Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Friday, 5 August 2011

Menu 4 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah sampai hari yang kelima kita berpuasa... Dah tengahari ni, menu apa plak petang ni tuk berbuka? Nurul pun tgh pikir nak masak aper ptg ni... sampai semalam nurul x berkesempatan nak pegi bazar ramadhan pun, ptg2 hujan kat cni, jadi malas nak melangkah ke bazar ramadhan... jadinya apa yang ader ajelah dimasak & dihidang tuk berbuka...

Yang ni menu tuk berbuka semalam, 2 jenis jer... ringkas... tu pun nak masuk waktu berbuka baru siap... :D
Resepi nurul amik dr K Diana & Bundo, maceh yer...


Udang Goreng/Bakar Jimbaran
Sumber : K Diana @ Melley Mey (TQVM)

Bahan-bahan: 
1 kg udang yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya
6 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan A
150gm cili merah ~ potong kasar
7 biji cili padi
10 ulas bawang merah ~ dihiris kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris kasar
6 biji buah keras
1/2 sudu besar belacan
1/4 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan B
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih

Cara-cara:
1. Gaulkan udang dengan bahan B dan perap selama 20 minit.
2. Goreng udang di dalam minyak yang banyak (Kalau nak dibakar, biar ianya separuh masak)... ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan A dan tumis sehingga layu.
4. Keluarkan bahan A dari kuali dan kisar sederhana halus.
5. Masukkan bahan2 kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa. Tumis sehingga kuahnya pekat.
6. Kemudian masukkan udan goreng tadi dan gaul rata. Biarkan kuahnya betul2 sebati dengan udang tadi.
7. Angkat & hidang.
8. Kalau nak bakar udang tadi, bolehler dimasukkan ke dalam oven dan bakar seketika.
9. Angkat dan hidang.

Nampak hitam pekat, tapi memang mabelesss...



Yang dah tinggal separuh ni, Damia punya... x sabar nak makan sebelum orang berbuka.. ;)

Makaroni Bakar ~ nurul buat separuh jer
Sumber : Dapur Ibundo (TQVM)

Bahan-bahan:
Untuk lapisan macaroni
2 1/2 cawan macaroni direbus hingga empuk. Bubuh sedikit air garam dalam air rebusan. Toskan.
1/2 bungkus daging hancur ramlee
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
beberapa kuntum cendawan butang didadu kecil
2 batang sosej dihiris nipis ~ yang ni nurul tambah
3 sudu besar tomato puree
garam secukupnya
3 biji telur
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender
Sedikit butter untuk menumis

Panaskan butter.  Tumis bawang putih. Bila naik bau masukkan cili. Masak hingga cili garing.  Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Kemudian masukkan tomato puri, bawang, capsicum dan cendawan. Bila hampir masak, masukkan pula daun sup dan daun bawang.  Rasakan garam. Padamkan api. Biarkan hingga suam.
Masukkan ke dalam mangkuk macaroni.  Pecahkan telur dan gaul rata.

Lapisan cream crackers ~ lapisan ni nurul x buat, lain kali nurul akan buat...

15 - 20  keping cream crackers dipatah-patahkan
3 cawan fresh milk
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk stok ayam atau 1 cube stok ayam
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil oregano

Cara-cara:
Curahkan secawan fresh milk ke dalam bekas cream crackers yang telah dipatahkan. Biarkan sebentar.
Panaskan butter.  Masukkan tepung dan kacau tanpa henti sehingga berbuih.  Masukkan fresh milk sedikit demi sedikit dan jangan berhenti mengacau adunan supaya licin dah tidak berketul. Sekiranya adunan terlalu pekat, boleh ditambah dengan sedikit susu ataupun air. Masukkan stok ayam, parsley dan oregano. Masukkan cream crackers dan biar sehingga pekat.

Gunakan mangkuk tahan panas. Griskan dengan sedikit butter/majerin. Lapiskan dengan crackers.  Ratakan. Letak campuran macaroni di atasnya. Ratakan.  Letak lagi lapisan crackes.  Seterusnya letak lagi lapisan macaroni. Tutup longgar dengan foil dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 deg c selama 40 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan taburkan di atasnya dengan cheese mozarella dan bakar lagi sehingga cheese cair.

Thursday, 4 August 2011

Menu 3 Ramadhan

Assalamualaikum...

