Sunday 3 July 2011

Nasi Dan Ayam Kabsa

Assalamualaikum....

Jom layan menu hidangan arab... Nasi Kabsa & Ayam Kabsa....

Hidangan ni penuh rasa rempahnya dan  lebih enak dimakan panas2... baru terangkat... hehe... Ader bbrp bahan nurul xder, so nurul gantikan dengan aper yang ader kat rumah jer... Nurul rasa hasilnya mungkin x banyak beza pun dari yang sebenar... Ni menu hidangan tengahari tadi...  Dan kat cni nurul letak resepi asalnya yang nurul dapat dari majalah rasa... Pepun, jom layan resepi timur tengah ni.... :)


Nasi Kabsa
Sumber : Rasa Jun 2011

Bahan-bahan:
720gm beras basmathi ~ cuci, rendam 30 minit dan toskan
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 batang lobak merah ~ diparut
2 biji cili merah
1 biji tomato ~dikisar
60gm kismis
2 sudu makan puri tomato
1 sudu makan rempah kabsa
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pewarna kuning (saffron)
1.125 liter air panas
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih serta bawang besar sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, saffron dan rempah kabsa. Kacau rata hingga garing.
3. Seterusnya, perasakan secukup rasa.
4. Setelah itu, masukkan pula lobak merak, lada benggala, cili merah, kismis dan beras basmathi. Tuangkan air panas secukupnya dan tanak sehingga nasi masak.
5. Apabila nasi telah masak, gembur atau kacaukan nasi dengan sebati selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.


Ayam Kabsa
Sumber : Rasa Jun 2011

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 dan digoreng separuh masak)
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 sudu makan rempah kabsa
2 sudu makan puri tomato
1 biji buah tomato ~dikisar
1 biji cili benggala hijau ~dipotong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pewarna kuning (saffron)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan buah tomato, puri tomato, saffron, serbuk lada hitam dan rempah kabsa. Kacau rata dan tumis sebentar.
3. Seterusnya masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan biarkan sehingga masak dan kuah mesra. Perasakan secukupnya.
4. Akhir sek ali  masukkan cili benggala hijau dan dikacau rata.  Sedia untuk dihidangkan.

Jemput semua....

6 comments:

  1. Salam kenal Nurul, thanks sudi masuk ke dapur akak yea...amboiii nasi kabsa dgn ayam tu..menggoda tekak akak..akak pun x penah try lgk nasi nih...harus kena buat nnt...hehe...happy cooking!

    ReplyDelete
  2. Time kasih kembali, K Ummi... Teruja plak bila K Ummi sudi jenguk dapur nurul yang baru nak berasap nih... Seronok plak sambil masak sambil berblog, biarpun masa nurul terhad & byk lagi nurul nak belajar... Yelaa, selama ni dok ngan mertua, balik2 keje dah terhidang... Hari minggu jer boleh masak... Bila dah dok sendiri, tu yang suka ushar2 resepi kat internet n cuba mana yang boleh...
    Sesekali nak rasa masakan arab, kak... Boleh tahan jgk... :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak Nurul,Tengs ya sudi singgah n tinggal komen kat blog sy yg xseberapa tuh..Owh akak pon da wat rempah kabsa homemade gak yer,hehe..Sesekali try masakan arab nih best juga kak kan..

    ReplyDelete
  4. Ct @ Zaliedana
    W'salam... sama2 lah kita... betul tu ct, sesekali kena tukar selera kan... Google carik rempah kabsa nak try masakan arab ni, jumpa lak blog ct... terus singgah ler :)

    ReplyDelete
  5. waahhh.. sedapnyeeeee..
    ayam nyer pekat gitu.mcm beriani ke?

    ReplyDelete
  6. izahdaut
    ~ nampak cam beriani juga... tapi lain ckit rasanya, sbb rempah kabsa yg kita pakai tu buat aroma nasi & ayam ni berbeza...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...