Wednesday 23 November 2011

Pandan & Chocolate Cupcake

 Assalamualaikum...

Semalam intai2 Dapur Tanpa Sempadan, terbekenan ngan buttercake yang Che Mat tayang, tapi versi cupcake... Emmm, kek ni mmg lembut je dalamnya... Sedappp... ^__^
Dan bahan2 nak membuatnya pun simple...


Kalau Che Mat buat flavor pandan & vanilla, K Nannie chocolate & vanilla, Nurul pula pandan & chocolate... Nurul buat 1/2 adunan jer... Terima kasih buat penyumbang resepi asal Nurfatim juga pada K Nannie & Che Mat... Nurul panjangkan resepinya disini pula yer...

Pandan & Chocolate Cupcake (Resepi Asal: Kek Marble)
Resepi oleh : Nurfatim

Bahan-bahan:
150 gm butter
150 gula kastor
2 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan fresh milk dlm kotak ~ nurul guna susu cair
160 gm tepung gandum diayak ~ nurul guna self-raising flour  
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh pes pandan & coklat
Coklat chip secukupnya
 
Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna papercup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula kstor dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan purar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.
  3. Bahagi adunan kepada 2. Satu dicampurkan dengan pes pandan dan satu lagi dengan pes coklat. Sudukan adunan pes pandan dahulu kemudian adunan pes coklat. Agak2 1/2 cawan penuh. Tabur coklat cip pada setiap bekas.
  4. Susun dalam loyang dan bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang..

Friday 18 November 2011

Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Lama jg nurul x bersiaran masak2... Bila dah macam2 kebizian melanda dicampur lagi pergi bercuti & bersantai, mulalah lemau nak mengupdate... xper, nurul kena start balik pelan2.... Maaflah buat teman2 yang selalu nurul buat kunjungan, setakat hari ni masih lagi x dapat buat kunjungan sepenuhnya.... Hujung minggu ni pun nurul akan pergi ke Kedah pula, sbb ada kenduri keluarga di sana...

Berbalik pada resepi yang nurul nak letak hari ni, nurul dah ubah ckit ikut citarasa kami sekeluarga... Resepi asal nurul ikut chef Hanieliza di sini... Sblm ni pun nurul dah masak berapa kali, kira ni ulang tayang, cuma tukar ikan jer... kali ni nurul guna ikan siakap... tengoklah berapa byk bahan hiasan daaa.... x nampak ikan dah... hehe 
Kepada yang x suka meriah2 sgt camni, boleh kurangkan yer bhn2 hiasan tu... ^__^


Siakap 3 Rasa
Resepi asal: Chef Hanieliza (TQVM)
Olahan : Nurul @ Dari Hujung Jari

Bahan-bahan:
Bahan A
1 ekor ikan bawal atau siakap ~ bersihkan dan kelar kedua belah badan
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
3 ulas bawang merah (**)
2 ulas bawang putih (**)
3cm halia (**)  (**) - dihiris

Bahan B (Untuk Sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
3 sudu besar kicap lemak manis

Bahan C (Bahan Hiasan)
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji tomato ~ dipotong dadu
1/3 cawan nenas ~ dipotong dadu
6 biji cili api - dihiris

Cara-cara:
1. Goreng ikan dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.

Thursday 3 November 2011

Sup Ikan Merah

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali di hari khamis... dah seminggu lebih tak berupdate... dah bersawang ckit ... ^__^ tupun smlm nurul just letak n3 tuk wordless sj... xtau lah, lately masa terhad untuk berblog.... ader byk lagi n3 yg nurul tak masukkan... setiap kali masak mmg ader gak nurul snap gambar, cuma x sempat nak update masuk dlm blog...

Untuk n3 kalini n3 tertangguh... dah buat minggu lepas lagi... resepi mudah & sihat... xder tumis2, terus rebus jer semua bahan... jangan terkejut bawang putihnya mmg nurul letak sebiji2... dah terbiasa makan camtu sejak lepas berpantang... Mak masak lauk tuk berpantang setiap hari ader berbiji2 bawang putih... Paksa makan, lama2 nurul suka plak... Nak tau khasiat bawang putih, bleh tgk sini..


Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
400 gm ikan merah
2 biji bawang merah ~ dihiris
6-8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus sup bunjut ADABI
1 keping asam gelugur
1/2 batang lobak merah ~ dipotong bulat
1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Daun sup

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan dan toskan. Satukan ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lobak merah bersama 1 liter air di atas api. Biarkan mendidih seketika. Masukkan sup bunjut.
2. Biarkan selama 1 - 2 minit, kemudian masukkan asam gelugur, lada hitam dan garam. Sesuaikan rasa dan biarkan seketika lagi sehingga isi ikan masak.
3. Tutup api dan taburkan dengan daun sup... Sedia untuk dihidang.. Makan dengan nasi putih panas bersama sambal cili kicap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...