Jom tengok menu simple tuk 3 Ramadhan... Sorry, harini x banyak masa nurul nak pot pet... ader keje sedang menanti... Layannn  :)


Ikan 3 Rasa
Sumber : K Hanieliza (TQVM)

Bahan-bahan:
Bahan A
1 ekor ikan bawal atau siakap ~ nurul guna ikan cencaru jer
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan ~ nurul cuma garam & kunyitkan ikan tu)
3 ulas bawang merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2 ulas bawang putih (**)
3cm halia (**)  (**) - dihiris

Bahan B (Untuk Sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
3 sudu besar kicap lemak manis ~ yg ni nurul tambah

Bahan C (Bahan Hiasan)
1 pokok daun bawang ~  x letak
2 biji cili merah ~ x letak
2 biji cili hijau ~ x letak
2 biji tomato ~ x letak
1/2 cawan nenas potong dadu ~ yg ni nurul tambah
4 biji cili api - dihiris ~ yg ni pun nurul tambah

Cara-cara:
1. Goreng ikan dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.


Dan satu lagi menu cuma udang & kobis bunga goreng bercajun... Yang ni nurul belasah jer resepinya...  ;) Nurul bancuh tepung gandum + tepung beras ckit + 1/2 sudu kecil cajun & garam, agak2 adunan batter cam batter nak goreng pisang, celup udang & kobis bunga & goreng... simple tapi sedappp... cam nurul goreng terlebih garing ckit.. dah nak hangit jadinya... heheh, abaikan yang hitam2 tuhhh...


& lastly ader durian pemberian adik ipar, so nurul buat plak bubur kacang durian... Alhamdulillah...




Friday, 15 July 2011

Paprik Udang

Assalamualaikum.....


Sebelum 15 July melabuhkan tirainya, nurul nak masuk 1 entri lagi... Paprik Udang yang nurul masak petang tadi... Kalau kat rumah ni dah biasa sangat masak paprik, senang & cepat buatnya... Biasanya nurul masak paprik ikut resepi K Hana....Memang sedappp... Jom tengok resepi yer... Mata dah berpino ni.....


Paprik Udang
Sumber : K Hana

Bahan-bahan
500g udang segar
4 ulas bwg merah - ditumbuk ~nurul hiris jer
2 ulas bwg putih - ditumbuk ~nurul ketuk jer
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
beberapa helai daun limau purut
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk ~ nurul ketuk jugak!
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda ~ nurul buh karot, bunga kobis & cili benggala
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
 
Cara-cara :
1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Thursday, 14 July 2011

Udang Tumis Air

Assalamualaikum...
 
Kembali bersiaran di hari Khamis... Semalam seharian x dapat tenet, kat opis byk keje, sempat jeling2 sat jer... Balik rumah plak, baby Aisy x berapa sihat... Demam sbb tumbuh gigi.... Tu yang asyik merengek jer... So mmg x boleh nak berenggang... Nasib ader opah tolong jaga time mama nak masak... Masak pun simple2 jer.... Memula ingat nak buat tomyam udang... check2 xde plak stok kiub tomyam, so buat tumis air je lahhh... sbb terasa macam nak hirup kuah banyak....Dapat yang pedas, lagi syok... Resepi udang tumis air ni nurul buat ikut mcm resepi che mat gebu.... Klaa, Layannnn dulu resepinya... ;)


Udang Tumis Air
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
7 ekor udang galah saiz besar, dibersihkan, cuci dan tos ~ nurul guna udang sederhana dalam 600gm
2 tiub tauhu jepun, kerat 6 setiap tiub dan goreng garing ~ x letak
5 batang crab stick, kerat 2 setiap batang ~ x letak
1/2 batang carrot ~ yg ni nurul tambah
6 biji cili api ~ yg ni pun nurul tambah
1 biji tomato, belah 4 ~ x letak
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 liter air (atau secukupnya)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan carrot, kacau sebentar & baru masukkan udang dan kacau rata. Tuang air dan masukkan kiub ikan bilis, biar mendidih.
2. Tambah tauhu dan perisakan dengan garam, serbuk lada hitam dan secubit gula. Biar mendidih hingga udang masak. Akhir sekali masukkan crab stick tadi dan masak sekejap.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi.



Wednesday, 29 June 2011

Udang Goreng Mayonis Hot & Spicy

Assalamualaikum....

Dah lama dok berkenan ngan udang mayonis ni.... baru sekarang buat... maceh yer K Diana yang jauh nun di Labuan... Walaupun jauh, tapi dekat jer sbnrnya... Tul tak K Diana.... ;)

Nurul buat tuk makan malam tadi, makan ngan nasi panas, bertambah tu... Memang mabelles... Anak2 pun suka... Tapi nurul kurangkan cili api... takut plak anak2 x larat makan...  Jom layann resepinya....


