Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa jam & beberapa detik jer lagi kita melangkah ke bulan Ramadhan... Di kesempatan ini nurul ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua teman bloggers dan semua pengunjung yang sudi menjengah blog nurul.... Terimalah ecard yang x seberapa ni ikhlas untuk semua... ;D


Matahari berzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu,
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan,
Selamat datang Ramadhan, Selamat Menyambut Ibadah Puasa.

Salam Sayang,
Nurul

Dan ecard2 dari teman2 blogger:

 Dari noorsha

Dari Izah

Dari K Zana

 Dari Tun

 Dari K Gee


Dari Vivi Lim


Terima Kasih & Salam Ramadhan semua... ^____^

Friday, 29 July 2011

Custard Pudding

Assalamualaikum...


Bersiaran kembali di hari Jumaat, penghulu segala hari... Cuma tinggal bbrp hari je lagi sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan... Bulan Ramadhan kali ni dah tentunya lain bagi Nurul sbb tak dapat berpuasa bersama en.hubby ku, mungkin juga raya pun x dpt bersama...sob sob :( sedey...

K, x mo sedey2... meh kita sejukkan tekak ngan dessert lak... Memang sedapppp makan bila kuar dari fridge.... Nyaman rasa bila custard pudding tu lalu kat anak tekak ni dtambah lagi penyedapnya kuah koktail tu... Nurul amik resepi ni dr noorsha, terima kasih noorsha...;D  nampaknya ni lah salah satu dessert yang akan nurul buat dalam bulan Ramadhan nanti... Jom layannnn...


Custard Pudding
Sumber : Noorsha

Bahan² Untuk Pudding:
1 cawan tepung kastad
1 cawan susu cair @ susu segar
3 cawan air
8 sudu besar gula
1 sudu besar butter @ margerin
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan² Untuk Sos Kastard
600 ml susu cair
200 ml air
1/2 cawan gula - lebihkan kalau suka manis
3 sudu besar tepung kastard + sedikit air - larutkan
1 tin buah buahan campuran

Cara² Untuk Pudding
1. dalam satu periuk, campurkan semua bahan²  dan kacau sebati. dengan api perlahan, kacau aduann pudding secara berterusan hingga likat.
2. masukkan adunan yang likat tersebut ke dalam mould @ loyang yang sesuai. ketepikan hingga suam dan sejukkan dalam peti ais.

Cara² Untuk Sos Kastad
1. Satukan semua bahan² dalam periuk kecuali buah buahan campuran, kacau hingga berwap, masukkan adunan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air. kacau hingga kuah pekat sedikit, matikan api. biarkan suam dan sejukkan dalam peti ais.

Cara² Menghidang Custard Pudding
sediakan mangkuk, masukkan puding ke dalam mangkuk, curahkan buah-buahan campuran, curahkan sos kastad tadi dan enjoy~!~


Thursday, 28 July 2011

Sosej Blossom Bun

Assalamualaikum...



Jom bekfes ngan sosej blossom bun... Buat subuh tadi... nyempat lak nurul meroti harini... nurul bawak pi opis, hidang ngan nescafe lagi tu... Jemput2...Dah nak masuk tengahari cik Nurul oooii... heheh ;)

Ni kes berkenan kat bun yang tun buat tempoh hari, tu yang merajinkan diri subuh tadi... Ingat nak buat dari malam tadi lagi... tapi sbb nurul busy menyiapkan biskut tuk adik nurul sampai kul 1 pagi... bahan tuk bun ni dah dok tersedia atas meja, tapi tertido lak lepas adik nurul dah balik tu, ingat nak landing jap, rupanya lebuh dibuai mimpi sampai ke subuh...

Nurul xde stok mozarella cheese kali ni, sajer letak slice cheese jer.. kalau x letak cheese pun ok jgk... Maceh tun sbb tunjuk cara2 buat sosej blossom bun ni... bun tu nurul guna resepi tuk donut suria... macam gak pizza yang nurul pernah buat sblm ni... Nurul suka guna resepi ni sbb senang nak ingat... Tuk resepi donut suria tu klik kat cni. Layannnn...

 Doh yang dah dibentuk...

 Lepas paipkan sos cili & mayonis, blehlah dibakar... slice cheese tu kalau suka blehlah letak juga...

