Thursday, 2 June 2011

Roti Goreng

Untuk menu minum petang, nurul buat roti goreng... Kalau tak, cam biasa calit jer roti tu ngan kaya atau jem..

Roti goreng ni nurul buat intinya sardin + telur... Inti boleh buat apa2 jer... ikut suka, nak letak kaya bleh, scrambled egg bleh... ikut kreativiti masing2 dlm penyediaan hidangan... Dan rotinya nurul belah 2 setiap satu... Senang tuk anak2 makan...


ROTI GORENG

Bahan untuk inti:
1 tin kecil sardin
1 biji bawang
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Tumis bawang hingga kuning. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali.
2. Pecahkan telur. Kacau dan hancurkan ikan sardin.
3. Perasakan dengan garam.


Bahan-bahan roti:
Roti secukupnya (Belah 2 setiap satu)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
garam
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
1. Bancuhkan semua bahan dengan air kecuali roti.
2. Masukkan inti tadi ke dalam roti dan lipat 2.
3. Celupkan roti dalam bancuhan tepung tadi.
4. Goreng dalam minyak panas.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...