Udang Goreng Mayonis Hot & Spicy
Resepi : love2cook
Sumber : K Diana @ Melley Mey
Diterjemah : Nurul @ Dari Hujung Jari

Bahan-bahan:
(A)

1 kg udang besar - buang kulit, tinggalkan ekor sahaja
1 telur - dipukul
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

(B)
2 cm halia - dicincang
5 batang serai - dihiris memanjang 

10 - 15 cili api (ikut suka nak letak berapa banyak)
3-4 sudu besar cili sos / sos cili Thai

1 sudu kecil kicap manis
1/2 cawan air

garam
1 1 / 2 sudu besar mayonis
Minyak masak

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk, kacau bahan-bahan (A) dan perapkan selama 15 minit.
2. Goreng udang diperap dalam minyak sehingga keemasan. Asingkan pada pinggan lain.
3. Kurangkan minyak, tumis halia dan serai sehingga wangi. Tambah cili api dan kacau.
4. Tambah sos cili dan kicap manis, kacau. Tambah air dan garam, biarkan mendidih.
5. Campurkan udang goreng.
6. Tambah mayonis dan kacau sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.

 

Friday, 10 June 2011

Nestum Butter Prawn


Berbalik pada resepi, ni menu mlm tadi… Disebabkan singgah smlm kat rumah Rai yg kat Moscow tu… tergoda lak nak buat Nestum Butter Prawn ni.. Nurul buat separuh jer… kalau ikut adik Rai nye guna 1 kg udang…

Kat rumah ni x putus stok nestum… Sentiasa ada… anak2 suka, mamanya pun sama… Balik keje, singgah jap kat TESCO beli udang n adela barang2 dapur yg lain… Cam senang jer nak pi TESCO kan… Mana taknya, tiga minit jer dr opis kalau tak der 4 traffic light tu… banyak beno kena benti tunggu lampu hijau… heheh…

Klaa, jamu mata n layan resepi yer… mendenya dah selamat proses pun dlm perut… heheh ;)


Nestum Butter Prawn

Bahan2:
500g udang
½ cawan nestum
2 sudu besar mentega

Bahan2 tumis:
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
1 biji cili merah
Daun kari (ikut suka nak letak byk ke ckit)

Bahan2 untuk pukul:
2 biji telur
1 sudu besar tepung beras
1/4 cawan susu

sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kari

Cara-Cara:
1. Perap udang dengan sedikit garam,serbuk lada sulah dan sedikit serbuk kari.
2. Goreng 1/2 masak udang yang telah diperap tadi. Toskan dan ketepikan.
3. Tumis bahan2 tumis sehingga naik bau dan wangi. Masukkan sedikit garam.
4. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng. Kacau rata sehingga udang masak.
5. Kocak kan bahan2 pukul tadi menggunakan garfu sehingga kembang dan sebati.
6. Tuangkan ke dalam kuali. Kacau hingga ia menjadi garing..
7. Pastikan garing atau kering yer... n tutup api.  Kemudian masukkan nestum... kacau sekejap sahaja. nanti nestum tak garing kalau kacau lama2.
8. Ok dah siap dan boleh dihidangkan masa panas2 dengan nasi putih… 

Emmm, Damia makan sampai menjilat jari…


Friday, 3 June 2011

Kari Udang

Assalamualaikum....

Harini nurul nak masukkan menu nurul sekeluarga malam tadi... Menu ni menu favourite anak2 nurul sekarang... Udang, tak kiralah udang masak aper pun... sumernya kejap je abis... yang abis dulu bukannya nasi tapi udangnya... camtulah anak2 nurul kalau makan, nasi seconet, udangnya yang lebih... tapi sejak 2 menjak ni anak2 suka sangat kari udang... berselera ckit makan nasi berkuahkan kari udang kot...

Nurul masak kari rasanya yang paling simple... Pepun, jom check resepinya...


Kari Udang

Bahan-bahan:
500 gm udang 
1 biji ubi kentang (di potong 8)
1 keping asam keping
1/2 cawan santan 
2 cawan air
 2 s/b serbuk kari
Sedikit serbuk kunyit 
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 s/b kicap pekat manis
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kalau ada daun kari, bubuh sekali bbrp keping.
2. Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak. Baru masukkan air anggaran dalam 2 cawan.
3. Setelah itu, masukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang empuk.
4. Masukkan udang, santan dan asam keping dan gaul rata.
5. Setelah mendidih, masukkan kicap pekat manis dan garam secukup rasa. Kacau sekejap.
6. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...