Wednesday, 24 August 2011

Lontong....


Assalamualaikum...

Menu berbuka semalam... pekena lontong plak... Raya nanti dah semestinya menu wajib kat rumah mertua... Fav en. hubbyku... x semestinya tunggu raya, tetiba nurul rasa nak makan, tgk brg2 pun byk yang ader, so aper lagi balik keje sempat menyiapkan lontong & sambal tumis ikan bilis... 

Resepi biasa nurul amik dari dapur CMG... Jom layan....

Lontong 
Sumber : Che Mat Gebu (TQVM)

Bahan-bahan:
1 biji kelapa, diparut
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketul
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 1o minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sayuran:
1/4 biji kobis, dipotong kecil ~ x letak sbb xde
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong ~ nurul ganti kacang buncis, bleh juga...
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam
2 keping tempe, dipotong kecil
1/4 ketul sawi bunga, dipotong kecil ~ x letak sbb xde

Bahan Lain:
Nasi impit
Telur rebus @ telur mata lembu ~ x letak
Sambal tumis ~ nurul buat sambal tumis ikan bilis je
Serunding kelapa (optional) ~  x letak

Cara-cara:
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1000ml air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Akhir sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal tumis..

Tuesday, 23 August 2011

Murtabak Sardin Cream Crackers


Assalamualaikum...

Bersiaran kembali kita di Ramadhan yang ke-23.... Alhamdulillah, dah 23 hari kita berpuasa... dan tinggal seminggu jer lagi melangkah ke bulan Syawal... Dalam minggu terakhir ni, dah tentunya sibuk nak menyiapkan segala macam persiapan untuk Hari Raya... Nurul pun baru hujung minggu tadi mula buat biskut raya, dah lama nurul x buat sendiri, 3 tahun ni beranak kecik jer... ;) Setakat hari ni, dah 3 jenis biskut nurul buat, tapi xdan nak snap gambar lagi... nantilah yer... tapi biskut2 yang nurul buat pun rata2 teman2 blogger ader buat... dah ramai kata sedap, apa lagi nurul pun berkobar2 semangat nak mencubanya.... Nanti dah snap gambar, bleh la nurul post kat cni.. 

Sebelum tu, meh layan resepi dari Noorsha ni... Sedappp plak murtabak ni... Sebelum buka puasa lagi, dah abih separuh kat Damia & Sofia.. Tanya kat diorang, pedas tak? Diorang kata tak, patut laju jer makan... Terima Kasih Noorsha, nurul share kat cni plak yer...

Murtabak Sardin Cream Crackers
Resepi : Noorsha

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur

Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)
 

Friday, 19 August 2011

Menu Berbuka Cuti Nuzul Quran

Assalamualaikum....

Bersua kita di Ramadhan yang ke-19... Cam dah lama juga nurul x menjenguk cni... X tau lah kenapa dalam seminggu ni x sempat nak snap gambar & berblog pun... Nak BW rumah kawan2 apatah lagi... Busy kemainn gayanya... heheh.. Ni pun curik masa ckit kat opis nak masuk n3 cuti nuzul Quran baru ni...

Haritu nurul buat soto pekalongan... Tgk kat dapur K Ita, terus berkenan nak mencubanya... Nurul ni penggemar soto, sup & seumpama dengannya...Jadi tak sah lah kalau tak mencuba resepi soto yang kalau tgk dari bahan2nya sikit dan senang juga nak membuatnya... Ternyata memang sedappp soto ni... Terima Kasih buat K Ita yang mengetengahkan resepi ni dan juga penyumbang utama resepi K Fida... Nurul mintak izin share kat cni pulak yer.. :)

Soto Pekalongan
By: Kak Fida (TQVM)
Sumber : K Ita Masam Manis (TQVM)

Bahan-bahan ( 10 orang )
1/2 kilo daging -dipotong kecil2
halia sebesar ibu jari - diketuk
lengkuas sebesar ibu jari - diketuk
6 sb taucu - ditapis dan disiram sedikit
1 cawan kicap manis 

Bahan Kisar
5 batang lada merah
15 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih

Bahan yg dimakan bersama
1 ikat su'un - dicelur hingga lembut dan dipotong 1 inc. ~ nurul pun goreng su'un tu cam K Ita buat.
bawang goreng
daun sup dan daun bawang - dihiris
sambal kicap cili padi
mi hoon - dicelur hingga lembut
nasi himpit - dipotong kecil
tauge - dicelur ~ nurul x letak

Cara-cara:
1. Daging direbus dalam 2 ltr air bersama dgn halia dan lengkuas hingga empuk lalu masukkan taucu dan kicap. Tambah air lagi jika perlu kerana ketika merebus air akan menjadi kurang.
2. Bahan2 kisar, ditumis dgn sedikit minyak hingga garing dan tuangkan ke dlm rebusan daging tadi dan rebus terus hingga mendidih .
3. Bubuh garam , gula dan penyedap rasa secukupnya.(hati2 ketika menambah garam dan gula kerana taucu dan kicap manis juga menerbitkan rasa dlm masakkan.)

Cara menghidang:-
Isikan mi hoon atau nasi himpit ke dlm mangkuk dan bubuh tauge.Siram kuah bersama daging dan tabur diatasnya dgn bahan2 taburan yg lain.
sajikan ketika panas2.



Dessert kali ni nurul buat puding jagung berkuah koktel... Puding jagung ni nurul guna tepung hoen kwee... Boleh juga kalau nak guna tepung kastad... Resepi nya nurul cuma ikut kat label tepung tu jer, cuma ader beberapa sukatan yang nurul dah ubah... Tu pun sbb dah bbrp kali buat... tu yang ubah ikut rasa sendiri... x mau manis2 sangat....  :)

Puding Jagung Berkuah Koktel

Bahan-bahan:
1 tiub tepung hoen kwee (kuning)
2 cawan susu cair
2 cawan air
1 cawan gula
1 tin jagung krim

Bahan-bahan Untuk Kuah Koktel
1 tin susu cair
1 cawan air
1/4 cawan gula - boleh lebihkan kalau nak manis
1 sudu besar tepung kastard + sedikit air - larutkan
1 tin buah buahan campuran

Cara-cara Untuk Puding Jagung:
1. Satukan semua bahan2 dalam periuk. Kacau berterusan & masak atas api perlahan sampai pekat dan adunan nampak macam meletup-letup.
2. Padamkan api. Masukkan adunan tersebut ke dalam mould @ loyang yang sesuai. Biarkan suam seketika dan sejukkan dalam peti ais.

Cara-cara Untuk Kuah Koktel
1. Satukan semua bahan2 dalam periuk kecuali buah buahan campuran, kacau hingga berwap, masukkan adunan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air. Kacau hingga kuah pekat sedikit, matikan api. biarkan suam dan sejukkan dalam peti ais.

Cara-cara Menghidang:
Sediakan mangkuk, masukkan puding ke dalam mangkuk, curahkan buah-buahan campuran & kuah koktel tadi...


Friday, 12 August 2011

Sedappppnya Puding Keju...

Assalamualaikum...

Bersua kembali kita di Ramadhan yang ke-12... Alhamdulillah, sehingga hari ini  kita masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa... Nurul beberapa hari ni penat sangat... x tau kenapa jadik penat sangat, jadinya 2 hari tu masak ala kadar je & ader yang beli kat bazar jer... Lagipun minggu ni nurul teramat busy kat opis... Biasa2 rileks, tetiba minggu ni cam terkejar2 buat keje.... ;(

Petang semalam nurul buat puding keju tuk dessert berbuka puasa... Alahai, memang sedapppp betul puding ni....  Lembut jer, nyaman masuk tekak... nak buat lagi nanti tapi nak buat lapis coklat plak macam yang Knor / Noorsha buat, ataupun letak OREO macam K Ita buat... Mesti lagi2 sedappp... macam biasa nurul buat 1/2 adunan jer...

Sajer nurul buh dlm acuan mickey & tgkler mickey tu nampak hidung jer... heheeee...


Puding Keju
Resepi : AlongRoz (TQVM)
Sumber : K Nor (TQVM)

Bahan-bahan:
13g Serbuk agar-agar
1 liter air
120g gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese ~ blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan nurul pun letak 2 sudu besar jer macam K Nor buat
50g Mentega

Cara-cara:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad. Masukkan susu & kacau sebati. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.