Wednesday, 27 July 2011

Kerabu Ikan Tongkol

Assalamualaikum....


Bersua kembali kita di hari Rabu yang indah bersamaan 25 Rejab... tinggal berapa hari jer lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan... Bahang tuk berpuasa semakin terasa, tapi bahang tuk beraya lagi2 terasa.... Tgk bila shopping dah ramai yang start membeli baju raya, kuih raya pun dah banyak berjual di sana sini... Pagi ni ajer dah brp sms pasal raya sales nurul dapat... Dari Tesco, Metrojaya, Wah Chan dan ader beberapa lagi...

Kita tinggalkan citerr tu, meh layan Kerabu Ikan Tongkol lak.. Rasa dah ramai yang buat pun, tapi nurul baru buat smlm... Yang ni nurul amik dari dapur Kak Q kat Ipoh... Ipoh mali aaaa... heheh... Nurul pun orang Perak gak... tapi sejak dah kawin, jarang2 balik sana... dok terus kat PJ ni... dah en.hubby ku orang PJ.. Makanya kampung no.1 ku PJ lah... Kampung ker????   ;D 

Klaa, jom tengok resepi...

Kerabu Ikan Tongkol
Sumber asal : watierman@myr
Sumber : qasehqu quinnie

Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tongkol sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah ~ xde so nurul x buh
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan
secubit garam (ikut selera)
air perahan limau nipis/limau kasturi
1/2 biji buah tomato ~ dipotong dadu
sedikit gula

Cara-cara :
1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua.
2. Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar.
3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
4. Sementara menunggu ikan masak, bolehlah hiris nipis bawang besar, cili merah dan cili api.
5. Bila ikan dah masak, perisikan ikan macam nak buat kuah laksa. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi. Gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!


Tuesday, 26 July 2011

Set Nasi Lemak Hujan Panas

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua....  
Bekfes aper pagi ni? Jom sama2 bekfes nasi lemak hujan panas ni.... Bekfes aper lagi ni, dah nak masuk tengahari pun... heheh, nurul lambat nak update... actually, ni menu ahad aritu... Bukan setakat bekfes, lunch sekali...
Aritu BW rumah K Rosa, berkenan ngan nasi lemak ni... Menarik perhatian anak2 sbb kalerful gitu... Tgh masak lagi dah dok sibuk tanya, mama masak aper? Naper nasi tu banyak kaler, tapi kaler pink je yang banyak??? :D, mamanya terbuh kaler pink yang lebih... dah kaler lain tenggelam... xpelah... yg penting menarik perhatian anak2 ni nak makan...
Macam biasa, dah tentulah nasi lemak ni gandingan utamanya sambal ikan bilis, dan nurul tambah ngan ayam mentega rangup resepi K Diana.... Maceh Kak Diana & Kak Rosa... :)
Meh kita layan resepi plak... 

Nasi Lemak Hujan Panas
Sumber asal :  Rinsca @ Myresepi
Sumber : K Rosaliza

Bahan-bahan:
2 mug beras (dicuci bersih) ~ nurul guna 4 cawan beras
1/2 mug santan pekat
2 mug air (ikut jenis beras
1 biji bawang putih (di mayang halus) ~ 2 ulas, nurul ketuk
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil halba ~ nurul x letak
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning, hijau.

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali-sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna... satu warna tuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan dikacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak, barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna-warni seperti warna pelangi selepas hujan panas... tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai dimakan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.

 
Ayam Mentega Rangup

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam (dihiris)
2 tangkai daun kari (dihiris)
4 biji cili padi (dicincang)
60gm mentega (Boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bahan-bahan Perap:
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Ayam digaul bersama-sama bahan perap dan perap selama 20 minit.
2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung... Goreng... Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi... Tumis sehingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam dan gula. Gaul sebati.
5. Angkat dan hidang.


Sunday, 24 July 2011

Mee Udang

Assalamualaikum....

Bersiaran kembali di tengah malam minggu.... Pasti ramai yang x tido lagi kan... alah, malam minggu, esok bukannya keje... heheh... bagi yang bekerja cam nurul ler... esok macam2 yang nak dibuat... semua dah ader dalam kepala otak ni... nurul x der rancangan nak keluar mana2 esok... lgpun sejak en hubby ni xder kat cni, nurul malas nak kuar jalan2... lebih selesa berhujung minggu di rumah jer, lepak ngan anak2...

