Saturday, 14 May 2011

Agar-agar Roti

Assalamualaikum...

Harini, pagi2 lagi nurul dah ke dapur. Bukan buat ape sgt pun, cuma bubur nasi n agar2 roti. Bubur nasi tu seisi keluarga boleh makan. Macam makanan tuk orang sakit jer. Mmg semua kat rumah br lepas sihat demam. Tgk plak roti tinggal 3 keping aje, terpikir nak buat agar2. Resepi mmg lama dah ader, tapi x berkesempatan nak buat. Kalau x silap, kebanyakan resepi dessert nurul salin dr blog K Ummi Kuantan. Banyak lagi waiting list yg nak dicuba. Oklah, kita tgk resepi dan hasilnya.


Bahan-bahan:
1 paket agar-agar (10gm)
4 keping roti (tapi nurul guna 3 keping jer)
2 biji telur
170 ml susu (nurul guna 1 cawan susu cair)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula (kurangkan sikit, takut manis sgt)
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Dalam periuk, masak air, agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
2. Sementara tu, blend roti, susu pekat, susu cair dan telur.
3. Masukkan bahan yang diblend tadi kedalam periuk agar-agar. Kacau sebati.
4. Masuk butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
5. Tuangkan dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam fridge.

Note : Curah hershey's chocolate syrup time hidang tu pun sedap.. nyam-nyam.. :)

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...