dah makan cheese cake ni, cam nak lagi dan lagi... memang sedappp... resepi asalnya chilled coffee cheesecake tapi nurul memandai jer ubah pada coklat n nestum... nasib menjadi yer... emm, yummy2... gabungan coklat n nestum tu memang best.. Jom tgk resepinya...


CHILLED CHOCOLATE NESTUM CHEESECAKE
Sumber asal : K Hanieliza (Chilled Coffee Cheesecake)

Bahan Base

150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter lembut [suhu bilik]

 

Bahan Krim
250 gm cheese cream philadephia
300 ml yogurt [natural]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream chocolate
1 s/b chocolate syrup

1/4 cawan nestum

Larutan agar-agar cair [panaskan sehingga mendidih]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan
Nestum n strawberry

Cara
1. Alaskan loyang cheesecake dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. Bakar dalam suhu 180 selama 10 minit.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt, ice-cream dan chocolate syrup dan kacau rata.
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan nestum dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang.
8. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
9. Keluarkan dan hidangkan.


Friday, 27 May 2011

Kek Coklat

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat... Awal2 pagi lagi, hujan lebat kat cni... Nak bangun pun rasa liat ckit.. tp bila pikirkan kalau hujan, mesti jalan jem teruk... terus bangun meluru jer... Pagi ni x buat breakfast pun, sbb malam tadi dah buat kek coklat.. Bantai kek tu je laa... siap tapau pi opis lagi...


Arghh... kuar2 dr kwsn apartment ni... tu diaaa, kete deret2.... jem betul... dah agak dah, mesti lambat masuk opis ni... kalau ikutkan 10 minit jer dah bleh sampai, tapi sbb jem bleh sampai 1 jam perjalanan, lenguh kaki2 ni...

Berbalik pada kek coklat yg nurul buat mlm tadi tu, nurul dah biasa buat ikut resepi K Hanieliza... Senang jer... Tapi nurul bakar bukan kukus. Pun jadik jgk... Moist jer kek ni... Memang sedappp... Perpun, jom kita tengok resepinya.. Mintak halal yer kak, c&p resepi akak kat buku maya nurul ni... ;D




KEK COKLAT 
Sumber : K Hanieliza 

Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara-cara:
1. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
3. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
4. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
5. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana. (nurul bakar 50 minit)

KRIM COKLAT (kali ni tak buat pun - just for info)
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara-cara:
1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

Sunday, 8 May 2011

Blended Orange Cake

Salam hari Sabtu...
Malam tadi nurul pegi TESCO sebab dpt tau pampers HUGGIES tgh murah.. Borong ler HUGGIES size M tuk Aisy... Size XL dah abih... Cepat betul... Sambil2 tu, nurul nak beli oren, nak try Blended Orange Cake. Jenguk dapur K Hana ader, dapur K Noorma ader, tgh demam kek oren plak. So, tgh mlm godek bahan. Hasilnya kat bawah ni.. Thanks for the recipe.


Bahan-bahan
* 1 biji buah oren
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus - nurul pun guna 1 cawan je
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum* - nurul guna self-raising flour
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
* Nurul buh 1 sudu besar oren sunquick

Cara-cara:
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...