Mee udang... itulah menu kami sekeluarga tadi... sesekali layan mee plak sedapppp juga... boring dah makan nasi, tukar plak kpd mee yang berkuah... Nurul rasa resepi mee udang ni kira simple juga tapi sedappp... Dah beberapa kali pun nurul  buat mee udang ni...Resepi nurul amik dari blog K Hana... Jom layan mee udangg....


Mee Udang
Sumber asal : Cik Manggis
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
1 peket mee kuning
15 ekor udang segar
3 pokok sawi hijau ~ x buh
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering
1 biji buah tomato
2 biji telur ~ nurul buat telur rebus
2 peket fish ball
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1sudu kecil serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam knorr
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan masukkan 4-5 cawan air biasa ataupun air rebusan kulit udang.
3. Masukkan udang & fishball dan biarkan ianya mendidih sekejap.
4. Masukkan semua sos, garm, gula, lada hitam, sawi & buah tomato.
5. Kacau dan curahkan ke dalam sup sambil kacau hingga rata. (~ nurul buat telur rebus)
6. Masukkan mee... siap untuk dimakan, hias dengan potongan daun sup, daun bawang dan cili masak serta bawang goreng dan limau kasturi.

Friday, 22 July 2011

Muffin Inti Blueberry

Assalamualaikum....



Projek muffin malam tadi ni... Lepas balik dari beli barang daput ckit kat TESCO, mula projek... Projek ngan 2 anak dara cilik nurul tu haa.... sambil tu webcam ngan papa diorang.... alala, camtu lah bila dah berjauhan... nasib zaman dah canggih manggih... Nurul buat muffin tu saiz sederhana, dapat banyak jgk...lebih lah 2 dozen... puas makan anak beranak... tapi harini dah tinggal 4 ketul jer tu lagi... Cukuplah tuk anak2 esok pagi... Esok lusa mama buat lain plak yer... :)

Resepi nurul amik dari izah... bila nak buat muffin suka carik kat izah... dah izah muffin lover... :) time kasih yer izah... memang sedappp muffin ni & manis dia sedang2 ajer, tupun nurul kurangkan sukatan gula tu kpd 1 cawan jer... blueberry filling tu dah manis...so, muffin tu biar elok sedang2 manisnya... laku sangat cam muffin yogurt yg nurul ader buat baru2 ni... jom layan muffin... :)

Muffin Inti Blueberry
Sumber asal : justbestrecipes
Sumber : izahdaut

Bahan-bahan:
125gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor ~ nurul buh 1 cawan jer
4 biji telur
1 sk esen vanilla
3 cawan tepung ~ nurul guna tepung naik sendiri
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1/2 sk parutan lemon (optional) ~ nurul x buh
1 cawan buttermilk
blueberry filling secukupnya.

* Buttermilk ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon. Bancuhkan keduanya dan biar beberapa minit sehingga menjadi pekat.

Caranya:
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
4. Tepung diayak bersama baking powder dan garam. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
5. Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter. Bukan pukul dengan mixer ye.
6. Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup. Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
7. Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.
8. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Thanks Mama Hawa

Assalamualaikum...

Skodeng dapur Mama Hawa tempoh hari, nurul terbekenan ngan ayam ala kassim... unik namanya... camner dapat nama ala kassim tu...??? x tau lah, pe pun terima kasih mama atas resepi simple tapi sedappp...
& sebelum kita tengok resepinya, nurul nak gantung award sekali lagi pemberian mama hawa... Maceh yer, mama... ;D


Klaa, harini kena cakap ringkas jer, ader keje menanti.... Jom layan resepi pula.....


Ayam Ala Kassim
Sumber asal : Azura Suhaimi @  myresepi.com
Sumber : Mama Hawa

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong
1 labu bawang besar *
3-4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu besar lada kering * (bahan bertanda * dikisar)
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
garam & gula secukupnya

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam. Perap dengan garam & kunyit. Goreng sebentar sahaja.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Kemudian, masukkan daun kari. Biarkan seketika.
3. Masukkan kicap pekat, tumis hingga agak garing & masukkan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan kacau.
5. Masukkan garam, gula, serbuk perasa secukup rasa dan biarkan hingga masak.

