Tuesday, 25 October 2011

Karipap Kentang

Assalamualaikum...


Sedapp kalau dapat pekena karipap tuk minum petang ni... nurul buat hujung minggu tadi, kira ni entri tertangguh... Selalu tolong mak mertua buat karipap, tapi cuma isi inti & kelim je, hehe... tapi kali ni 100% buat sendiri... puas hati betul... Terima kasih Tun, juga Izah dan Yana... pasni, guna resepi ni jer tuk buat karipap... mudah dan senang nak ingat... ^__^

Doh Karipap
Resepi : Tun Telani
Sumber : Izah & Yana

Bahan-bahan:
4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam
 
Cara-cara:
1. Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garfu (jangan guna tangan, melecur nanti)
3. Dah sejuk sikit, campur garam n air.
4. Uli-uli...siap! boleh wat karipap ikut suka inti apa.


Inti Kentang 
Sumber : Yana

Bahan-bahan:
4 biji kentang (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan 1 cawan air)
1 tangkai daun kari
sedikit isi ayam
secubit garam
* Tambah gula ikut kesesuaian rasa ~ yang ni nurul tambah

Cara Buat Inti :
1. Kentang dikupas dan diporong dadu. Kemudian rebus kentang hingga hampir empuk. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula (*).
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika hingga masak.
6. Akhir sekali masukkan kentang yang telah direbus tadi.
7. Kacau sebati hingga kuah kering. Siap.


Ikan Kembung Goreng Sambal Tempoyak

Assalamualaikum...


Menu simple tapi menyelerakan... makan bertambah lagi tu... bagi penggemar tempoyak cam nurul...^__^

Jom tengok resepi dulu, nurul mintak maaf sesangat masih ada komen yang tak terbalas dan nurul x sempat nak BW... mungkin 2 ke 3 dapur je sempat jenguk...

Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak
Sumber : K Ummi

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus ~ nurul xbuh sbb xde
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah* ~ nurul cuma guna 15 biji cili api kampung
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

Cara-cara:
  1. Ikan disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum,.
  4. Masukkan tempoyak, kacau dan tuang air.
  5. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  6. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Saturday, 22 October 2011

Slice Cheesecake

Assalamualaikum...


Jom layan slice cheesecake plak... Sblm ramadhan aritu nurul ader try sekali, tapi x jadi sbb putih telur yang dipukul x kental... punyalah lama dok putar, tapi x kental2 jgk... last2 buat kek butter biasa jer... rupanya dlm putih telur tu x bleh ader walau sikit pun kuning telur... aritu nurul temasuk ckit time asingkan 2 mende nih... tapi semangat nak rasa kesedapan kek ni menjadi2 bila izah kata sepanjang syawal je dia dah buat 6-7 kali kat sini... Waaa, kena try jgk ni...

Alhamdulilah, percubaan kedua menjadi... Betullah kek ni mmg sedappp, ni dah kali keempat buat... lepas ni jadi kek fav kat rumah ni plak... Terima kasih Izah yang menaikkan semangat nurul tuk cuba kali kedua dan jadi... x lupa juga buat penyumbang resepi ros@jintanmanis... mungkin lepas ni nurul nak try resepi dari hasue plak yang guna cream cheese tuh... ^__^

Tengok ler kat bawah tu, x sabar2 nak makan, potong jer ikut dan... 


Slice Cheesecake
Sumber : Izah

Bahan-bahan:
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
 
 

Wednesday, 19 October 2011

Wordless Wednesday 4#

Assalamualaikum..


Kam Heong chicken lagi... fav org kat rumah ni... Resepinya bleh tgk kat sini, tapi kali ni nurul gantikan cili api & cili merah yang kat dlm resepi ngan cili kering... baru lagi best... emmm  ^______^


Tuesday, 18 October 2011

Sago Gula Melaka

Assalamualaikum..


Bersiaran kembali di hari Selasa... Nurul masih dalam 'mod' busy... Curi masa ckit tuk letak menu dessert yang nurul buat hujung mggu tadi... tp mlm td buat sekali lagi sbb cam x puas makan aritu...

Sago Gula Melaka
Sumber : Great Lydia & Che Mat Gebu - DTS

Bahan-bahan:
300 gram sago biji, cuci dan toskan
2 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

Cara-cara:
  1. Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.
  2. Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
  3. Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk....aduhh nyamann okeh.. 
Yang ni buat mlm tadi plak, sedappp lah ^_____^

Tuesday, 11 October 2011

Kerabu Jantung Pisang

Assalamualaikum...
 
Sesekali pekena menu simple camni... memang bertambah nasik... makan ngan nasi putih & ikan goreng sajer pun dah cukup... haha... nurul mmg suka sayur2 kampung camni, selalu beli kat pasar malam...Selain buat kerabu, jantung pisang pun sedap gak dimasak lemak, takpun masak lemak ditambah lagi tempoyak... memang best... saper orang perak, memang x sah x makan tempoyak... betul tak... ^___^


Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (rebus dengan secubit garam sehingga lembut dan hiris)
1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang merah ~ dihiris
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk
1 labu bawang besar
5 tangkai cili api
1 s/b udang kering yang direndam dlm air panas
sedikit belacan

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan sehingga mesra. Perahkan jus limau nipis.
2. Perasakan dengan garam dan gula kerabu ni. Gaul rata.
3. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...