Monday, 30 May 2011

Ikan Percik

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu... Harini menu lunch nurul cuma ikan percik n jus carrot susu.. tu dah cukup untuk ahli keluarga yang kecik macam nurul...Biasanya En.hubby yang suka jus carrot susu... nurul x berapa gemar... sajer try buat n rasa... not bad... boleh buat lagi lepas ni... blend jer ngan susu cair + gula + air secukupnya... masukkan ais ketul secukupnya. Siap dah jus carrot susu... Ikan percik tu nurul bakar dalam oven jer, letakkan daun kunyit bawahnya.. Bila kuar dr oven, semerbak bau daun kunyit. Resepi kat bawah tu boleh buat tuk 4-5 ekor ikan...


Ikan Percik
Sumber : K Hanieliza

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar/kembung/bawal
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

Bahan mesin halus:
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3cm halia
5 batang serai

Cara-cara:
1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan.
2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang telah pekat tadi.
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.



No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...