Thursday, 21 July 2011

Laksa

Assalamualaikum....



Bersua kembali kita di hari Khamis... semalam seharian nurul satu family makan laksa... cuma baby je lain, baby macam biasa makan bubur nasi... tapi biasanya Damia n Sofia pun tumpang sekaki.... Semalam ada laksa mama buat, diorang pun suka jgk... tp makan laksa & kuahnya, cuma letak telur je, bendasing lain tu kalau buh pun nanti kena kuis keluar... Nurul buat x berapa pedas... Kalau pedas kang, Sofia mula lah "Mama, kenapa mama buat pedas, kngah dah x boleh makan...." & alamatnya sekali suap sekali teguk air... Cian anak mama sorang ni... Oleh sebab itulah, kena ader cili api potong plak tuk mamanya...

Laksa ni nurul guna resepi yang sebelum ni juga, boleh klik sini. Tapi nurul salin balik kat cni... Resepi simple jer, cuma kali ni nurul ader tambah sardin... jom layannn...

Laksa

Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kering (direbus smpai lembut dan tos)
1 biji timun (dihiris panjang2)
3 biji telur rebus (potong 2)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
cili api (dihiris - kalau suka lebih pedas)

Bahan-bahan untuk kuah:
1/2 kilo ikan kembong (dibersihkan & direbus dengan 4 keping asam keping)
1 tin kecik sardin
2 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Air secukupnya

Bahan-bahan kisar:
15 tangkai cili kering (nak pedas lagi, lebihkan)
2.5 cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Ikan yang direbus, ditos airnya. Asingkan isi dan tulangnya. Air disimpan untuk kuah nanti. Isi ikan dikisar dulu. Masukkan balik dalam periuk kuah tadi. Tulang ikan pula dikisar. Toskan.
2. Masukkan air tulang ikan dalam periuk kuah tadi bersama bahan2 kisar, sardin, asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan medidih.
3. Masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap dan siap untuk dihidang.



Wednesday, 20 July 2011

Bubur Som Som

Assalamualaikum....

Ni masih lagi entry tuk menu ahad aritu... Bubur Som Som... Biasa makan makcik buat, x pernah pun buat sendiri... Nurul buat cuma setengah adunan sajer, tapi sekali hadap, dah abih... Klaa, nurul xleh nak bebel pjg, ader keje menanti ni... Jom layannn gambar dulu, resepi nanti nurul masukkan.... ;)


Update;
Siang tadi busy ckit, x bleh nak letak resepi... Sorry yer, layannn gambar je tadi.... Nurul amik resepi ni dari fp K Rinnchan... Jom tgk aper bahan2nya....

Bubur Som Som
Sumber : K Rinnchan

Bahan-bahan:
100gm tepung beras
30gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada.. guna semua tepung beras)
1 camca teh garam halus
500ml santan
500ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Sirap Gula
Bahan-bahan:
2 ketul gula kabong atau 150gm gula merah
250ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah utk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti. 


1st Award Dari Yana Shaiful - TQ Yana


Assalamualaikum.....

Bersua kembali kita di tengah malam yang sunyi sepi, damai & tenang...Anak2 semua dah lama melelapkan mata... tinggallah mama yang baru nak mengadap tenet ni... ekekek.... sign in blog, baca comment dulu.... tiba2 hati ni berbunga-bunga... hehehe, 1st time dapat award nih.... TQ Yana.... semoga persahabatan kita akan  kekal berpanjangan bukan saja di alam maya tetapi mungkin suatu hari akan bersua muka juga... x sabar2 nak gantung award nih.....

Tujuan award ni adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim yang sudah terjalin sesama blogger.... kali ni nak amek award syaratnya sebelum gantung and tayang award ni kat umum hanya perlu memanjangkan award ni pada 8 blogger lain..

Nurul nak anugerahkan pula award ni kepada:

Lagi...........................?????? nanti nurul pikir dulu saper yer... Harap semua sudi amik yer ;D


Tuesday, 19 July 2011

Ayam Penyet

Assalamualaikum....


Kembali bersiaran di pagi Selasa yang cerah... Dah beberapa hari nurul x menjenguk dapur cyber, tapi bkn bemakna nurul gantung periuk dlm 3 hari ni... Busy x sempat nak dok tenet cam biasa... Ditambah lagi melayan anak2 dara & anak bujang kecik tu.. Demam dah elok, tapi sok sek sok sek, batuk dan selsema pula...


