Saturday 22 October 2011

Slice Cheesecake

Assalamualaikum...


Jom layan slice cheesecake plak... Sblm ramadhan aritu nurul ader try sekali, tapi x jadi sbb putih telur yang dipukul x kental... punyalah lama dok putar, tapi x kental2 jgk... last2 buat kek butter biasa jer... rupanya dlm putih telur tu x bleh ader walau sikit pun kuning telur... aritu nurul temasuk ckit time asingkan 2 mende nih... tapi semangat nak rasa kesedapan kek ni menjadi2 bila izah kata sepanjang syawal je dia dah buat 6-7 kali kat sini... Waaa, kena try jgk ni...

Alhamdulilah, percubaan kedua menjadi... Betullah kek ni mmg sedappp, ni dah kali keempat buat... lepas ni jadi kek fav kat rumah ni plak... Terima kasih Izah yang menaikkan semangat nurul tuk cuba kali kedua dan jadi... x lupa juga buat penyumbang resepi ros@jintanmanis... mungkin lepas ni nurul nak try resepi dari hasue plak yang guna cream cheese tuh... ^__^

Tengok ler kat bawah tu, x sabar2 nak makan, potong jer ikut dan... 


Slice Cheesecake
Sumber : Izah

Bahan-bahan:
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
 
 

7 comments:

  1. Assalamualaikum nurul...
    wah akak lom buat lg nie... mmg nampak sedap n d tmbh lg cheese tu... mmg fav anak2 akak.. cantik kek yg nurul buat tu...

    ReplyDelete
  2. Nurul
    memang sedap slice cheesecake ni..akak pun dah cuba..my hubby pun suka sangat..

    ReplyDelete
  3. nani suke slice cheese cake ni....siap pukul pakai hand whisk lagi...lenguh betol nak jadikan putih telur tu kental...

    ReplyDelete
  4. nampak gebu gitu...akak tak pernah buat lagi..pandainya dia..

    ReplyDelete
  5. rasanya resipi ni tunggu dlm list akak tp ntah bila dpt buat, sibuk dgn tempahan karipap skrg...
    cantiknya kek nurul tu, gerenti sedap kan?

    ReplyDelete
  6. ish2..ish..ish..dia dah buat rupanya..kita lepas tengok anna buat hari tu baru la tergerak hati nak salin resepi...

    adusss..belang mu iteww..kita tengah bahaya tengok belang2 ni...kang ada yg membelang kat dapur sat gi..hehhehe

    ReplyDelete
  7. salam nurul sedapnya nampak Slice cheesecake dia tu.. warnah pun menarik belang2.. memang kalau makan kek ni tak mahu berenti menguyah tau .. ebab lembut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...