Sunday, 5 June 2011

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah ni nurul buat tuk breakfast pagi tadi... Resepi biasa2 jer... tapi mee goreng ni nurul x buh sayur pun... yg ader cuma daun sup jer... Sosej tu lak Damia yg request buh dlm mee ni... Layannn...



Bahan-bahan:

1 peket mee kuning
8 ekor udang basah
1 peket fish ball
2 keping sosej
2 s/b cili kering kisar
2 s/b minyak masak
4 s/b sos cili
2 s/b kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih (dititik)
garam & gula secukup rasa
Hiasan : Daun sup & bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar sekejap. Masuk udang, fishball & sosej, kacau sebati.
2. Masuk sos cili, kicap pekat,gula & garam secukup rasa. Kacau & biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. 
3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama beberapa minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. 
4. Hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...