Wednesday, 25 May 2011

Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis



Assalamualaikum....

Seksi ayam bakarku berposing... heheh... Sesekali makan ayam bakar ni sedap jgk... Cam biasa, ushar dulu sumber mana nak carik ayam bakar.... Last2, berkenan kat ayam bakar K Hana jgk...Memang rujukan terbaikku.. Buatnya x susah mana pun...Perap n bakar, dan boleh terus ngap...

Tapikan..... nurul rasa lebihan perapan tu kalau dimasak atas kuali, dan dicurah pada ayam lepas dibakar pun sedap jgk.. xper... lepas ni nurul buat camtu... yang kali ni nurul bakar ayam dengan sumer bahan perapan tu sekali... Apepun, jom layann resepinya...

AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS
Sumber : K Hana

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpepper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu - xbuh sbb xde
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
 
Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu, kicap manis dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam (nurul perap semalaman), bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing, nurul bakar 1 jam), sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...