Wednesday, 18 May 2011

Sup Ayam

Tengahari tadi, buat sup ayam jer... tgh selsema ni sedap hirup sup panas2... layannn...



Bahan-bahan:
400g ayam
1/2 batang lobak
2 biji kentang (kali ni x bubuh, sbb xde)
3 cawan air
1 kiub ayam (optional)
garam secukup rasa

*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
* sehiris halia
*1/2 sudu teh serbuk lada hitam (nak lagi berangin, letak lebih yer) (kisar/tumbuk bahan *)

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan-bahan lain:
Daun sup
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik nau. Masuk bahan-bahan kisar/tumbuk dan biar sampai pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sekejap dalam 2 ke 3 minit sampai ayam kecut.
2. Masukkan air, lobak, kentang dan daun sup. Biar mendidih. Perlahankan api dan masak hingga ayam empuk serta kentang n lobak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap dan kalau dah ok, padam api.
3. Hidangkan dengan taburan bawang goreng.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...