Sunday, 26 June 2011

Kentang Goreng Nestum Kruk-kruk

Assalamualaikum....

Nestum lagi..... Belek2 majalah Rasa bulan Julai 2011 edisi selera ramadhan, banyak resepi menggunakan nestum...  Nurul cuba menu paling ringkas sesuai tuk anak2 kecil nurul.... Yang ni nurul buat tuk minum petang semalam.... Sekejap jer licin pinggan... anak2 nurul makan cicah ngan sos + mayonis... sedapppp.... Jom layannn....



 Kentang Goreng Nestum Kruk-kruk
Sumber : Rasa Julai 2011

Bahan-Bahan:
3 biji ubi kentang (dibuang kulit, dipotong wedges atau nipis2)
100g - 150g nestum
2 biji telur (nurl cuma guna sebiji je)
sedikit garam

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan sedikit garam.
2. Celupkan ubi kentang kedalam telur.
3. Golekkan pula dalan nestum.
4. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang bersalut hingga garing dan keemasan.
5. Hidang segera bersama sos jika suka atau dimakan begitu saja.



2 comments:

  1. wah.. kalau makan kentang goreng nie mesti kruk kruk jer bunyinya kan... sedapnya.. anak2 mesti suka nie

    ReplyDelete
  2. Betul tu,K Diana... mmg sesuai tuk anak2 kecik kita... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...