Entry harini adalah tuk menu Ahad tadi yang tertangguh.... Ayam Penyet... dah beberapa kali nurul buat ayam penyet ni, dah jadik salah satu fav my family... X pernah lagi try resepi ayam penyet versi lain... Selalu buat versi yang ni jer... Resepi nurul dapat kat daput CMG... Nurul gandingkan ayam penyet ni dengan nasi putih, sup, tempe goreng, timun serta salad & sambal... Sebelum makan, nurul ketuk dulu ayam tu & potong...  Sambal tuk ayam penyet ni nurul amik dari dapur K Hana...  Jom layannn resepinya... Memang best!!!


Ayam Penyet
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-Bahan:
6 kepingan peha ayam ~ nurul guna 4 whole leg chicken
2 camca besar minyak
3 helai daun salam ~ x guna sbb xde
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara-cara:
1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (nurul perap semalaman)
3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.


Untuk Sambal  
Sumber : K Hana

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ 5 batang cili merah
10 biji Cili padi ~ 5 biji cili api
10 biji Bawang kecil/merah, hiris ~ 3 biji bawang merah
3 biji Bawang putih, hiris ~ 2 biji bawang putih
5 biji Tomato, potong 4 ~ 1 biji tomato
5 cm Belacan ~ 2 cm belacan
2 sudu Ikan Bilis ~ nurul guna 2 sudu juga, sajer lebihkan
3 sudu gula merah/secukup rasa
 
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Friday, 15 July 2011

Paprik Udang

Assalamualaikum.....


Sebelum 15 July melabuhkan tirainya, nurul nak masuk 1 entri lagi... Paprik Udang yang nurul masak petang tadi... Kalau kat rumah ni dah biasa sangat masak paprik, senang & cepat buatnya... Biasanya nurul masak paprik ikut resepi K Hana....Memang sedappp... Jom tengok resepi yer... Mata dah berpino ni.....


Paprik Udang
Sumber : K Hana

Bahan-bahan
500g udang segar
4 ulas bwg merah - ditumbuk ~nurul hiris jer
2 ulas bwg putih - ditumbuk ~nurul ketuk jer
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
beberapa helai daun limau purut
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk ~ nurul ketuk jugak!
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda ~ nurul buh karot, bunga kobis & cili benggala
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
 
Cara-cara :
1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Ayam Goreng Berempah Cajun

Assalamualaikum.....

Bersua kembali kita di hari Jumaat...
Malam tadi sesi perasmian cajun.... Dek kerana  banyak dapur dah menayangkan resepi menggunakan cajun, jadi nurul pun x nak ketinggalan jg merasakannya... Dah beli dari mggu lepas lagi, baru nak merasmikannya... Klaa, xmo bebel panjang, jom kita layannnn ayam goreng plak....


Ayam Goreng Berempah Cajun
Resepi : K Nor

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan ~ nurul guna 6 ketul chicken wing
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis ~ nurul guna lemon, xde stok limau nipis
1 sudu besar air
garam
minyak

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak hdan gaul hingga sebati.
Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Hidangkan panas2.

Thursday, 14 July 2011

Muffin Yogurt

Assalamualaikum..........

Jom layan muffin plak... Sedappp tgk K Diana buat, pastu tgk plak kat dapur Izah, terus print resepi.... Buat pagi tadi ni tuk breakfast... Dah 2 kali buat, laku sangat... Buat papa, time malam semalam call tu, Damia n Sofia tgh layannn muffin ni lah... Sedap sgt tu, sampai cakap ngan papanya smbil mengunyah muffin x berenti tu... :D 
Damia yang suka sangat ala muffin, kek & yang sewaktu dengannya.... Pagi ni mama buat lagi, sbb senang... just gaul jer kan, then bakar... Dah siappp...


Muffin Yogurt
Resepi asal : precious moments

menghasilkan 10 biji muffin

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry ~ pilihan nurul strawberry filling n choc chip

Cara-caranya:
1. Panaskan oven ke 180 C.
2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.
5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.


Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.

Udang Tumis Air

Assalamualaikum...
 
