Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Tuesday, 25 October 2011

Karipap Kentang

Assalamualaikum...


Sedapp kalau dapat pekena karipap tuk minum petang ni... nurul buat hujung minggu tadi, kira ni entri tertangguh... Selalu tolong mak mertua buat karipap, tapi cuma isi inti & kelim je, hehe... tapi kali ni 100% buat sendiri... puas hati betul... Terima kasih Tun, juga Izah dan Yana... pasni, guna resepi ni jer tuk buat karipap... mudah dan senang nak ingat... ^__^

Doh Karipap
Resepi : Tun Telani
Sumber : Izah & Yana

Bahan-bahan:
4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam
 
Cara-cara:
1. Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garfu (jangan guna tangan, melecur nanti)
3. Dah sejuk sikit, campur garam n air.
4. Uli-uli...siap! boleh wat karipap ikut suka inti apa.


Inti Kentang 
Sumber : Yana

Bahan-bahan:
4 biji kentang (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan 1 cawan air)
1 tangkai daun kari
sedikit isi ayam
secubit garam
* Tambah gula ikut kesesuaian rasa ~ yang ni nurul tambah

Cara Buat Inti :
1. Kentang dikupas dan diporong dadu. Kemudian rebus kentang hingga hampir empuk. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula (*).
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika hingga masak.
6. Akhir sekali masukkan kentang yang telah direbus tadi.
7. Kacau sebati hingga kuah kering. Siap.


Tuesday, 23 August 2011

Murtabak Sardin Cream Crackers


Assalamualaikum...

Bersiaran kembali kita di Ramadhan yang ke-23.... Alhamdulillah, dah 23 hari kita berpuasa... dan tinggal seminggu jer lagi melangkah ke bulan Syawal... Dalam minggu terakhir ni, dah tentunya sibuk nak menyiapkan segala macam persiapan untuk Hari Raya... Nurul pun baru hujung minggu tadi mula buat biskut raya, dah lama nurul x buat sendiri, 3 tahun ni beranak kecik jer... ;) Setakat hari ni, dah 3 jenis biskut nurul buat, tapi xdan nak snap gambar lagi... nantilah yer... tapi biskut2 yang nurul buat pun rata2 teman2 blogger ader buat... dah ramai kata sedap, apa lagi nurul pun berkobar2 semangat nak mencubanya.... Nanti dah snap gambar, bleh la nurul post kat cni.. 

Sebelum tu, meh layan resepi dari Noorsha ni... Sedappp plak murtabak ni... Sebelum buka puasa lagi, dah abih separuh kat Damia & Sofia.. Tanya kat diorang, pedas tak? Diorang kata tak, patut laju jer makan... Terima Kasih Noorsha, nurul share kat cni plak yer...

Murtabak Sardin Cream Crackers
Resepi : Noorsha

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur

Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)
 

Monday, 8 August 2011

Menu 7 Ramadhan

Assalamualaikum...

Bersua kembali di Ramadhan yang ke-8... Pejam celik pejam celik, dah seminggu berlalu kita berpuasa di bulan Ramadhan... Dalam 2 hari ni nurul jalan2 cari makan jer... Semalam br berasap balik dapur... 

Selalu kalau bulan puasa, salah satu fav nurul n family, tepung pelita.. Ni pun fav ramai orang juga time puasa kan... Biasa beli, kali ni nurul ader resepi, & try sendiri kat rumah... x menghampakan, mmg best... haritu Ika der tunjuk tepung pelita dia, terus rasa nak buat jugak...  Apa2pun, nurul kalau mencuba mmg selalunya akan buat separuh adunan sj... Itupun dapat 11 bekas kecik...


Tepung Pelita
Sumber asal : Kak Yani Myr (TQVM)

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan.




Dan menu utama semalam, pecal jawa... Nurul mmg suka makan pecal, lebih2 lagi en. hubby, bukannya orang jawa pun... Nurul nak buat tak reti, guna sambal pecal segera jer... cuma sayur2an saja yang nurul sediakan... Nurul tambah juga tempe... :) Selain tu, nurul dapat 2 bungkus bubur lambuk petang semalam...   tu yang x masak nasi dah... semua tu pun dah cukup kenyang... Alhamdulillah...

Nilah sambal pecal yang nurul guna..

Wednesday, 3 August 2011

Talam Lapis Lumut

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa tuk semua.. Harini dah masuk 3 hari kita berpuasa... Aktiviti berblogging nurul nmpknya berkurang sejak puasa nih... Cam x sempat nak online lama2, bila tenet... Cuma kat opis jer bolehlah nak jeling2, tapi xleh plak nak tenung lama2 siang2 ni.... :)

Sebenarnya talam ni 1st puasa aritu nurul buat.. Resepi nurul dapat dr dapur k Madiha... K Madiha kata talam ni ader rasa cam kuih kole kacang... tu yang nurul rasa nak buat tu... tapi resepi ni nurul dah ubah guna sukatan cawan jer... time timbang bahan tu nurul guna cawan yang sama, jadi lps ni kalau buat lagi nurul terus guna sukatan cawan jer, senang ckit...  kalau ikutkan nurul cuma buat 1/3 adunan jer... tu pun cukup tuk kami sekeluarga...


