Thursday, 5 May 2011

Apam Dot Dot aka Apam Bola

Dalam 2 minggu lepas, nurul ader try buat apam dot dot... Ni dah kali keberapa Nurul buat lagi. Bukannya aper, buatnya mudah, anak2 pun suka makan... Lagi satu, rupa kejadiannya menarik perhatian anak2. Diorang panggil apam bola. Dah lama ushar2 dari blog K Hana. Apapun, thanks K Hana... Mintak halal yer c&p resepi kat cni...

Apam Dot Dot
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksima selama 6-8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau beg plastik yang bersih.
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunanyang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian, dot-dotkan dengan warna pilihan.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit

    No comments:

    Post a comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...