Saturday, 17 September 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum.........


Emmmmmm.... mmg sedappppp puding tauhu ni... mkn sampai x sedar tuh... Thanks K Nor tuk satu lagi resepi dessert yang mgkin akan berulang kali nurul buat...=)

Puding Tauhu
Resepi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

Untuk Kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

4 comments:

  1. aduh....dah lama nak buat puding ni...tapi sampai sekarang tak terbuat...risau sbb takde org nak makn...duk berdua ngn hosmate je kan...dia pun tak makan sgt bende2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. nuwairani ismail
    ~ nani, kalau kat rumah k nurul bab dessert paling laku... berbaloi buat... :)

    ReplyDelete
  3. Gee
    ~ K Gee, jom tukar ngan puding kiwi... kihkih ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...