Sunday 3 July 2011

Rempah Kabsa Homemade

Assalamualaikum....

Ni cara2 buat rempah kabsa sendiri... Ari tu google nak carik mana rempah kabsa, rupanya ader cara buat rempah kabsa homemade... dapatla nurul try masakan arab plak nanti... rempah ni nurul  x tau nak carik mana, dah tau buat sendiri lagi bagus... Jom tengok apa bahan2 yang diperlukan untuk rempah kabsa ni...



Homemade Rempah Kabsa
Sumber asal : K Raidah
Sumber : http://ummiesya.blogspot.com/2011/06/rempah-kabsa-homemade.html

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **(nurul pun x letak sbb xde)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara-cara:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


 Nota : Mengikut K Raidah, dalam resepi asal, halia dicampurkan sekali tapi kat cni  hanya bahan2 kering shj diblender supaya rempah boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak masak makanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...