Tips Dari K Nor ~ Nurul pun ikut cara K Nor

* Untuk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepun kastard. K Nor blend semua sekali dalam blender.
Bila dah tuang ke dalam adunan agar2, adunan akan jadi pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), barulah dituang ke dalam mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)


Wednesday, 10 August 2011

Wordless Wednesday 1#

 
Set Nasi Jagung tuk buka puasa semalam.... 
Penatnya harini...


Tuesday, 9 August 2011

Menu 8 Ramadhan

Assalamualaikum...


Ni menu tuk 8 Ramadhan semalam... Nasi ayam sempoi + ayam teriyaki.... Nurul amik resepi dr dapur mama Hawa kat Singapore nun... Terliur tgk ayam teriyaki sejak belum puasa lagi... Jadi semalam buat tuk menu berbuka puasa... Biasa kalau nasi ayam camni, nurul akan buat sup sekali.. tapi semalam x sempat... Dah kul 7 .... jadinya x ader sup kali ni...Waktu2 terakhir sebelum berbuka lebih kurang 20-30 minit, nurul lebih gemar duduk menanti waktu jer... x larat nak hiruk pikuk kat dapur lagi... ^__^

Kalau tgk plak kat ayam tu, ya allah... hitam legam.. tapi xper , maintain sedapppp... Nurul perap dr malam sebelum tu lagi, dah 1 hari dok terperap sebati semua bahan... Balik keje, terus panggang atas kuali non stick tu... dan sos cilinya nurul buat sos cili yang biasa nurul buat tuk nasi ayam, guna resepi K Hana...


Resipi utk Chicken Teriyaki
Sumber : Kak Anim, K Hana & Mama Hawa (TQVM)

Bahan-bahan:
2 - 3 keping dada ayam boneless - atau apa2 bahagian
3 inci halia - parut
3 ulas bawang putih- parut
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb gula perang
1 sk garam

Cara-cara:
1. Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
3. Panaskan non stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidang. Curahkan lebihan kuah ayam tadi.


Nasi Ayam Sempoi versi Mama Hawa

Bahan-bahan:
2 pot beras ~ cuci bersih dan toskan.
4 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
sedikit halia *
1 batang serai * (bahan bertanda * dikisar)
2 ketul kiub ayam
rempah empat sekawan
sehelai daun pandan
sedikit pewarna kuning jika suka
garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Tumis bahan2 bertanda *.
2. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga naik bau.
3. Masukkan kiub dan air yang disukat untuk 2 pot beras.
4. Masukkan daun pandan, pewarna dan sedikit garam jika suka.
5. Biar mendidih dan masukkan nasi.
6. Tanak hingga masak.


Sos Cili tuk Nasi Ayam
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Blend bahan yang bertanda *.
2. Masukkan dalam periuk dan masukkan sos, cuka, gula dan garam.
3. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat & matikan api.



Monday, 8 August 2011

Menu 7 Ramadhan

Assalamualaikum...

Bersua kembali di Ramadhan yang ke-8... Pejam celik pejam celik, dah seminggu berlalu kita berpuasa di bulan Ramadhan... Dalam 2 hari ni nurul jalan2 cari makan jer... Semalam br berasap balik dapur... 

Selalu kalau bulan puasa, salah satu fav nurul n family, tepung pelita.. Ni pun fav ramai orang juga time puasa kan... Biasa beli, kali ni nurul ader resepi, & try sendiri kat rumah... x menghampakan, mmg best... haritu Ika der tunjuk tepung pelita dia, terus rasa nak buat jugak...  Apa2pun, nurul kalau mencuba mmg selalunya akan buat separuh adunan sj... Itupun dapat 11 bekas kecik...


Tepung Pelita
Sumber asal : Kak Yani Myr (TQVM)

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan.




Dan menu utama semalam, pecal jawa... Nurul mmg suka makan pecal, lebih2 lagi en. hubby, bukannya orang jawa pun... Nurul nak buat tak reti, guna sambal pecal segera jer... cuma sayur2an saja yang nurul sediakan... Nurul tambah juga tempe... :) Selain tu, nurul dapat 2 bungkus bubur lambuk petang semalam...   tu yang x masak nasi dah... semua tu pun dah cukup kenyang... Alhamdulillah...

