Saturday, 14 May 2011

Homemade Pizza

Assalamualaikum...

Sejak beberapa hari ni seisi rumah x berapa sihat.. Kat opis busy keje, kat rumah lak busy ngan anak2 yg masih batuk & selsema lagi.. Pizza ni buat smlm, sblm ni dah brp kali buat.. resepi ni nurul dapat kat  FP Kak Rinnchan. Thanks kak. 



Doh Pizza
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar shortening
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 camca teh garam

Bahan B:
100ml air suam
1 sudu teh yis (mauripan)

Topping Pizza
Bahan-bahan:
*Sos Cili 
*Daging Kisar Ramly
*Bawang besar (Potong bulat)
*Garam secukup rasa (* Tumis bwg besar, masukkan daging kisar& sos cili, kacau rata. Perasakan dengan garam & masak sekejap, angkat)
sosej, crabstick (optional)
capsicum hijau
parutan keju mozarella

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A. Masukkan bancuhan bahan B ke bahan A. Uli doh sampai licin dan lembut. Tambah air kalau perlu.
2. Leperkan dalam pan pizza setebal +/-1 cm dan ratakan. Biarkan sekejap.
3. Bakar dalam oven selama 10 minit.
4. Keluarkan dari oven, sapu dengan topping sauce. (Yang ni nurul pakai sos cili je, senang keje).


5. Bubuh bahan topping  dan last sekali taburkan parutan keju mozarella secukupnya.
6. Bakar 10 minit lagi.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...