Kembali bersiaran di hari Khamis... Semalam seharian x dapat tenet, kat opis byk keje, sempat jeling2 sat jer... Balik rumah plak, baby Aisy x berapa sihat... Demam sbb tumbuh gigi.... Tu yang asyik merengek jer... So mmg x boleh nak berenggang... Nasib ader opah tolong jaga time mama nak masak... Masak pun simple2 jer.... Memula ingat nak buat tomyam udang... check2 xde plak stok kiub tomyam, so buat tumis air je lahhh... sbb terasa macam nak hirup kuah banyak....Dapat yang pedas, lagi syok... Resepi udang tumis air ni nurul buat ikut mcm resepi che mat gebu.... Klaa, Layannnn dulu resepinya... ;)


Udang Tumis Air
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
7 ekor udang galah saiz besar, dibersihkan, cuci dan tos ~ nurul guna udang sederhana dalam 600gm
2 tiub tauhu jepun, kerat 6 setiap tiub dan goreng garing ~ x letak
5 batang crab stick, kerat 2 setiap batang ~ x letak
1/2 batang carrot ~ yg ni nurul tambah
6 biji cili api ~ yg ni pun nurul tambah
1 biji tomato, belah 4 ~ x letak
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 liter air (atau secukupnya)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan carrot, kacau sebentar & baru masukkan udang dan kacau rata. Tuang air dan masukkan kiub ikan bilis, biar mendidih.
2. Tambah tauhu dan perisakan dengan garam, serbuk lada hitam dan secubit gula. Biar mendidih hingga udang masak. Akhir sekali masukkan crab stick tadi dan masak sekejap.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi.



Tuesday, 12 July 2011

Kam Heong Chicken

Assalamualaikum...

Bersiaran kembali di hari Selasa...
Dah nak masuk time lunch ni... Masak aper? yang dok kat rumah mesti tgh sibuk menyiapkan hidangan tengahari... Nurul plak sibuk gak.... sibuk tgk menu orang dlm blog, sambil keje sambil tenet... shhhhhhhh.... jgn bagitau big bosss... nurul time pagi sampai tgahari biasanya free, xder sgt keje... lebih2 lagi harini big boss meeting sampai kul 1... sure lah masuk after lunch nanti.... hehe... ;D


K, berbalik pada resepi.... kalau semalam nurul tayang Kung Pao Chicken, hari ni nurul nak tayang Kam Heong Chicken... Dah berapa kali nurul makan Kam Heong Chicken nih... smlm baru teringat nak google carik resepinya... Biasa kalau big boss belanja makan staff2 nya, kitorang selalu pegi Mum's Place, Dsara Perdana... & tak pernah tinggal menu ni... Dah berapa kali makan, memang sedappp... Jom intai2 aper bahan2 nya.... layannnn....

Kam Heong Chicken
Sumber : Wardah

Bahan-bahan:
500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung)
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.

4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung n sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram..  Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.

Monday, 11 July 2011

Kung Pao Chicken

Assalamualaikum....

Nurul kembali bersiaran di hari Isnin.... dkt 2 hari bercuti dr jenguk2 blog.... sabtu aritu, xder aktiviti memasak... Malam kuar makan2 ngan keluarga belah en. hubby kat USJ... Restoran Ikan Bakar Sekinchan... Dan hari ahad plak aktiviti mengemas rumah... Dari pagi sampai ke tengahari... 

Tengahari tu nurul buat Kung Pao Chicken... Resepi ni dah lama nurul print, amik dari fp K Hanieliza... Dolu2, nurul suka amik resepi dari ctu, bukan satu dua jer, tapi banyak sampai jadi satu buku ha... Selalu kena perli ngan en hubby, print resepinya banyak, tapi bila nak buatnya... heheh ;D..  Print jer dulu kan, nanti2 nak buat, selak jer...

K, berbalik pada resepi... Nurul x buh gajus cam dalam resepi tu, sbb xder stok, tapi nurul ader tambah cendawan shitake... Jom tengok aper bahan2nya...


Kung Pao Chicken
Sumber : Chef Hanieliza


Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus ~ nurul x buh, xde stok
30 gm lada kering ~ pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inci panjang
2 biji bawang besar (kuning) ~ potong dadu besar2
4 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris
1 biji lada bangala hijau ~ potong lebar2 sedikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

Cara-cara: 
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api .
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...