Nilah sambal pecal yang nurul guna..

Friday, 5 August 2011

Menu 4 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah sampai hari yang kelima kita berpuasa... Dah tengahari ni, menu apa plak petang ni tuk berbuka? Nurul pun tgh pikir nak masak aper ptg ni... sampai semalam nurul x berkesempatan nak pegi bazar ramadhan pun, ptg2 hujan kat cni, jadi malas nak melangkah ke bazar ramadhan... jadinya apa yang ader ajelah dimasak & dihidang tuk berbuka...

Yang ni menu tuk berbuka semalam, 2 jenis jer... ringkas... tu pun nak masuk waktu berbuka baru siap... :D
Resepi nurul amik dr K Diana & Bundo, maceh yer...


Udang Goreng/Bakar Jimbaran
Sumber : K Diana @ Melley Mey (TQVM)

Bahan-bahan: 
1 kg udang yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya
6 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan A
150gm cili merah ~ potong kasar
7 biji cili padi
10 ulas bawang merah ~ dihiris kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris kasar
6 biji buah keras
1/2 sudu besar belacan
1/4 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan B
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih

Cara-cara:
1. Gaulkan udang dengan bahan B dan perap selama 20 minit.
2. Goreng udang di dalam minyak yang banyak (Kalau nak dibakar, biar ianya separuh masak)... ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan A dan tumis sehingga layu.
4. Keluarkan bahan A dari kuali dan kisar sederhana halus.
5. Masukkan bahan2 kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa. Tumis sehingga kuahnya pekat.
6. Kemudian masukkan udan goreng tadi dan gaul rata. Biarkan kuahnya betul2 sebati dengan udang tadi.
7. Angkat & hidang.
8. Kalau nak bakar udang tadi, bolehler dimasukkan ke dalam oven dan bakar seketika.
9. Angkat dan hidang.

Nampak hitam pekat, tapi memang mabelesss...



Yang dah tinggal separuh ni, Damia punya... x sabar nak makan sebelum orang berbuka.. ;)

Makaroni Bakar ~ nurul buat separuh jer
Sumber : Dapur Ibundo (TQVM)

Bahan-bahan:
Untuk lapisan macaroni
2 1/2 cawan macaroni direbus hingga empuk. Bubuh sedikit air garam dalam air rebusan. Toskan.
1/2 bungkus daging hancur ramlee
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
beberapa kuntum cendawan butang didadu kecil
2 batang sosej dihiris nipis ~ yang ni nurul tambah
3 sudu besar tomato puree
garam secukupnya
3 biji telur
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender
Sedikit butter untuk menumis

Panaskan butter.  Tumis bawang putih. Bila naik bau masukkan cili. Masak hingga cili garing.  Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Kemudian masukkan tomato puri, bawang, capsicum dan cendawan. Bila hampir masak, masukkan pula daun sup dan daun bawang.  Rasakan garam. Padamkan api. Biarkan hingga suam.
Masukkan ke dalam mangkuk macaroni.  Pecahkan telur dan gaul rata.

Lapisan cream crackers ~ lapisan ni nurul x buat, lain kali nurul akan buat...

15 - 20  keping cream crackers dipatah-patahkan
3 cawan fresh milk
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk stok ayam atau 1 cube stok ayam
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil oregano

Cara-cara:
Curahkan secawan fresh milk ke dalam bekas cream crackers yang telah dipatahkan. Biarkan sebentar.
Panaskan butter.  Masukkan tepung dan kacau tanpa henti sehingga berbuih.  Masukkan fresh milk sedikit demi sedikit dan jangan berhenti mengacau adunan supaya licin dah tidak berketul. Sekiranya adunan terlalu pekat, boleh ditambah dengan sedikit susu ataupun air. Masukkan stok ayam, parsley dan oregano. Masukkan cream crackers dan biar sehingga pekat.

