Friday 15 July 2011

Paprik Udang

Assalamualaikum.....


Sebelum 15 July melabuhkan tirainya, nurul nak masuk 1 entri lagi... Paprik Udang yang nurul masak petang tadi... Kalau kat rumah ni dah biasa sangat masak paprik, senang & cepat buatnya... Biasanya nurul masak paprik ikut resepi K Hana....Memang sedappp... Jom tengok resepi yer... Mata dah berpino ni.....


Paprik Udang
Sumber : K Hana

Bahan-bahan
500g udang segar
4 ulas bwg merah - ditumbuk ~nurul hiris jer
2 ulas bwg putih - ditumbuk ~nurul ketuk jer
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
beberapa helai daun limau purut
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk ~ nurul ketuk jugak!
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda ~ nurul buh karot, bunga kobis & cili benggala
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
 
Cara-cara :
1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

4 comments:

  1. Assalamualaikum nurul...
    pagi2 datang cnie nampak paprik udang.. baru semalam akak makan tp tapau jer pun.. :D. akak mmg minat paprik udang nie... sedapnya

    ReplyDelete
  2. wah nurul ada star lagi kat paprik dia..hehehhe...kita pun suka makan paprik...yummmmyyy!!! hehehhehe

    ReplyDelete
  3. Diana @ Melley Mey
    ~ W'slm, k Diana... hehe, kat rumah ni semua minat paprik... sedapppkan.. :D
    Oooo, tapau semalam tu kes merajuk tu le yer.. ;)

    ReplyDelete
  4. quinnie
    ~Kak Q, sajer bg carrot bentuk star dlm tu... tarik minat anak2 makan... disbbkan tu, berebut damia n sofia nak makan carrot tu.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...