Friday 5 August 2011

Menu 4 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah sampai hari yang kelima kita berpuasa... Dah tengahari ni, menu apa plak petang ni tuk berbuka? Nurul pun tgh pikir nak masak aper ptg ni... sampai semalam nurul x berkesempatan nak pegi bazar ramadhan pun, ptg2 hujan kat cni, jadi malas nak melangkah ke bazar ramadhan... jadinya apa yang ader ajelah dimasak & dihidang tuk berbuka...

Yang ni menu tuk berbuka semalam, 2 jenis jer... ringkas... tu pun nak masuk waktu berbuka baru siap... :D
Resepi nurul amik dr K Diana & Bundo, maceh yer...


Udang Goreng/Bakar Jimbaran
Sumber : K Diana @ Melley Mey (TQVM)

Bahan-bahan: 
1 kg udang yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya
6 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan A
150gm cili merah ~ potong kasar
7 biji cili padi
10 ulas bawang merah ~ dihiris kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris kasar
6 biji buah keras
1/2 sudu besar belacan
1/4 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan B
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih

Cara-cara:
1. Gaulkan udang dengan bahan B dan perap selama 20 minit.
2. Goreng udang di dalam minyak yang banyak (Kalau nak dibakar, biar ianya separuh masak)... ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan A dan tumis sehingga layu.
4. Keluarkan bahan A dari kuali dan kisar sederhana halus.
5. Masukkan bahan2 kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa. Tumis sehingga kuahnya pekat.
6. Kemudian masukkan udan goreng tadi dan gaul rata. Biarkan kuahnya betul2 sebati dengan udang tadi.
7. Angkat & hidang.
8. Kalau nak bakar udang tadi, bolehler dimasukkan ke dalam oven dan bakar seketika.
9. Angkat dan hidang.

Nampak hitam pekat, tapi memang mabelesss...



Yang dah tinggal separuh ni, Damia punya... x sabar nak makan sebelum orang berbuka.. ;)

Makaroni Bakar ~ nurul buat separuh jer
Sumber : Dapur Ibundo (TQVM)

Bahan-bahan:
Untuk lapisan macaroni
2 1/2 cawan macaroni direbus hingga empuk. Bubuh sedikit air garam dalam air rebusan. Toskan.
1/2 bungkus daging hancur ramlee
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
beberapa kuntum cendawan butang didadu kecil
2 batang sosej dihiris nipis ~ yang ni nurul tambah
3 sudu besar tomato puree
garam secukupnya
3 biji telur
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender
Sedikit butter untuk menumis

Panaskan butter.  Tumis bawang putih. Bila naik bau masukkan cili. Masak hingga cili garing.  Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Kemudian masukkan tomato puri, bawang, capsicum dan cendawan. Bila hampir masak, masukkan pula daun sup dan daun bawang.  Rasakan garam. Padamkan api. Biarkan hingga suam.
Masukkan ke dalam mangkuk macaroni.  Pecahkan telur dan gaul rata.

Lapisan cream crackers ~ lapisan ni nurul x buat, lain kali nurul akan buat...

15 - 20  keping cream crackers dipatah-patahkan
3 cawan fresh milk
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk stok ayam atau 1 cube stok ayam
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil oregano

Cara-cara:
Curahkan secawan fresh milk ke dalam bekas cream crackers yang telah dipatahkan. Biarkan sebentar.
Panaskan butter.  Masukkan tepung dan kacau tanpa henti sehingga berbuih.  Masukkan fresh milk sedikit demi sedikit dan jangan berhenti mengacau adunan supaya licin dah tidak berketul. Sekiranya adunan terlalu pekat, boleh ditambah dengan sedikit susu ataupun air. Masukkan stok ayam, parsley dan oregano. Masukkan cream crackers dan biar sehingga pekat.

Gunakan mangkuk tahan panas. Griskan dengan sedikit butter/majerin. Lapiskan dengan crackers.  Ratakan. Letak campuran macaroni di atasnya. Ratakan.  Letak lagi lapisan crackes.  Seterusnya letak lagi lapisan macaroni. Tutup longgar dengan foil dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 deg c selama 40 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan taburkan di atasnya dengan cheese mozarella dan bakar lagi sehingga cheese cair.

7 comments:

  1. Salam kak nurul!! sedapnyer tgk udang tu! dah masuk list udang jimbaran nii tapi sampai puasa tak terbuat buat lagi hihihi...makarono bakar tu nmpk sedap! kita tak pernah pun buat makaroni bakar lagi :D nanti nak cuba lah buat lepas puasa :D

    ReplyDelete
  2. hamboiiii....rajinnya dia....

    ReplyDelete
  3. serius tak perasan tu gmbr udang kaalu tak bukak blog kak nurul ni..udang rupenye...nani mmg HANTU udang. duk sabah lagi la banyak makan udang. mak dh bising2 suruh gi spital cek kolesterol. huhuh... lucu betol..

    bestnya kalau dapat makan udang masak mcm ni...lagi best kalau dpt makan free! hihih

    ReplyDelete
  4. Assalam Nurul..org kerja kalo blk umah sempat msk2 lagi memang rajin betul, best udang tu nurul

    ReplyDelete
  5. Salam, kak nurul =0).
    sedap nye udang bakar tu..makaroni bakar tu pun sedap =0).
    masak simple2 time bln posa ni bez kan kak..
    selera sungguh makan..saya selalu masak 2 jenis lauk..sb kat rumah saya n hubby je..esok pulak, bukak sorang2 sb hubby kerja sampai malam =0)

    ReplyDelete
  6. salam nurul..malam baru menjengah..hehehhe...resepi dari kakdiana ni biasanya best2....nanti nak cuba jugak udang jinbaran nih...:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nurul...
    terima kasih sudi cuba resipi nie... ari tu hubby akak ada beli udang tuk berbuka puasa.. tetiba plak anak2 bgtau kalau ler ada udang jimbaran.. hehehhee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...