Gunakan mangkuk tahan panas. Griskan dengan sedikit butter/majerin. Lapiskan dengan crackers.  Ratakan. Letak campuran macaroni di atasnya. Ratakan.  Letak lagi lapisan crackes.  Seterusnya letak lagi lapisan macaroni. Tutup longgar dengan foil dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 deg c selama 40 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan taburkan di atasnya dengan cheese mozarella dan bakar lagi sehingga cheese cair.

Thursday, 4 August 2011

Menu 3 Ramadhan

Assalamualaikum...

Jom tengok menu simple tuk 3 Ramadhan... Sorry, harini x banyak masa nurul nak pot pet... ader keje sedang menanti... Layannn  :)


Ikan 3 Rasa
Sumber : K Hanieliza (TQVM)

Bahan-bahan:
Bahan A
1 ekor ikan bawal atau siakap ~ nurul guna ikan cencaru jer
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan ~ nurul cuma garam & kunyitkan ikan tu)
3 ulas bawang merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2 ulas bawang putih (**)
3cm halia (**)  (**) - dihiris

Bahan B (Untuk Sos)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
3 sudu besar kicap lemak manis ~ yg ni nurul tambah

Bahan C (Bahan Hiasan)
1 pokok daun bawang ~  x letak
2 biji cili merah ~ x letak
2 biji cili hijau ~ x letak
2 biji tomato ~ x letak
1/2 cawan nenas potong dadu ~ yg ni nurul tambah
4 biji cili api - dihiris ~ yg ni pun nurul tambah

Cara-cara:
1. Goreng ikan dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.


Dan satu lagi menu cuma udang & kobis bunga goreng bercajun... Yang ni nurul belasah jer resepinya...  ;) Nurul bancuh tepung gandum + tepung beras ckit + 1/2 sudu kecil cajun & garam, agak2 adunan batter cam batter nak goreng pisang, celup udang & kobis bunga & goreng... simple tapi sedappp... cam nurul goreng terlebih garing ckit.. dah nak hangit jadinya... heheh, abaikan yang hitam2 tuhhh...


& lastly ader durian pemberian adik ipar, so nurul buat plak bubur kacang durian... Alhamdulillah...




Wednesday, 3 August 2011

Talam Lapis Lumut

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa tuk semua.. Harini dah masuk 3 hari kita berpuasa... Aktiviti berblogging nurul nmpknya berkurang sejak puasa nih... Cam x sempat nak online lama2, bila tenet... Cuma kat opis jer bolehlah nak jeling2, tapi xleh plak nak tenung lama2 siang2 ni.... :)

Sebenarnya talam ni 1st puasa aritu nurul buat.. Resepi nurul dapat dr dapur k Madiha... K Madiha kata talam ni ader rasa cam kuih kole kacang... tu yang nurul rasa nak buat tu... tapi resepi ni nurul dah ubah guna sukatan cawan jer... time timbang bahan tu nurul guna cawan yang sama, jadi lps ni kalau buat lagi nurul terus guna sukatan cawan jer, senang ckit...  kalau ikutkan nurul cuma buat 1/3 adunan jer... tu pun cukup tuk kami sekeluarga...


Talam Lapis Lumut
Sumber asal : Puan Azimah Mansor (TQVM)
Sumber : K Nuridah & K Madiha (TQVM)

Bahan-bahan:
Bahan A
300gm kacang hijau (direbus hingga kembang & agak kering airnya) ~ 3/4 cawan kacang hijau
60 gm tepung hoen kwe ~xde, so nurul tukar kpd tepung gandum
150gm tepung gandum ~ 3/4 cawan tepung gandum
250gm gula pasir ~ 3/4 cawan gula pasir, kurangkan 1 sudu besar
1500ml santan ~ 500ml santan
50g tepung beras ~ 1/4 cawan tepung beras
1 biji telur ~ 1 biji telur gred C

Bahan B
70g gula merah ~ 2 sudu besar gula merah
Pewarna hijau dan coklat

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan A dan bahagi kepada 2 bahagian.
2. Satu bahagian dicampur gula merah dan bubuh warna coklat dan satu lagi dibubuh warna coklat.
3. Kukus selapis demi selapis selama 10 minit bagi setiap lapis.
4. Setiap lapis lebih kurang 400ml.
 Nurul buat 2 lapisan jer.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...