Tuesday 19 July 2011

Ayam Penyet

Assalamualaikum....


Kembali bersiaran di pagi Selasa yang cerah... Dah beberapa hari nurul x menjenguk dapur cyber, tapi bkn bemakna nurul gantung periuk dlm 3 hari ni... Busy x sempat nak dok tenet cam biasa... Ditambah lagi melayan anak2 dara & anak bujang kecik tu.. Demam dah elok, tapi sok sek sok sek, batuk dan selsema pula...


Entry harini adalah tuk menu Ahad tadi yang tertangguh.... Ayam Penyet... dah beberapa kali nurul buat ayam penyet ni, dah jadik salah satu fav my family... X pernah lagi try resepi ayam penyet versi lain... Selalu buat versi yang ni jer... Resepi nurul dapat kat daput CMG... Nurul gandingkan ayam penyet ni dengan nasi putih, sup, tempe goreng, timun serta salad & sambal... Sebelum makan, nurul ketuk dulu ayam tu & potong...  Sambal tuk ayam penyet ni nurul amik dari dapur K Hana...  Jom layannn resepinya... Memang best!!!


Ayam Penyet
Sumber : Che Mat Gebu

Bahan-Bahan:
6 kepingan peha ayam ~ nurul guna 4 whole leg chicken
2 camca besar minyak
3 helai daun salam ~ x guna sbb xde
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara-cara:
1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (nurul perap semalaman)
3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.


Untuk Sambal  
Sumber : K Hana

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ 5 batang cili merah
10 biji Cili padi ~ 5 biji cili api
10 biji Bawang kecil/merah, hiris ~ 3 biji bawang merah
3 biji Bawang putih, hiris ~ 2 biji bawang putih
5 biji Tomato, potong 4 ~ 1 biji tomato
5 cm Belacan ~ 2 cm belacan
2 sudu Ikan Bilis ~ nurul guna 2 sudu juga, sajer lebihkan
3 sudu gula merah/secukup rasa
 
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

12 comments:

  1. sedapnya....baru dapat tahu semalam...kalau kat sarawak orang panggil nasi lalapan..kat sabah pulak nasi lalap. memang sedap!

    ReplyDelete
  2. salam nurul..

    ayam penyet ni sedap ni... sambal dia kawkaw.. nak pulak kalau buat dia punya kremes tu.. lagi asyik mkn.. hehehe.. lama akak tak buat nasi ayam penyet...

    re: kalau nak buat talam lapis lumut tu.. tambah sikit lagi gula ye.. sebab sukatan asal tu agak tawar sikit.. tp bg akak dah ok sbb akak mmg kurang suka manis2 sgt.. adunan tu dpt byk.. so akak suggest buat separuh adunan kalau family kecik..

    ReplyDelete
  3. Nurul akk mai nak ngendeng ayam penyet yg dah abis tu heheh, hrp2 ank2 nurul cpt sembuh ya, bby akk pun selsema gak ni, tapi tak dmm

    ReplyDelete
  4. syok je tengok ayam nurul..nasib kita pun masak ayam hari ni....hhehhehe

    ReplyDelete
  5. Assalam kak,uii nmpak sedap ayam penyet,sy xpernah try masak/mkn pon xpernah,selalu tgk ramai yg wat,InsyaAllah nak try juga nanti..Ada anak kecik2 camtuh la kak,sy lagi lah,yg 1st xmsk 2taun lagi,yg adik nak msk 7bulan..

    ReplyDelete
  6. Salam K.Nurul..

    bestnya ayam penyet..lepas nk try bt jgk laa..dh terliur nii.. hehee

    * nnt singgah umah yana amek award yee..:=)

    ReplyDelete
  7. nurul... akak tergoda tgk ayam penyet tu tau... nasib akak datang lewat.. sibuk sedikit.. kalau x.. nak juga tumpang makan kat rumah nurul tau.. sedaaap...

    ReplyDelete
  8. nuwairani ismail
    ~ oooo, baru k nrl tau kat sabah & sarawak nasi ni ader nama lainnya... memang sedap dik... :)

    Madihaa a.k.a Ratna
    ~ betul kak, ayam penyet ni mmg sedappp... dah byk kali buat sbb en.hubby nurul suka sangat... tq sekali lagi atas info pasal talam lapis lumut tu... ingat mmg nak buat hujung mggu ni... :)

    Kak Rosaliza
    ~ K Rosa nak ngendeng ayam nurul yer... Dah abih kak... xper, nanti akak dtg rumah nurul nurul buat ayam penyet special tuk K Rosa... :)
    Biasalah kak, beranak kecik... lagilah nurul ni anak rapat2... :)

    ReplyDelete
  9. quinnie
    ~ Kak q, sedappp ayam penyet ni... ayam panggang ala kenny rogers kat rumah akak tu pun sedappp...buat nurul terliur plak... nak kena buat juga nanti tuh ... ;)

    Zaliedana
    ~ Ct, mmg sedapp ayam penyet nih... nanti trylah buat... samalah kita... anak rapat2, k nurul yang sulung baru 4 thn, second tu 3 thn n yg last baru masuk 10 bln... :)

    ReplyDelete
  10. YANA SHAIFUL
    ~ memang sedap, yana... try ler nanti...
    K nurul dah amik award tu pun... thanks Yana... :)

    Diana @ Melley Mey
    ~ K Diana... akak lambat, ayam dah abih... heheh, lenkali nurul buat special tuk K Diana ;D

    ReplyDelete
  11. ayam penyet and nasi lalap kt sabah, resepi ayam nya x sama...ayam penyet kena penyet...kt sbh, tak..kami salut serbuk kari, tepung, telur, serbuk kunyyit...

    ReplyDelete
  12. Kak,tengok jek ayam penyet kt atas tu telan air liur trus.minta izin amik resepi ye...nak buat hidangan berbuka hari ni..selamat berpuase kak n tq :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...