Thursday 19 May 2011

Puding Karamel


Assalamualaikum...

Emm.. sedapnya puding karamel ni... teringat time mengandung anak ketiga... selalu teringin nak makan puding karamel... Time kat opis selalu beli kat ader satu restoran ni, tapi dia jual satu bekas kecik je RM2. Dua kali ngap dah abih... x puas makan... ni bila dah bleh buat sendiri... apalagi, bleh makan puas-puas... rupanya x susah mana pun nak buatnya... tp nurul buat separuh je dari resepi kat bawah.. Apepun, puding karamel ni memang sedap....



Puding Karamel
Sumber : Resepi Raidah 

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan karamel:
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan  adunan ke dalam loyang karamel dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...