Talam Lapis Lumut
Sumber asal : Puan Azimah Mansor (TQVM)
Sumber : K Nuridah & K Madiha (TQVM)

Bahan-bahan:
Bahan A
300gm kacang hijau (direbus hingga kembang & agak kering airnya) ~ 3/4 cawan kacang hijau
60 gm tepung hoen kwe ~xde, so nurul tukar kpd tepung gandum
150gm tepung gandum ~ 3/4 cawan tepung gandum
250gm gula pasir ~ 3/4 cawan gula pasir, kurangkan 1 sudu besar
1500ml santan ~ 500ml santan
50g tepung beras ~ 1/4 cawan tepung beras
1 biji telur ~ 1 biji telur gred C

Bahan B
70g gula merah ~ 2 sudu besar gula merah
Pewarna hijau dan coklat

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan A dan bahagi kepada 2 bahagian.
2. Satu bahagian dicampur gula merah dan bubuh warna coklat dan satu lagi dibubuh warna coklat.
3. Kukus selapis demi selapis selama 10 minit bagi setiap lapis.
4. Setiap lapis lebih kurang 400ml.
 Nurul buat 2 lapisan jer.....

Saturday, 2 July 2011

Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum....

Salam Hari Sabtu... Menu aper ptg tadi???

Tuk petang tadi, nurul buat kuih puteri ayu, tapi pelik ckit....  nurul x guna acuan sepatutnya... guna jer acuan yang ader... boleh lah jgk kan?? sbbnya ader  bal kelapa parut ckit... selongkar2 berkenan nak buat kuih ni plak... Dapat dari dapur K Hana, tapi ader hari tu tengok kat dapur K Ct Delima, dia pun pernah buat acuan lain dulu2, tu yang nurul try buat tadi... Kuih ni sedappp, lembut dan gebu...  Jom layannnn..


Kuih Puteri Ayu
Sumber : K Hana

Bahan-bahan: 
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan 
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telur + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.


Wednesday, 29 June 2011

Kuih Kaswi Gandum

Assalamualaikum....

Tetiba angin nak buat kuih manis camni.... Buat petang tadi lepas balik keje.... x pernah lagi nurul buat kuih kaswi... first time buat ni... Macam biasa, nurul buat separuh adunan jer... Sofia yang nampaknya suka kuih ni... makan bertambah2... kejap2 bukak tudung tu amik.... dah abih pun....  Jom intai resepinya...


KUIH KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kuih [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara-cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Friday, 24 June 2011

Pengat Durian n Roti Jala

Assalamualaikum......

Salam pagi Jumaat.... Nampak mendung awal pagi tadi, tapi dah kembali cerah... Arini, nurul breakfast pengat durian n roti jala... Dari mlm tadi, dah menebar roti jala sebenarnya... sambung lagi pagi ni sebab pengat durian tu masih berbaki lagi pagi ni...


Beli 2 biji je... sebiji makan n sebiji lagi buat pengat... Anak2 nurul ni pun bleh tahan gak, semua suka durian... Pengat durian tu nurul campurkan semua bahan-bahannya dlm periuk n masak atas api perlahan sehingga separuh pekat dan mendidih... Selepas tu, bolehlah diangkat dan dihidangkan... Bahan-bahannya cuma isi durian tadi, santan, gula pasir, gula melaka n garam secukup rasa... yang ni nurul x sukat pun , main bubuh jer ikut rasa sendiri... 
Dan resepi roti jala nurul amik dr K Ita Masam Manis... Roti jala ni kalau makan dengan kari pun sedap... Layannn....

Roti Jala
Sumber: K Ita Masam Manis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna (ikut suka nak letak warna apa)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Friday, 20 May 2011

Popia Goreng Sempoi

Assalamualaikum...

Tgk entry popia goreng sempoi K Reen pg smlm, tgh mlm kuarkan brg2 nak buatnya... Damia n Sofia pun cam segar lagi, dok main-main... Tang bila mama dia nak buat keje, meluru diorang dtg bertanya, mama nak buat ape?? Bukan dtg bertanya jer, siap tolong buat sekali...  Popia ni goreng buat breakfast pg tadi.. Memang sempoi... mkn ngan sos cili + mayonis... Sekejap jer dah tinggal 9 ketul.. cukup ler tuk kudap2 diorang sampai tghari ni.. Nurul bwk ler 4 ketul ni pi opis... Apepun, time kasihh K Reen.. Nurul c&p jelah yer resepi kat sini..


Bahan-bahan:

14 keping kulit popia - nurul buat 20 keping
1 peket Sosej Ayamas
1 peket isi ketam (Crab Fillet)
1 batang lobak merah di potong panjang - nurul guna sayur campur jer
1 cawan kacang campur
2 biji putih telor - nurul guna tepung gandum dibancuh ngan air ckit

 

Cara-cara:

1. Sosej Ayamas dan isi ketam di belah dua.
2. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan sosej,isi ketam lobak merah di potong panjang dan sayur campur tadi. Kemudian bungkus. Letakkan putih telor di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
3. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan.

Tuesday, 10 May 2011

Kuih Gelang@Keria

Dah seminggu lebih keledek dok dalam bakul tak berusik pun.. Pikir2 nak buat ape, goreng je cam jemu.. so, petang smlm rebusla.. Mlm siapkan dohnya n pagi2 goreng.. Tapi tak salut gula dan bentuknya x cantik, sbb buat cepat2 mlm td.. Bahan2 pun main anggar2 je.



Bahan-Bahan:
+/- 800g keledek
Tepung gandum
Gula pasir
Air
Garam

Cara membuatnya:

1. Kupas keledek dan potong kecik2. Rebus dengan ckit garam sampai keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan tepung gandum, gaul rata. Kalau lembut sangat, tambah tepung lagi sampai jadi doh yang lembut.
2. Doh tadi bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Buat sampai siap. 
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...